Amal 7 (matan)

AMAL 7 

(1)  Membaiki diri sendiri hingga mejadi kuat tubuh badan, mantap akhlak, fikiran yang terpelajar, mampu mencari nafkah, bersih Aqidah, betul ibadah, mengawal nafsu diri, menjaga waktu, tersusun dalam urusan dan bermenfaat kepada orang lain. 

  

 

(2)  Membentuk keluarga Islam dengan cara memastikan keluarganya menghormati Fikrah atau perjuangannya, menjaga adab-adab Islam dalam setiap bentuk kehidupan di rumah, baik dalam memilih pasangan, membantu pasangan dalam menunaikan hak dan kewajipannya, baik dalam mendidik anak-anak dan pembantu rumah serta membesarkan mereka di atas prinsip-prinsip Islam. 
 

 

 

(3)  Membimbing masyarakat dengan cara menyebarkan Dakwah kepada mereka, membenteras kelucahan dan kemunkaran, menggalakkan akhlak-akhlak yang mulia, mengajak kepada yang makruf, bersegera melakukan kebaikan, menarik pendangan umum ke arah Fikrah Islam dan terus menerus mencorak suasana kehidupan umum masyarakat dengan Fikrah Islam. 
 

 

 

(4)  Membebaskan tanahair Islam dari sebarang kekuasaan, pengaruh atau campurtangan asing yang bukan Islam, samada di aspek politik, ekonomi atau ruh. 
 

 

 

(5)  Membaiki kerajaan sehingga ia menjadi Kerajaan Islam sebenar yang melaksanakan peranannya sebagai khadam kepada umat ini, pelindungnya dan buruh demi mencapai kepentingan umat. Kerajaan Islam ialah kerajaan yang :
(i) Anggotanya dari kalangan orang-rang Islam.
(ii) Mereka menunaikan amal-amal Fardhu .
(iii) Tidak terang-terangan melakukan maksiat.
(iv) Melaksanakan hukum hakam dan ajaran-ajaran Islam. Mengambil anggota dari bukan Islam dalam hal darurat asalkan bukan jawatan Wilayah Ammah (kepimpinan tertinggi).

Strukturnya selari dengan kaedah umum sistem pemerintahan Islam. 
 

Diantara sifat-sifat Kerajaan Islam ialah :                                                              

 

 

 i.    Merasa tanggungjawab.                                                              
ii.    Belas kasihan terhadap rakyat jelata.
                                                         
iii.    Adil sesama manusia.
                                                             
iv.    Bersih dalam menjaga wang rakyat dan berjimat cermat. 

Diantara kewajipan Kerajaan Islam untuk rakyat ialah :                                                              
i.      Memelihara keselamatan dan keamanan.
                                                            
 ii.      Melaksanakan undang-undang.
                                                           
 iii.     Meluaskan pengajian ilmu pengetahuan.
                                                          
iv.     Mempersiapkan kekuatan.
                                                            
v.      Menjaga kesihatan.
                                                         
vi.      Memelihara kemudahan awam.
                                                           
vii.     Membangunkan ekonomi dan menjaga harta negara.
                                                      
 viii.     Menguatkan akhlak umat.
                                                         
ix.     
Menyebarkan Dakwah. 

Diantara hak-hak Kerajaan Islam ke atas rakyat – sekiranya kerajaan tersebut telah melaksanakan kewajipan-kewajipannya – ialah memberikan :                                                              
i.      Walak dan ketaatan.
                                                            
ii.     Bantuan dengan jiwa raga dan harta. 

Jika kerajaan cuai dalam melaksanakan kewajipan-kewajipannya, maka ke atas rakyat berperanan untuk :                                        
 i.      Memberikan nasihat dan tunjuk ajar. Jika masih juga cuai maka :
                                       
 ii.     Digantikan dengan kerajaan lain yang benar-benar bersedia melaksanakan kewajipan-kewajipan

tersebut. 
 

 

(6)  Mengembalikan struktur antarabangsa bagi Umat Islam dengan cara memerdekakan tanahairnya, menghidupkan zaman kegemilangannya, merapatkan jurang berbezaan ilmu pengetahuannya, menyatukan keputusannya sehinnga semua tadi membawa kepada mewujudkan kembali Khilafah Islam yang telah hilang dan kesatuan yang diimpikan. 
 

(7)  Memimpin dan membimbing alam dengan cara meluaskan Dakwah Islam ke segenap ceruk dan keseluruh pelusuk dunia. “Sehingga tiada lagi fitnah dan seluruh agama (sistem) adalah milik Allah” (Al-Baqarah:193). 

 

4 Respons

  1. ini adalah pintu dakwah maka ketuk ia agar kita dpat teruskan langkah…

  2. assalamualaikum ustaz,

    jika dibenarkan, ana nak petik sedikit penulisan ustaz dlm nota ana dan jadikan laman inijalanku sebagai pautan. Bila diizin baru akan buat.
    salam…

  3. Ustaz saya tak faham, tidak bolehkah kita melakukan semuanya serentak dalam satu masa, mengikut kemampuan kita? Apa pendapat ustaz?

    Saya tak berapa faham konsep maratib amal ni, ada individu yang tak berkahwin tapi dapat pula dia bimbing masyarakat.. kalau ustaz boleh jelaskan.. jzk.

  4. dri pndgn sy…bg saya seandainya seseorg itu mampu utk mndidik diri dia sndiri dgn mnjadi seorg insan yg benar2 beriman dn bertaqwa..maka baginya adalah kelebihan utk membimbing org lain…

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 284 other followers

%d bloggers like this: