Usul 20

ini-jalan-ku-01.jpg 

 

Menerusi blog Ini Jalanku, kita berharap dapat membentuk kefahaman mengenai Islam yang syumul (menyeluruh) dan sedikit sebanyak gambaran Jalan yang harus kita lalui dalam menuju kepada keredhaan Ilahi dan kebahgiaan di dunia dan Akhirat. Namun, kita masih berlegar-legar dalam mendapat hanya gambaran Jalan tesebut. Kita tidak akan ke mana kecuali kita menempuh atau melalui Jalan itu sendiri. Menempuh Jalan adalah dengan memahami Usul 20, Amal 7, Wajibat 38 dan seterusnya yang akan saya bentangkan.

 Ingat, medan khayal tidak sama dengan medan kata-kata. Medan kata-kata tidak sama dengan medan amal dan tindakan. Medan amal tidak sama dengan medan jihad. Medan jihad yang salah tidak sama dengan medan jihad yang sebenar yang menuju ke matlamat yang dikehendakki Allah dan ditunjukkan oleh Rasulullah saw. 

TAJUK-TAJUK USUL 20 

1.      Islam adalah agama yang menyeluruh dan lengkap.

2.    Al-Quran dan As-Sunnah adalah rujukan asas dalam perundangan Islam.

3.     Iman sejati, ibadah yang sah dan perjuangan mempunyai cahaya dan kemanisan di dalam hati. Ilham, lintasan hati, mimpi tidak boleh dijadikan dalil hukum Agama.

4.    Tangkal, jampi selain ayat Al-Quran dan Hadis serta mendakwa tahu hal ghaib (yang belum berlaku) adalah munkar yang wajib dibenteras.

5.     Keputusan pimpinan dalam organisasi wajib dilaksanakan dalam perkara maslahat, yang tiada nas atau ada nas tetapi mempunyai berbagai tafsiran.

6.    Kata-kata seseorang selain Rasulullah saw tidak semestinya betul dan diterima.

7.     Seorang yang belum pakar dalam Feqah, ikutlah salah satu dari 4 Mazhab tanpa taksub. Terimalah pandangan mazhab lain jika dalilnya lebih kuat.

8.    Perbezaan dalam Feqah jangan membawa kepada perpecahan hati.

9.    Jauhi perdebatan Feqah yang tidak membawa kepada tindakan amali.

10. Kita beriman kepada Ayat-ayat Sifat tanpa menafsir atau menolaknya.

11.  Semua Bid’ah yang tiada asas Syarak adalah munkar yang wajib dibenteras.

12.Bid’ah Idafiah, Bid’ah Tarkiah, Bid’ah Iltizamiah adalah khilaf ulamak.

13. Keramat boleh berlaku pada Wali-wali Allah, namun mereka tidak boleh memberi menfaat atau mudharat kepada diri mereka, apatah lagi kepada orang lain.

14.Ziarah kubur adalah sunnah Rasulullah saw. Jangan dicampur dengan Bid’ah.

15. Tawassul dalam berdoa adalah khilaf ulamak dan bukan dalam masalah Aqidah.

16.Dalam mengeluarkan hukum, Syarak merujuk kepada intipati sesuatu perkara dan bukan nama yang dipakai orang ramai. Contoh “Faedah Bank”.

17. Amal hati lebih utama dari amal anggota. Kedua-duanya penting.

18.Islam mengangkat peranan akal manusia.

19.Tiada pertembungan diantara Syarak dan ilmu Sains yang sahih.

20.Kita tidak mengkafirkan orang Islam melainkan dengan syarat-syarat yang ketat.  

9 Respons

  1. Salamu’alaikum warohmatullahi Wabarokatuh.
    Pandangan saya umat perlu kembali kepada Al-Quran. Petunjuk sepanjang zaman. Wali ialah ALLAH. Hanya Dia menunjukki jalan yang Lurus.

    Wassalam.

  2. Boleh ustaz sertakan syarahnya?

  3. Mencari yang shahih itu wajib, ibarat kita mencari yang halal….
    Segala yang disebutkan telah terkandung dalam nas qur,an dan sunnah. Pemahaman tanpa penghayatan akan mengakibatkan salah faham dalam pentafsiran setiap usul tersebut. Kita berpegang kuat pd manhaj salaf dan hidup di zaman khalaf hakikatnya. Prinsip nubuwwah adalah pendirian kita dan bergerak mengikut keperluan zaman selaras dengan kehendak ALLAH…..berlapang dadalah…

  4. salam.ustaz saya belajar di salah sebuah ipt,ada telibat sedikit dengan program tarbiah,tapi semenjak kebelakangan ini ada dari rakan 2 yang memberi artikel tentang ikhwan muslimin sesat ,dalil2 yang dibawa juga berdasarkan ayat Al-quran ,fatwa Al-bani,Shekh Abdul Aziz baz dan lain2 lagi.Saya sekarang jadi sikit confius dan tertanya2 adakah yang aku buat ini betul?mohon enjelasan.

  5. Manada sesat…

    Sy bukan IM, tp tau apa peranan IM.

    Teruskan aktiviti tarbiyah anda, ambil yang baik, buang yg kurang baik.

    Saringkan dengan Q&S tanpa prejudis. Bersikap Adil dan bijaksana dalam menghakimi sesuatu. Jangan membuta tuli tanpa alasan munasabah.

    Ulama hanya berfatwa dengan bahan2 yang dibentangkan kepadanya. Mana mungkin boleh 100% adil.

  6. ustaz, mohon penjelasan ttg Bid’ah Idafiah, Bid’ah Tarkiah, Bid’ah Iltizamiah . jzklh khrn

  7. salam ustaz, apa pendapat ustaz tentang demokrasi dan wahabi?

  8. Yang ni, dari Hassan al-Banna?

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 287 other followers

%d bloggers like this: