Amal 7

 

ini-jalan-ku-01.jpg 

“Dan sesungguhnya ini jalanKu yang lurus (maka) kamu ikutilah ia. Jangan kamu ikut jalan-jalan (yang lain) nanti kamu akan bercerai berai dari jalanNya. Allah berpesan yang demikian itu supaya kamu bertaqwa” (Al-An’aam:153)

Menerusi blog Ini Jalanku, kita berharap dapat membentuk kefahaman mengenai Islam yang syumul (menyeluruh) dan sedikit sebanyak gambaran Jalan yang harus kita lalui dalam menuju kepada keredhaan Ilahi dan kebahgiaan di dunia dan Akhirat. Namun, kita masih berlegar-legar dalam mendapat hanya gambaran Jalan tesebut. Kita tidak akan ke mana kecuali kita menempuh atau melalui Jalan itu sendiri. Menempuh Jalan adalah dengan memahami Usul 20, Amal 7, Wajibat 38 dan seterusnya yang akan saya bentangkan. Ingatlah, medan khayal tidak sama dengan medan kata-kata. Medan kata-kata tidak sama dengan medan amal dan tindakan. Medan amal tidak sama dengan medan jihad. Medan jihad yang salah tidak sama dengan medan jihad yang sebenar yang menuju ke matlamat yang dikehendakki Allah dan ditunjukkan oleh Rasulullah saw.

 

Meneliti Seerah Rasulullah saw, kita jelas mendapati jalan perjuangan dan fasa-fasa yang dilalui oleh Baginda saw dan para Sahabat ra seperti yang diatur oleh Allah swt. Sebaik turun dari Gua Hirak pada 610M, Nabi saw mula membentuk (1) Peribadi-peribadi Islam yang bakal mendokong Dakwah Islam dan teguh melalui jalan panjang hingga mencapai matlamatnya. Setiap sahabat pula mendidik keluarga masing-masing hingga menjadi (2) Keluarga Islam sejati lagi mithali. Kesemua isteri dan anak-anak Nabi saw seperti Zainab, Ruqayyah, Ummu Kalthum dan Fatimah mendokong Risalah dan melalui Jalan yang dilalui Baginda saw. Begitu juga Abu Bakar As-Siddiq didokong oleh isteri dan anak-anaknya Abdullah, Abdur Rahman, Aisyah, Asmak dan lain-lain. Tumbuhnya keluarga-keluarga Islam ini mewarnai dan mencorak suasana dan didikan Islam di sekitar, maka lahirlah bibit sebuah (3) Masyarakat Islam di Mekah sebelum mereka diperintah oleh Allah dan RasulNya saw untuk berhijrah ke Madinah pada tahun 622M membentuk sebuah (4) Kerajaan Islam dibawah pimpinan Rasulullah saw sendiri. Di Madinah, turun ayat-ayat Al-Quran mengenai Perundangan Islam sedikit demi sedikit menyentuh dan mengatur dari kehidupan ibadah dan sosial kepada hal ehwal berkait dengan kenegaraan dan Jihad (kekuatan dan kedaulatan) sehinggalah sempurna ciri-ciri sebuah (5) Negara Islam di Madinah. Selepas Pembukaan Mekah pada tahun 630M, kerajaan-kerajaan kecil di Semenanjung Arab datang berbondong-bondong ke Madinah mengiklankan penggabungan ketua negara, kerajaan dan rakyat masing-masing di bawah Rasulullah saw dan berterusan ke zaman Abu Bakar As-Siddiq ra membentuk (6) Khilafah Islam. Pada masa itu, kuasa besar masih di tangan Kerajaan Rum dan Kerajaan Parsi. Selepas Rasulullah saw wafat (632M), Islam mengalahkan kedua-dua Kuasa Besar tersebut di zaman Umar Al-Khattab ra. lalu Islam ditabal (7) Memimpin Alam Sejagat dan terus membimbingnya dengan Sistem Islam ke arah mendapatkan Syurga dan keredhaan Allah swt.

 

“Katakanlah (wahai Muhammad kepada umat Islam dan dunia), ‘Sekiranya kamu mencintai Allah, ikutlah (jalan) aku, nescaya kamu akan dicintai Allah dan Dia ampunkan dosa-dosa kamu” (Ali Imran;31). Kepada mereka yang mencintai Allah dan berazam menuju kepadanya Seerah RasulNya itulah jalan menuju kepadaNya. Berusaha dan beramallah melalui Jalan dan fasa-fasa di bawah :

 

TAJUK-TAJUK RUKUN AMAL 7 

  1. Peribadi Islam
  2. Keluarga Islam
  3. Masyarakat Islam
  4. Kerajaan Islam
  5. Negara Islam
  6. Khilafah Islam
  7. Memimpin Alam

 

6 Respons

  1. [...] penyelesaian isu Palestin, adalah tidak lari dari Amal 7 yang kami muatkan di dalam Blog ini. Kesemuanya berkisar kepada mendidik dan mewujudkan diri dan [...]

  2. salam.. ustaz.. ana nak ambil sedikit pengisian daripada amal 7 utk dijadikan bahan pengisian.. harap diizinkan

  3. ini sejarah kita..
    penting untuk kita memahami dari mana islam itu bermula..sejarah kebangkitan islam dan kejatuhanya..

  4. [...] penyelesaian isu Palestin, adalah tidak lari dari Amal 7 yang kami muatkan di dalam Blog ini. Kesemuanya berkisar kepada mendidik dan mewujudkan diri dan [...]

  5. UST, kenapa peribadi muslim ade 10 je? dan ape susunan peribadi muslim yang disusun oleh hassan al banna?

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 286 other followers

%d bloggers like this: