UK sah latih skuad maut Bangladesh

DHAKA 23 Dis 2010. – Britain mengesahkan ia ada melatih unit polis Bangladesh yang dilabel oleh pertubuhan hak asasi manusia sebagai ‘skuad maut’, tetapi menyatakan program latihan itu adalah untuk meningkatkan piawaian etika.

Batalion Tindakan Cepat (RAB) ditubuhkan pada 2004, mengakui seramai 600 orang telah terbunuh dalam pertempuran membabitkan mereka sejak enam tahun lalu.

Jumlah kematian yang terlalu ramai itu mendapat kritikan hebat daripada beberapa kumpulan hak asasi termasuk Amnesty International dan Human Rights Watch yang mendakwa RAB sengaja membunuh, lazimnya terhadap aktivis politik.

Human Rights Watch menggelar RAB sebagai “ala-skuad maut Amerika Selatan (AS) yang berselindung di sebalik pakaian seragam polis anti jenayah”.

Kabel diplomatik Amerika Syarikat yang dibocorkan oleh WikiLeaks mendedahkan objektif AS dan Britain dalam menangani keganasan di Bangladesh turut menyatakan butiran program latihan RAB.

“Bantuan latihan anti-pengganas yang kami berikan tidak menyalahi undang-undang dan tidak bercanggah dengan nilai-nilai kemanusiaan,” kata pegawai media di pejabat Suruhanjaya British di sini. – AFP

Laporan WikiLeaks itu mendakwa, AS enggan menawarkan bantuan kepada RAB memandangkan ia bercanggah dengan undang-undang di negara itu yang melarang melatih pasukan keselamatan asing yang dituduh melanggar hak asasi manusia.

Bagaimanapun, AS dan Britain terus menasihati Bangladesh supaya tidak membubarkan RAB kerana ia dipercayai mampu menyekat kegiatan keganasan di negara ini.

“RAB diyakini mampu menjadi sebuah organisasi keselamatan di Bangladesh yang sama penting seperti Biro Siasatan Persekutuan (FBI) yang terdapat di AS,” kata Timbalan Pesuruhjaya British di Dhaka, Duncan Norman. – AFP

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 278 other followers

%d bloggers like this: