Batik & perpecahan rumpun Melayu

Batik: Malaysia kaji keputusan
UNESCO

KUALA LUMPUR 17 Sept. – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Malaysia akan meneliti keputusan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) meletakkan batik sebagai kebudayaan warisan dunia milik Indonesia.

Timbalan Perdana Menteri berkata, penelitian itu perlu dilakukan untuk mengetahui implikasi yang wujud daripada pemberian status itu ke atas batik Malaysia.

“Adakah perkara ini membuatkan kita tidak boleh gunakan kemahiran atau tradisi yang kita sudah ada untuk keluarkan kraf kita sendiri, kita akan semak,” katanya di sini hari ini.

Pengisytiharan batik sebagai warisan dunia milik Indonesia oleh UNESCO dijadual dibuat pada 2 Oktober depan.

Sehubungan itu, beberapa pihak di Indonesia menganjurkan agar semua rakyat negara itu bermula daripada peringkat petani memakai batik pada tarikh berkenaan.

Penganugerahan itu dilaporkan di Indonesia sebagai satu kejayaan kerana mendakwa Malaysia turut mengaku batik adalah seni budayanya.

Muhyiddin berkata, pengertian seni batik agak luas kerana selain Indonesia dan Malaysia, ada negara lain seperti Singapura dan India memiliki seni batik tersendiri.

Tinggalkan jawapan