Singapura anugerah KPN, Musa Hassan

Musa terima anugerah

S.R.Nathan menyampaikan Darjah Utama Bakti Cemerlang Singapura kepada Musa Hassan pada upacara rasmi di Istana, Singapura, semalam.

 

SINGAPURA 3 Ogos – Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini dianugerah Darjah Utama Bakti Cemerlang Singapura kerana “sumbangan cemerlang beliau dalam memupuk hubungan dan kerjasama gemilang” antara polis Malaysia dengan pasukan polis republik itu.

Musa, 57, telah mempertingkat “keselamatan dan ketenteraman kedua-dua negara,” menurut ucapan penghargaan yang dibacakan di hadapan Presiden Singapura, S. R. Nathan yang menyampaikan anugerah itu kepada Musa di upacara rasmi di Istana di sini.

Terdahulu, Musa mengunjungi Perdana Menteri, Lee Hsien Loong dan mengadakan pertemuan selama 30 minit di tempat yang sama.

Berikutan itu, Musa juga memeriksa barisan kehormatan terdiri daripada 25 anggota Pasukan Polis Singapura.

Di upacara itu, dinyatakan bahawa Singapura mendapat manfaat daripada sumbangan aktif dan signifikan Musa dalam memupuk hubungan akrab antara pasukan polis kedua-dua negara.

“Kerjasama cemerlang dalam bidang siasatan, perisikan, latihan dan perkongsian maklumat telah menghasilkan manfaat besar kepada kedua-dua pasukan dalam menentang keganasan dan jenayah transnasional,” menurut ucapan pujian itu.

Polis Malaysia telah turut memberi sumbangan besar dalam mempertingkat kapasiti rantau ini bagi menentang keganasan dan jenayah.

Walaupun tidak disebut, sumbangan besar polis Malaysia kepada keselamatan Singapura dan rantau ini tahun ini ialah penangkapan pemimpin militan Jemaah Islamiah yang sebelum itu melarikan diri dari tahanan, Mas Selamat Kastari di Johor pada April lepas.

Musa memberitahu, anugerah itu merupakan satu pengiktirafan kepada pasukan polis Malaysia yang telah memainkan peranan cemerlang dan mempunyai hubungan kerjasama baik selama ini dengan polis Singapura dalam membanteras jenayah dan menjaga keselamatan kedua-dua negara.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Singapura atas anugerah itu. – BERNAMA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 289 other followers

%d bloggers like this: