Susilo pilih Kerajaan Perpaduan untuk Indonesia

Usaha Susilo elak politiking

 

Oleh ZULKIFLEE BAKAR

 

Susilo

SEBAHAGIAN menteri Kabinet Indonesia mengangkat sumpah di hadapan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono di Istana Negara, Jakarta, Khamis lalu.



 

ESETIAAN saya kepada parti berakhir, apabila kesetiaan saya kepada negara bermula.” Itulah peringatan yang diberikan oleh Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono apabila beliau secara rasmi menubuhkan Kabinet Indonesia Bersatu II.

Penubuhan Kabinet itu yang dilakukan pada Khamis lalu, membuktikan janji yang pernah dilafazkan oleh Susilo sebelum ini bahawa beliau akan berusaha memastikan semua parti utama di Indonesia mendapat tempat.

Berdasarkan pembentukan tersebut, sebanyak 58.8 peratus daripada 34 menteri berasal daripada parti-parti yang pernah menyokong beliau untuk terus menjadi Presiden bagi penggal kedua.

Parti Demokrat mendapat enam kerusi, Parti Keadilan Sejahtera (empat kerusi), Parti Amanat Nasional (PAN) (tiga kerusi), Parti Persatuan Pembangunan (PPP) (dua kerusi) dan Parti Kebangkitan Bangsa (PKB) (dua kerusi).

Susunan Kabinet kali ini juga dikatakan menepati ramalan yang dibuat oleh pelbagai pihak sebelum ini kecuali bagi kerusi Menteri Kesihatan yang menyaksikan sedikit kontroversi berlaku.

Tindakan

Ia kerana sebelum ini ramai yang meramalkan jawatan itu akan disandang oleh Nila Anfasa Moeloek tetapi Susilo sebaliknya melantik Endang Rahayu Sedianingsih.

Pelantikan Endang Rahayu dipertikiakan kerana ketika Siti Fadilah Suparti menjadi Menteri Kesihatan, Endang Rahayu pernah dikenakan tindakan kerana membawa sampel virus selesema burung ke luar negara tanpa keizinan.

Bagaimanapun kontroversi itu tidak menggugat Susilo yang dilihat tetap tegas dengan pendiriannya untuk melantik Endang Rahayu, biarpun menerima pelbagai kencaman.

Namun apa yang lebih penting daripada itu, dalam usaha memastikan Indonesia keluar daripada kemelut ekonomi dan membentuk agenda bagi kesejahteraan rakyat, Susilo melibatkan semua parti dalam pembentukan Kabinetnya.

Walaupun Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) membuat keputusan tidak menyertai Kabinet Susilo namun sudah ada jaminan bahawa parti itu tidak akan bertindak sebagai pembangkang yang membuta tuli.

Sebaliknya seperti mana kata Ketua Dewan Pertimbangan Pusat PDIP, Taufiq Kiemas, parti itu ingin menjadi rakan strategis pemerintah yang kritis.

PDIP menyatakan pendirian politik seumpama itu kerana Ketua Umumnya, Megawati Sukarnoputri berpendapat, tindakan parti tersebut sebelum ini yang dilihat menjadi pembangkang adalah satu kesilapan.

Sehubungan itu, seperti mana kata Taufiq, PDIP akan menilai hasil kerja pemerintah dengan objektif dan bukannya sebagai musuh politik.

Apa pun dengan melibatkan beberapa parti besar dalam Kabinetnya, Susilo sudah tentulah mampu mengelakkan berlaku terlalu banyak politiking yang boleh menggugat perjalanan pemerintahan beliau.

Kehadiran PAN, PKB, PPP dan PKS sudah cukup memberi jaminan politik kepada Susilo untuk mengatur agenda memimpin Indonesia tanpa perlu banyak memikirkan ancaman politik.

Susilo memahami kesemua parti-parti berkenaan mempunyai pengaruh yang cukup besar di kalangan rakyat, atas sebab itulah beliau mahu mereka berada dalam Kabinetnya. Melalui cara itu, Susilo akan berupaya mendapat satu pasukan yang kuat dan jitu bagi membolehkan beliau menerajui Indonesia ke arah yang lebih cemerlang.

Sememangnya, seperti mana kata Susilo sebelum ini, masa untuk berpolitik sudah pun berakhir kerana masa untuk berkhidmat kepada rakyat sudah bermula. Susilo ingin memastikan penggal kedua beliau sebagai Presiden adalah lebih baik daripada penggal pertamanya.

Susilo menyedari rakyat Indonesia meletakkan harapan terlalu tinggi kepada beliau. Atas sebab itulah mereka membuat keputusan untuk sekali lagi memberikan mandat kepadanya, biarpun Susilo berhadapan dengan saingan sengit daripada Megawati dan Jusuf Kalla ketika pemilihan Presiden lalu.

Bagaimanapun berbanding kedua-dua calon itu, Susilo dilihat lebih berwibawa dan mempunyai karisma, malah beliau dianggap pemimpin ketiga terbaik yang pernah dilahirkan oleh Indonesia selepas Sukarno dan Suharto.

Dengan hanya 10 muka lama yang masih dikekalkan dalam Kabinet terbaru Susilo itu, ia sudah tentulah menunjukkan kesungguhan beliau bagi memastikan matlamatnya untuk memajukan Indonesia menjadi kenyataan.

Bagi Susilo, dalam tempoh lima tahun akan datang, ia adalah satu jangka masa yang cukup getir. Justeru Susilo memerlukan barisan Kabinet yang mantap bagi merealisasikan matlamatnya untuk menjadi Presiden yang benar-benar berjaya selepas Sukarno dan Suharto.

Apa pun keadaannya rakyat Indonesia akan mula menilai hasil kerja Kabinet Susilo dan mereka pasti akan memberikan reaksi tanpa perlu menunggu lima tahun.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 278 other followers

%d bloggers like this: