Pelajar Mengaku Buang Bayi

ALOR STAR - Seorang pelajar perempuan sekolah menengah agama di Pokok Sena di sini mengaku bersalah membuang bayi perempuan yang baru dilahirkan dan menyembunyi kematian bayi tersebut di Mahkamah Sesyen Alor Star, semalam.

Pelajar berusia 18 tahun dan berasal dari Hulu Langat, Selangor dituduh membuang bayi seberat dua kilogram yang baru dilahirkan di tempat pembuangan sampah di belakang asrama perempuan sekolah agama berkenaan.

Pertuduhan ke atasnya dibacakan oleh pegawai pendakwa raya di dalam kamar hakim dan tertuduh mengaku bersalah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 309 A Kanun Keseksaan.

“Jangan kamu ikut langkah-langkah Syaitan. Sesungguhnya Syaitan adalah musuh nyata bagimu” (Al-Quran). Berkenalan, berhubung, berseronok, membunuh, dihukum bunuh, disiksa di neraka merupakan sebahagian langkah-langkah Syaitan.

Berikutan itu Hakim Norsyaidah Awang menetapkan tarikh 28 Julai depan untuk menyebut semula kes tersebut sementara menunggu laporan penuh mengenai keputusan ujian DNA bayi dan tertuduh.

Mahkamah juga membenarkan pelajar terbabit diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Beberapa ahli keluarga tertuduh turut hadir pada perbicaraan yang berlangsung selama kira-kira 15 minit itu.

3 Responses to “Pelajar Mengaku Buang Bayi”

  1. astagfirullahalazim..inilah yg terjadi apabila nafsu melebihi akal..

  2. er~ ye ke ? macam tak percaya~aduh~

  3. kepada masyarakat,jgn pandang serong kepada gadis tsbut tp sama2 la kita mbimbig n beri kesdaran kpd dia…. beri pluang dia kambali ke pgkal jln..stiap mnusia wat salah

Leave a Reply