Usul 20 (matan)

USUL 20 

  1. Islam adalah sistem yang lengkap mencakupi semua bidang kehudupan. Islam adalah negara dan tanahair, kerajaan dan umat, akhlak dan kekuatan, rahmat dan keadilan, pengetahuan dan undang-undang, ilmu dan kehakiman, bahan dan kekayaan, pendapatan dan kekayaan, jihad dan dakwah, tentera dan ideologi, sama jua seperti Islam itu adalah aqidah yang sebenar dan ibadah yang sah.

 

  1. Al-Quran dan As-Sunnah adalah rujukan bagi setiap orang Islam dalam mengenali hukum hakam Islam. Al-Quran difahami menurut kaedah Bahasa Arab tanpa memberat atau meringan-ringankan tatabahasanya. As-Sunnah pula difahami dengan merujuk kepada pakar-pakar Hadis yang dipercayai.

 

  1. Iman yang sebenar, ibadah yang sah dan perjuangan mempunyai cahaya dan kemanisan yang dicampakkan Allah ke dalam hati sesiapa dari hamba-hambaNya yang dikehendakkiNya. Akan tetapi ilham, lintasan hati, pandangan tembus dan mimpi, kesemuanya tidak termasuk dalil-dalil hukum hakam Syarak serta tidak boleh diterima pakai melainkan dengan syarat ia tidak bertentangan dengan hukum hakam dan nas-nas Agama.

 

  1. Tangkal, jampi, mentera, telek, dakwaan tahu hal ghaib (yang belum berlaku) dan semua yang seumpamanya adalah munkar yang wajib dibenteras, melainkan kaedah yang menggunakan ayat Quran dan diturunkan oleh Nabi saw.

 

  1. Keputusan pemimpin (organisasi) dan pemangkunya dalam sesuatu pekara yang (i) tiada nas mengenainya, (ii) ada nas tetapi mempunyai beberapa tafsiran, dan (iii) perkara yang tergolong dalam kepentingan awam (Masalih Mursalah) mesti diamalkan (diikuti) selagi ia tidak bertentangan dengan Kaedah Syarak. Keputusan itu  boleh berubah-ubah mengikut suasana, kebiasaan dan adat masyarakat. (Ini adalah kerana) asal di dalam perkara-perkara ADAT (hal-hal semasa seperti di atas) adalah melihat kepada rahsia, hikmah dan sebab tujuan (keputusan itu dibuat dan tertakluk kepada perubahan-perubahan suasana). (pent. – Contohnya keputusan bentuk, tarikh dan tempat sesuatu program latihan atau aktiviti Organisasi). Sedangkan asal di dalam perkara-perkara IBADAT (yang banyak tidak berubah walaupun berlalu masa dan berubah suasana) adalah Taabud (buat sahaja sebagai satu bentuk perhambaan kepada Allah) tanpa melihat kepada pengertian-pengertiannya (pent. – contoh kenapa solat Maghrib 3 rakaat, bukan 4 rakaat).

 

  1. Setiap orang boleh dipakai kata-katanya dan boleh juga ditolak melainkan kata-kata Nabi saw yang maksum (dipelihara dari dosa). Kita menerima semua (kata-kata dan berita) yang datang dari para Salaf ra. (Generasi Awal sekitar 3 Kurun Pertama Islam) yang selari pula dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Jika tidak selari maka Kitab Allah dan Sunnah RasulNya lebih layak diikuti. Tetapi jika ada perbezaan berlaku, kita tidak mencela atau memburuk-burukkan individu-individu tersebut. Terserahlah kepada niat-niat mereka. Mereka telah pergi dan diberi ganjaran dari apa yang telah mereka sumbangkan.

 

  1. Setiap orang Islam yang belum mencapai tahap pakar dalam mengkaji dalil-dalil hukum hakam cabang (fekah), hendaklah dia mengikut salah seorang imam dari imam-imam (mazhab) Agama. Dalam masa dia menjadi pengikut ini, elok juga dia cuba sedaya upaya mengetahui dalil-dalilnya (yang membawa kepada hukum tersebut) dan dia boleh menerima apa jua bimbingan (dari pihak lain) yang disertakan dengan dalil jika jelas padanya baik keperibadian dan kelayakan orang yang memberi bimbingan tersebut (tanpa taasub dengan kumpulannya sahaja). Jika dia dari kalangan pelajar Agama, hendaklah dia membaiki kekurangan diri diaspek ilmu pengetahuannya sehingga dia mencapai tahap pakar.

 

  1. Perbezaan ilmiah mengenai hukum hakam Feqah tidak boleh jadi sebab untuk berpecah dalam kehidupan beragama, membawa kepada permusuhan dan kebencian. Setiap Mujtahid (orang yang bersungguh-sungguh mengkaji dan mengeluarkan sesuatu keputusan) mendapat pahala (dari keputusannya samada keputusannya salah <1 pahala> atau betul<2 pahala>). Tidak ada halangan untuk kita membuat kajian ilmiah yang professional dalam isu-isu (yang masih ada) perbezaan dalam suasana kasih sayang kerana Allah dan bekerjasama mencari kebenaran, tanpa usaha tersebut membawa kepada pergaduhan dan taksub.

 

  1. Setiap persoalan yang tidak menuju kepada amal, maka tenggelam dalam berbahas-bahas tentangnya adalah suatu yang memberat-beratkan diri yang ditegah oleh Agama. Contohnya membanyakkan andaian-andaian dalam hukum hakam yang belum berlaku, berbicara pengertian-pengertian ayat-ayat Al-Quran yang belum dapat dicapai oleh ilmu dan teknologi semasa, perbezaan dan perselisihan yang berlaku di kalangan para Sahabat ra. sedang mereka semua mendapat kelebihan kerana bersahabat bersama Rasulullah saw dan mendapat pahala berdasarkan niat-niat mereka yang baik.

 

  1. Mengenali (makrifat) Allah, mentauhid dan mensucikanNya (dari sifat-sifat kekurangan) adalah setinggi dan semurni Aqidah Islam. Adapun Ayat-ayat Sifat – pent. dalam Al-Quran yang menyebut “muka Allah (surah Ar-Rahman:27)”, “tangan Allah (surah Al-Fath:10)” dan lain-lain – dan hadis-hadisnya yang berkaitan yang nampak seolah-oleh menyamakan muka Allah dengan muka makhlukNya – subhanallah – kita beriman kepada Ayat-ayat dan Hadis tersebut sepertimana ia didatangkan kepada kita tanpa Takwil (cuba menafsirkan “tangan Allah” bererti “kekuasaan Allah” dan seumpamanya seperti yang dilakukan oleh sebahagian pengkaji) atau Taktil (langsung menafikan Allah tiada muka, tangan dan sebagainya untuk mengelakkan persamaan dengan makhlukNya). Kita tidak perlu melibatkan diri dalam isu yang menjadi perbincangan dan perbezaan para Ulamak. Cukuplah kita dengan pendirian Rasulullah saw dan Para Sahabat ra seperti yang diajar oleh Allah swt dalam firmannya bermaksud, “Dan orang-orang yang mantap ilmunya berkata (tentang Ayat-ayat Sifat), “Kami beriman kepadanya. Semuanya dari Tuhan kami” (Ali Imran).

 

  1. Semua bentuk Bid’ah dalam agama, yang tidak mempunyai asal usul dari Islam, hanya manusia seronok melakukannya mengikut hawa nafsu, samada dengan cara menokok tambah (beberapa perkara ke dalam Ibadah) atau mengurangkannya, adalah sesat, wajib dibenteras dan dihapuskan dengan cara yang terbaik yang tidak pula nanti membawa kepada Bid’ah yang lebih teruk.

 

  1. Bid’ah Idafiah, Bid’ah Tarkiah dan Bid’ah Iltizam (bermakna berpegang) dengan Ibadat-ibadat Mutlaq adalah hanya perselisihan feqah (cabang). Setiap pihak atau mazhab mempunyai pandangan yang tersendiri dan tiada salah sekiranya dibuat analisa demi mencari kebenaran menggunakan dalil dan keterangan.

 

  1. Mengasihi, menghormati dan memuji orang-orang saleh yang dikenali kebaikan amalan mereka adalah salah satu Qurbah (cara mendekatkan diri) kepada Allah swt. Para Wali Allah adalah orang-orang yang disebut Allah di dalam firmanNya bermaksud, “Sesungguhnya Wali-wali Allah, mereka tidak takut dan tidak bersedih, (yaitu) mereka adalah orang-orang beriman dan bertaqwa” (Yunus:62). Keramat memang boleh berlaku pada diri mereka dengan syarat-syarat yang mengikut Syarak dengan kita beranggapan bahawa mereka tidak boleh memberi menfaat atau mudarat kepada diri mereka sendiri semasa mereka hidup atau selepas mereka mati, apatah lagi untuk memberikan menfaat atau mudharat tersebut kepada orang lain.

 

  1. Menziarahi kubur dalam apa keadaan sekalipun, melalui cara yang ditunjukkan Rasulullah saw, adalah satu Sunnah yang dibenarkan oleh Syarak. Akan tetapi meminta pertolongan dari orang-orang yang dikuburkan – dalam apa keadaan sekalipun – menyeru agar mereka meminta pertolongan, memohon sesuatu hajat daripada mereka, samada ketika berdekatan dengan kubur atau dari jarak jauh, bernazar untuk mereka, menghiasi, menyarung kelambu, menerangkan dengan lampu, mengusap-usap kubur, bersumpah dengan nama sesuatu selain Allah dan apa sahaja Bid’ah-bid’ah yang berkaitan adalah dosa besar yang mesti dibenteras. Kita tidak cuba mencari alasan untuk mengiyakan perbuatan-perbuatan tersebut demi mengambil langkah pengcegahan sebelum ia pergi lebih jauh dan lebih sesat.

 

  1. Berdoa sambil dipadukan dengan Tawassul kepada Allah dengan salah seorang dari makhlukNya adalah (hanya) perselisihan cabang (bukan asas Agama) di dalam aspek cara berdoa. Ia tidak termasuk dalam permasalahan Aqidah.

 

  1. Uruf (kebiasaan masyarakat) yang salah tidak (boleh) mengubah lafaz-lafaz (hukum hakam) Syarak, bahkan wajib dipastikan erti sebenar yang dikehendakki dan dipegang. Begitu juga hendaklah berhati-hati dari tertipu oleh lafaz-lafaz di dalam aspek dunia dan Agama. Apa yang penting ialah isi dan maksud, bukan istilah (yang digunapakai oleh orang ramai) – pent. Contoh kata orang ramai “Riba adalah haram” tapi “Faedah Bank adalah halal” sedangkan kedua-dua isikandungnya sama, walaupun istilah-istilahnya berbeza.

 

  1. Aqidah adalah asas kepada amal. Amal hati lebih penting dari amal anggota. Mendapat kesempurnaan dalam kedua-dua bidang amal tersebut adalah dituntut oleh Syarak, walaupun tahap kekuatan tuntutan terhadap kedua-duanya adalah berbeza.

 

  1. Islam membebaskan akal fikiran, mendorongnya meneliti alam cakerawala, mengangkat mertabat ilmu dan para ilmuan, mengalu-alukan apa sahaja yang bermenfaat. “Hikmah (ilmu) adalah barang yang hilang dari seorang mukmin. Dimana sahaja dia menjumpainya, dia adalah orang yang paling layak mengambilnya”.

 

  1. Ada terdapat di sana Pandangan Syarak yang belum ada dalam Teori Akal (Sains), begitu juga sebaliknya. Jika Dalil Syarak dan Teori Akal kedua-duaya adalah jelas dan benar, maka kedua-duanya sama sekali tidak akan berlaku pertentangan. Tidak akan bertembung hakikat sains yang pasti dengan kaedah syariat yang tetap. Pekara yang masih samar-samar samada dari Pandangan Syarak atau Teori Sains mestilah diperjelaskan ke arah menepati hakikat yang telah pasti kebenarannya. Sekiranya kedua-dua Pandangan Syarak dan Teori Sains adalah samar, maka Pandangan Syarak lebih diutamakan dari Teori Sains sehingga nanti Teori Sains akan semakin meneguh (kebenarannya) atau berkubur (lantaran ia terbukti salah).

 

  1. Kita tidak mengkafirkan seorang Islam yang telah menutur Dua Kalimah Syahadah, beramal dengan tuntutannya, menunaikan ibadat-ibadat fardhu – (hanya) kerana pandangan atau maksiat yang dilakukannya – kecuali jika dia (i) menutur kalimah Kufur, (ii) mengengkari perkara agama yang dimaklumi dengan meluas, (iii) mendustakan ayat Al-Quran yang jelas, (iv) menafsirkan Al-Quran dengan pengertian yang lari jauh dari gaya Bahasa Arab atau (v) melakukan perbuatan yang tidak boleh dibuat tafsiran-tafsiran lain selain dari Kufur.

6 Respons

  1. ustaz,boleh tak bg text in arabic beserta baris?saya nak cuba hafal/baca text arab,tapi x power arabic

  2. apa tawassul ?tawassul ijtimaie?bid’ah dan pecahannya?????sape keje bank dosa la????faedah bank haram ke?????

  3. Ustaz , adakah kita mesti tertakluk kepada satu mazhab sahaja ? Bolehkah kita terus berpegang kepada ajaran Rasullullah sekiranya kita ada maklumat mengenainya. Kalau yang meriwayatkannya hanya seorang bolehkah kita berpegang kepada hadith itu. Bolehkah kita menyatakan bahawa mazhab yang lain itu tidak betul? Di Malaysia pula terang-terangan mengatakan bahawa kita berpegang kepada mazhab Shafie sahaja, sedangkan dalam buku yang di tulis oleh beliau ada menyatakan bahawa sekiranya ada terdapat cara atau pendapat yang lebih baik maka tinggalkan aku. Bagaimanakah cara yang terbaik bagi mengelakkan kekeliruan ini? Harap dapat penjelasan.Wassalam

  4. Ramai pendakwah masih belum kuasa usul 20.

    Kajian perlu diserta dengan keikhlasan dan kesungguhan untuk memahami dan menghayati usul 20.

    Ramai orang yang membaca tetapi tidak faham jua.

  5. mano lak datang eh usul 20 ni…campur Islam hadari…x paham den doh…ni kiro bid’ah ko sunnah ni???compius compius

  6. Outstanding article on Usul 20 (matan) inijalanku.
    wordpress.com.
    It is definitely one of the most reliable that Ive
    looked at in a very long time.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 289 other followers

%d bloggers like this: