Pluralisme ancaman terbaru negara

Pluralisme: Media baru diawasi

YAN 19 Feb. – Kerajaan akan menggiatkan pemantauan dan pengintipan ke atas pelbagai media baru terutama Internet bagi mengekang penularan fahaman pluralisme yang bertentangan dengan Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, penularan fahaman itu melalui medium berkenaan didapati semakin terserlah dan perlu dibanteras segera demi menjaga akidah umat Islam.

Kata beliau, pihaknya juga akan mengenal pasti jika ada dalang di sebalik fahaman tersebut.

“Perkara ini dikhuatiri oleh banyak ulama iaitu tentang golongan tertentu yang menggunakan media baru seperti Internet sebagai medium menyebarkan fahaman ini.

“Kita juga percaya ada kelompok yang mempunyai hubungan besar dengan luar negara terlibat dalam perkara ini. Jadi kita akan membanterasnya dari peringkat akar umbi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat di Kampung Sungai Rotan di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa fahaman pluralisme kini muncul sebagai ancaman terbaru di kalangan umat Islam di negara ini.

Menurut Jamil Khir, kefahaman tersebut dikhuatiri menular di kalangan semua anggota masyarakat di negara ini tanpa mengira batasan umur.

“Kefahaman ini menular tanpa mengira umur mahupun pangkat tetapi dalam diri mereka ada pemikiran ‘moderate’, pada mereka inilah golongan elit apabila memikirkan bahawa semuanya adalah sama termasuk agama.

“Sedangkan dalam Islam, Islam adalah betul dan kita wajib percaya agama Allah ini. Namun pluralisme yang membawa kepercayaan bahawa kepelbagaian agama adalah sama dan semua agama adalah sama, kefahaman ini harus ditolak,” katanya.

Satu Respons

  1. sedangkan kerajaan sendiri yang mempromosikan fahaman pluralisme neh. cth; gong xi raya, deppa raya. menyamakan hari perayaan orang islam dengan hari perayaan orang kafir. ceh.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 289 other followers

%d bloggers like this: