Petronas raih untung RM21b suku pertama 2011

Oleh WAN NAJIB WAN DAUD
bisnes.utusan@gmail.com.my

KUALA LUMPUR 26 Ogos – Petroliam Nasional Bhd. (Petronas), meraih keuntungan bersih selepas cukai sebanyak RM21.7 bilion pada suku pertama berakhir pada 30 Jun lalu, dengan perolehan sebanyak RM71 bilion.

Peningkatan keuntungan bersih itu disumbangkan oleh perolehan RM2.6 bilion dari pelupusan Cairn India Ltd, walaupun terdapat kenaikan kos persekitaran.

Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Shamsul Azhar Abbas (gambar) berkata, pencapaian itu juga turut menyaksikan peningkatan pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA)

“Prestasi suku pertama didorong kenaikan harga semua produknya dan jumlah dagangan yang lebih tinggi produk utamanya di celah-celah pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh, sungguhpun ringgit terus mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pengumuman keputusan kewangan suku pertama Petronas berakhir 30 Jun lalu.

Menurut Shamsul Azhar, suku pertama lalu merupakan suku yang terbaik dengan hampir mencatatkan keuntungan kasar RM30.9 bilion berbanding untuk tempoh enam bulan pertama tahun lalu berjumlah RM60 bilion.

Katanya, beliau amat gembira jika pencapaian keseluruhan Petronas mampu mencecah antara RM60 bilion hingga RM70 bilion untuk tempoh sembilan sehingga penghujung tahun ini.

Shamsul Azhar menjelaskan, dalam penstrukturan semula tahun kewangan Petronas untuk tahun 2011 akan menyaksikan keputusan kewangan sehingga sembilan bulan dan syarikat petroleum itu akan memulakan tahun kewangan penuh pada 1 Januari 2012.

Mengulas lanjut katanya, Petronas menjangkakan pencapaian suku kedua tahun ini agak perlahan berikutan beberapa faktor yang melibatkan ekonomi dan pembekalan.

”Keadaan ekonomi di Amerika Syarikat dan Eropah menunjukkan kebimbangan selain gangguan bekalan terhadap beberapa kuasa minyak dunia, selain pemberontakan di Libya,” katanya.

Shamsul Azhar berkata, Petronas bersedia menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku dalam tempoh terdekat.

“Keadaan ekonomi masih lagi rapuh dengan kemungkinan berlaku gelombang kedua kemelesetan ekonomi dan adalah sukar untuk menjangkakan prestasi akan datang.

Namun, Shamsul yakin Petronas masih mampu mengekalkan prestasi sedia ada berbanding tahun lalu.

Beliau berkata, firma minyak itu akan memberi tumpuan kepada penerokaan minyak domestik terutama laut dalam dengan memperuntukan sebanyak RM2 bilion bagi tempoh tiga tahun.

Beliau berkata, terminal baru pertama gas cecair asli import (LNG) akan dibangunkan pada Julai 2012.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu harga minyak mentah di pasaran dunia tahun depan dijangka diniagakan sekitar AS$80 (RM240) hingga AS$85 (RM255) setong, bergantung kepada permintaan pasaran dan aliran permintaan.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 273 other followers

%d bloggers like this: