Wakil rakyat PKS, Arifinto letak jawatan

Video lucah: Arifinto letak jawatan


 

JAKARTA 11 April – Ahli Parlimen dari Parti Keadilan Sejahtera (PKS), Arifinto (gambar) meletak jawatan hari ini ekoran pendedahan kes beliau menonton video lucah semasa persidangan Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Jumaat lalu.

Beliau yang berhadapan kemarahan ramai berikutan kelakuannya itu berkata, tiada sesiapa memaksanya meletak jawatan dan beliau berbuat demikian demi maruah diri serta parti konservatifnya.

“Saya juga akan memperbaiki diri dengan membaca al-Quran, mendapatkan nasihat guru agama, menderma kepada golongan miskin dan berbuat perkara baik bagi mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat,” katanya dalam satu sidang akhbar yang disiarkan di televisyen.

Speaker DPR, Pramono Anung berkata, beliau menerima peletakan jawatan Ahli Parlimen tersebut dan menganggapnya sebagai tindakan terbaik untuk semua pihak.

“Saya rasa langkah Arifinto itu baik untuk partinya dan imej DPR. Perkara ini telah mencemar nama DPR.

“Sebaik dilantik sebagai Ahli Parlimen, seorang pemimpin sepatutnya mengawal tingkah laku mereka terutamanya di mata umum,” katanya.

Arifinto mencetuskan kontroversi selepas gelagatnya yang leka menonton video lucah semasa sidang DPR dirakam seorang jurugambar berpengalaman dari akhbar Media Indonesia, Mohammad Irfan.

Beliau bagaimanapun menafikan tindakan tersebut dengan menyatakan keadaan itu berlaku secara tidak sengaja kerana pada asalnya hanya mahu membaca e-mel yang dikirim.

Kes tersebut turut mengundang minat ramai apabila seorang pelakon filem lucah, Vicky Vette yang berasal dari Norway semalam mengaku di Twitter bahawa dia ada menghantar foto ‘terbaiknya’ kepada Arifinto melalui e-mel. – AFP/Agensi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 289 other followers

%d bloggers like this: