Nasyid ISMA

Nasyid ISMA di atas dinyanyikan oleh Saudara Nazrey Johani, ex-vokalis Kumpulan Raihan.

Nasyid “SESUNGGUHNYA” oleh Kumpulan Raihan (Nazrey Johani dll.)   http://www.youtube.com/watch?v=OM2ZSmz-Nhs&feature=player_embedded adalah nasyid paling polular dalam album”PUJI-PUJIAN” oleh Raihan yang telah mencipta rekod Tanahair apabila jualannya mencecah 600,000 berbanding jualan album artis-artis biasa sekitar 30,000 sahaja. Ini sekali gus menunjukkan jiwa umat di rantau Melayu yang cuba dihujani dan dipengaruhi artis-artis Melayu ala-Barat masih mempunyai potensi mencintai Islam dan budayanya yang rabbani. Mereka hanya menunggu lagu-lagu alternatif berbentuk Islam untuk muncul di hadapan mereka. Begitu jugalah halnya umat menunggu alternatif kepada kesemua persoalan hidup mereka termasuk pengajaran, bimbingan, tokoh dan organisasi. Jika para Duat mampu memikul tanggungjawab Dakwah ini dan muncul dalam bentuk Islam yang sempurna, umat disekeliling tidak akan teragak-agak untuk menyokong, bahkan bersama dan berkorban demi memenangkannya.

Di bawah adalah koleksi U-Tube nasyid-nasyid Hari Raya dan Perkahwinan :

Selamat Pengantin Baru – Nada Murni

Selamat Pengantin Baru – Hijjaz

Pengantin Baru – Rabbani

Cari Pasangan – Rabbani

Kerlipan Cinta – Rabbani

Anak Soleh – Rabbani

Impian Hamba – Rabbani

Selamat Hari Raya – Hijjaz, Asri Rabbani

Sunnah Orang Berjuang – Asri & Nada Murni

Sunnah Orang Berjuang – Munif & Hijjaz (Versi Baru)

Sudah Sunnah Orang Berjuang – Asri & NADA MURNI

Sepohon Kayu – NADA MURNI

Di Pondok Kecil – Asri & NADA MURNI

Munajat – Asri & NADA MURNI (Versi Asal)

Munajat – Asri & RABBANI (Versi Baru)

Ulamak Pewaris Nabi – Asri & NADA MURNI

10 Respons

  1. SUKUR DAN TERASA AMAT BERTUAH KETIKA MENEMUI BLOG INI DIKALA ZAMAN SEMAKIN PENUH DENGAN DUGAAN DUNIA, SEMOGA ALLAH MEMBERI SYAFAAT DAN PETUNJUK AGAR KUKUHNYA HATI-HATI UMAT ISLAM SELURUHNYA.

  2. Salam,,,ust,,ada ptanya y bermain di otak ni…knpa blaku pepecahan antara ISMA dan PMRAM di mesir ni?.knapa 2 blah pihak xleh nk bsatu.?stahu ana dua2 blah pihak btunjangkn Islam..

    • Berbeza nama dan logo tidak semestinya dianggap berpecah. Kita lihat Negara-negara Barat seperti Amerika, England, Perancis dll berlainan bendera, ketua, logo dll tetapi boleh duduk bersama dan bersatu dalam memerangi Islam seperti di Palestin dsb. Alhamdulillah ISMA Pusat di Malaysia mempunyai hubungan yang baik dengan PAS, yang juga penaung PMRAM, begitu juga parti-parti dan ngo-ngo Islam yang lain di Malaysia, boleh duduk bersama dalam menangani banyak perkara. Adalah diharapkan PMRAM dan ISMA-Mesir mencontohi kami di aspek ini. Terima kasih.

  3. salam.sy pun nak bertanya ttg pmram dan isma jgak.sy tengok memang tak boleh nak bersama kerana setahu sy isma akan manarik org2yg ade fikrah islam sahaja…tp kalu seseorg tu sukar di bawa,mereka tinggalkn.tu yg saye perhatikanlah.dan seolah-olah isma xde mauqif dalm memerangi musuh islam dalm selimut… kenapa x pernah nak berbincang tp menarik ahli supaya bencikan pmram…
    harap,pihak isma msia dapat berbincang dan bimbing isma di mesir yg hanye nak pecah belahkan ahli di mesir….
    dan cube kaji semula,adakah wajar isma wujud utk mencapai daulah.setahu saye apb adenye Taadud jemaah Tudod,ia akn melambatkan lagi proses untuk mencapai daulah islamiyah…tolonglah bimbing isma di mesir supaya bekerjasama…

    • cuba compare blog2 pro-PMRAM & pro-ISMA… blog mana yg lebih menghentam orang lain?…

      kalau kita lebih fokus amal dakwah drpd buat dakwaan2 pd bbrp pihak lain, rasanya akan lebih ramai org menyertai perkumpulan masing2… kita masing2 punya lapangan amal yg boleh kita manfaat… PAS di arena politik, ISMA di arena masyarakat umum yg x nak dgr langsung psl Islam sbb takut terlibat dgn PAS… akhirnya org ISMA pun undi PAS jgak…

      sama-sama renungkan..

      bumi syaam…..

    • ana tak setuju bila ada org kata kami(Isma-mesir) diajar benci PMRAM..ana pernah duduk setahun dgn org2 yg ahli PMRAM.spnjang ana duduk dgn diorg ana xpernah diajar sekali atau byk kali atau bbrapa kali pun untuk mmbenci PMRAM.mlh kalau ada bbrapa kenyataan PMRAM yg ana xselesa,mreka husnu zon..bkn sb nk tarik ana duduk ngn diorg mk mrk buat2 baik..shinggakan ada dh duduk dgn diorg pn sifat itu masih ada..Terima kasih ISMA-Mesir!!!Allah shj yg balas jasa kalian dlm mentabiah ana.kalau tidak,ana tdk jd sprti ana yg skrg…
      pasal org yg sukar dbawa n dtinggalkan.mgkin org tu agk sukar untuk ditawan n bila tumpu pdnya, org yg lebih mharap jadi terabai…kalau antum igt kisah dlm surah Abasa mesti antum faham.dan ana rasa bila seseorg itu xdpt dbawa,mrka tdk ditinggalkan begitu shj.kami masih lg mbuat hubungan baik..hati itu Allah yg pegang..Allah yg bukakan hati manusia menerima hidayahNya…

  4. ape pun,jangan letakkan nafsu di hadapan dlm menilai sesuatu.biar neraca yg tepat dan benar yg diguna pakai
    harap bersabar…

  5. Nazrey Johani dulu pengikut arqam.

  6. ……
    (tersenyum geli hati)

  7. awat hasan?

    *sengih*

Tinggalkan jawapan