Ibu rentung, gadai nyawa selamat tiga anak

Rafidah Ismail, 36

KUALA KRAI 6 Mei – Demi anak- anaknya, seorang wanita sanggup bergadai nyawa memecahkan kaca tingkap rumah dan mengumpul kekuatan membengkokkan jeriji besi untuk membolehkan tiga anak kecilnya keluar ketika kediaman mereka terbakar di Taman Sri Guchil, Kuala Krai, petang ini.

Namun dalam kejadian pukul 1.30 petang itu, nyawa Rafidah Ismail, 36, jururawat di Hospital Kuala Krai, menjadi galang gantinya apabila dia sendiri rentung setelah gagal menyelamatkan diri.

Mayatnya ditemui dekat pintu utama rumah teres itu.

Ketiga-tiga anaknya, Rashidah Illyana Zamri, 7; Zaim Shahrul, 6, dan Zaim Iqbal, 2, selamat setelah disambut oleh jiran sebelah rumah dari tingkap kaca yang dipecahkan mangsa.

Suaminya, Zamri Ahmad, 38, anggota tentera tiada di rumah semasa kejadian kerana mempunyai urusan di Perak.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah, Azhar Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.53 petang lalu bergegas ke tempat kejadian dengan sebuah jentera bersama enam anggota.

Katanya, sejurus tiba pihaknya mendapati api marak dan seorang jiran keluarga itu memaklumkan yang mangsa terperangkap di dalam rumah selepas mengeluarkan tiga anaknya.

“Tiga anak wanita itu selamat, bagaimanapun mangsa ditemui rentung berdekatan dengan pintu utama rumahnya. Kami terpaksa memotong jeriji pintu rumah bagi membolehkan mayat wanita berkenaan dikeluarkan,” katanya.

Beliau berkata, api berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 2.23 petang manakala kerugian serta punca kebakaran masih dalam siasatan.

Sementara itu, bapa Rafidah, Ismail Hussin, 63, yang tinggal di taman perumahan sama berkata, dia bergegas ke rumah anaknya setelah dimaklumkan tentang kebakaran tersebut.

“Namun saya hanya hanya mampu mendengar teriakan anak perempuan saya itu meminta tolong.

“Saya tidak dapat berbuat apa-apa apabila tiba di depan rumah anak saya kerana semput,” katanya sayu.

Korban ibu
Oleh Norliza Wasilan
norlizawasilan@bharian.com.my
2011/05/07

gambar sebelum  gambar berikut

  • FotoSAUDARA mara dan penduduk kampung hadir di tanah perkuburan Islam Kampung Kenor untuk melihat jenazah Rafidah disemadikan, malam tadi.
  • FotoZAMRI Hamat bersama dua anaknya, Rashidah Ilina dan Zaim Shahrul.
  • FotoRafidah Ismail

Wanita rentung selepas selamatkan tiga anak

KUALA KRAI: Sehari menjelang sambutan Hari Ibu, seorang ibu berkorban nyawa bagi menyelamatkan tiga anaknya daripada api yang marak membakar rumah mereka di Taman Sri Guchil, Kuala Krai, tengah hari semalam.

Sebelum ditemui rentung, Rafidah Ismail, 36, terpaksa membengkokkan besi tingkap rumah untuk mengeluarkan anakanaknya bagi disambut jiran.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, tiga anaknya, Rashidah Iliana Zamri, 7; Zaim Shahrul, 6; dan Zaim Iqbal, 2, selamat, bagaimanapun Rafidah terperangkap di dalam rumah dipercayai gagal membuka jeriji pintu.

Mayat mangsa yang berkhidmat sebagai jururawat di Hospital Kuala Krai ditemui dekat pintu utama rumah berkenaan.

Namun bagi bapa mangsa, Ismail Husin, 63, yang masih terkejut dengan kejadian itu, jeritan meminta tolong anak sulungnya akan menghantuinya sepanjang hayat.

“Masih terngiang-ngiang suaranya meminta tolong ketika api marak tapi saya tidak mampu berbuat apa-apa,” katanya sebak.
Suami mangsa, Zamri Hamat, 38, tentera di Kem Sri Banding Grik, Perak, berkata beliau menerima panggilan telefon daripada bapa mentuanya, kira-kira jam 2 petang selepas solat Jumaat.

“Bapa mentua minta saya bertenang ketika memberitahu rumah saya terbakar dan isteri terperangkap di dalam rumah,” katanya yang tiba di Kuala Krai jam 5.45 petang.

Katanya, kejadian itu memberi tamparan hebat baginya sekeluarga terutama anak sulung mereka Rashidah Ilyana yang masih terkejut dengan peristiwa yang menimpa ibunya.

“Anak sulung saya hanya mendiamkan diri bila ditanya kerana benar-benar terkejut dengan kejadian yang menimpa ibunya,” katanya

3 Respons

  1. masa da tiba….Allah lbh menyayanginya….

  2. pengorbanan seorang ibu tiada galang gantinya..
    muga roh arwah d tempatkan bsama orang2 yg beriman…amin

  3. saya ingin tahu sambungan ceritanya.tenteng cerita anak sulungnye menceritakan pesanan terakhir drpd ibunya itu?

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 273 other followers

%d bloggers like this: