Biografi Mustafa Masyhur, Mursyid Am IM ke 5

 

Mustafa Masyhur

Asy-Syeikh Mustafa Masyhur dilahirkan pada 15 September 1921 di Kampung Sa’din, dari kota Manya al-qamh, Mesir. Beliau terdidik di dalam suasana keluarga yang berpegang teguh dengan agama. Beliau mengikuti penulis desa sejak berumur dua tahun. Kemudian memasuki sekolah rendah di desanya. Selepas itu ke sekolah

I’dad di Manya Al-Qamh. Beliau meneruskan pengajian di sekolah tsanawiyah di Zaqaziq, setelah tinggal di Zaqaziq selama dua tahun. Beliau pindah ke Cairo dan menyempurnakan sekolah tsanawiyahnya di sana, dan seterusnya melanjutkan pelajaran di university Al-Azhar Cairo, dan tamat pada tahun 1942.Beliau adalah Syeikh Mustafa Masyhur.
Beliau menyertai Ikhwanul Muslimin lapan tahun selepas penubuhannya iaitu pada 1936. Kisah penyertaan beliau bermula ketika beliau tinggal di Kaherah. Di sana beliau sering ke masjid berhampiran kediamannya. Suatu hari ketika di masjid beliau melihat seorang lelaki sedang menyebarkan risalah tentang ceramah agama di sebuah masjid lain.

Kerana sifat beliau yang sangat cintakan ilmu dan majlis pengajian agama, beliau menghadirkan diri ke majlis itu. Di akhir ceramah , penceramah berkenaan mengumumkan tentang kehadiran seorang lagi tokoh tersohor ke situ untuk menyampaikan ceramah iaitu Imam Hassan Al-Banna. Di pendekkan cerita beliau akhirnya jatuh hati terhadap ceramah dan isu-isu yang dibawa penceramah tersebut. Beliau akhirnya menyertai Ikhwanul Muslimin lapan tahun selepas penubuhannya iaitu pada 1936.

Beliaulah antara yang menjadi tonggak Ikhwanul Muslimin sejak beliau menyertainya. Dalam memperjuangkan amanah agama beliau beberapa kali dipenjarakan iaitu sehingga 19 tahun . Beliau dimasukkan ke dalam penjara tentera ketika berusia 33 tahun. Apabila beliau dihadapkan ke mahkamah tentera, dalam perbicaraan yang tidak sampai tiga minit, beliau telah dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun. Beliau juga telah dikurung dalam penjara bawah tanah dan kemudiannya ditahan di penjara padang pasir. Bukan itu sahaja beliau juga telah dipukul ratusan ribu kali. Kedua-dua tapak kakinya dipukul dengan sebatang alat keras sehingga menyebabkan tulang di kedua-dua tapak kakinya menjadi reput. Kesan akhirnya, beliau menjadi tempang,

Beliau dipenjarakan semasa pemerintahan Jamal Abd. Nasir. Ketika itu berlaku mehnah yang dikenali sebagai “Mehnah Takyid” ( Dugaan memberi sokongan kepada Presiden Jamal Abdul Nasir yang menghukum mereka, iaitu dengan menggunakan anak-anak Ikhwan yang dipenjara untuk memujuk ayah-ayah mereka menerima tawaran bebas dari penjara dengan syarat menulis beberapa perkataan atas kertas menyokong Jamal Nasir; mehnah =
dugaan, takyid = sokong ).

Beberapa orang dari saudara mara isteri beliau menyuruh anak-anak perempuan beliau pergi ke penjara untuk memujuk ayah mereka agar menulis sokongan dan balik ke rumah bersama mereka tetapi isteri beliau enggan dan memesan kepada anak-anak agar tidak
menunjukkan jemu dan risau lantaran ketiadaan ayah yang panjang. Teruslah si ayah dalam penjara dengan tsabat dan teguh, menolak sebarang sokongan terhadap Sistem yang memenjarakannya.

Kali terakhir beliau dipenjarakan ialah pada 1965-1971. Beliau dibebaskan setelah Anwar Sadat mengambil alih pemerintahan. Ketika itu Anwar Sadat memberi keampunan kepada ramai anggota Ikhwanul Muslimin yang dipenjara termasuk beliau. Walaubagaimanapun, Anwar Sadat cuba menangkapnya kembali selepas beberapa ketika. Untuk menyelamatkan diri, beberapa ketika sebelum penangkapan beramai-ramai dilakukan pada 1971 beliau berhijrah ke Kuwait. Beliau kemudian tinggal di Jerman selama lima tahun dan di sana beliau mengatur gerakan menyebarkan pengaruh Ikhwanul Muslimin ke seluruh dunia.

Beliau pulang ke Mesir ketika Syeikh Umar Tilmisani menjadi Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin. Tidak lama kemudian Syeikh Umar Tilmisani meninggal dunia . Jawatan Mursyidul Am kemudiannya diambil-alih oleh Syeikh Hamid Abun Nasr dan Mustafa Masyhur menjadi timbalannya. Setelah Syeikh Hamid meninggal dunia pada tahun 1996, Syeikh Mustafa Masyhur dilantik sebagai penggantinya. Februari 2002 beliau sekali lagi dipilih untuk meneruskan khidmatnya sebagai Mursyidul Am. Pemilihan tersebut dibuat selepas Ikhwan membuat pindaan tempuh khidmat Mursyidul Am kepada enam tahun. Syeikh Mustafa turut diundang menyampaikan ceramah di serata dunia. Bahkan ketika permulaan krisis selepas kemenangan mujahidin di Afghanistan, beliau mengetuai delegasi pemimpin-pemimpin gerakan Islam seluruh dunia pergi ke Kabul untuk mendamaikan kumpulan-kumpulan mujahidin.

Beliau menjalankan amanah memegang jawatan Mursyidul Am yang disandangnya sejak 1996 hinggalah keadaannya yang sudah tidak berdaya lagi pada 29 Oktober 2002. Sejak itu, jawatan berkenaan dipangku oleh Ustaz Makmun Hudhaibi.

Pada 29 Oktober 2002, selepas pulang dari pejabatnya, beliau berehat seketika. Apabila azan Asar dilaungkan, anak perempuannya cuba mengejutkannya daripada tidur. Sebaik terjaga daripada tidur, didapati dirinya begitu tidak bermaya sekali. Beliau diserang sakit.

Melihatkan keadaan bapanya, si anak menasihati Syeikh Mustafa supaya menunaikan solat di rumah sahaja. Namun tarbiyyah mantap yang diterimanya menghalang beliau untuk menunaikan sembahyang di tempat selain daripada masjid.

Beliau terus mempersiapkan diri dan pergi menunaikan sembahyang di masjid berdekatan kediamannya. Selepas menunaikan sembahyang, beliau sudah tidak mampu melakukan apa-apa lagi. Orang ramai menghantarkannya ke hospital dan beliau berada di sana selama lebih kurang dua minggu. Pada petang Khamis lalu, beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika berumur 83 tahun.

Keesokan harinya, orang ramai berkumpul di Masjid Rabaah Adawiyyah di Madinat Nasr untuk memberikan penghormatan terakhir sebelum beliau dikebumikan. Jalan-jalan sekitar menjadi sesak. Setelah jenazah disembahyangkan, orang ramai berarak menuju ke tanah perkuburan yang terletak 10 km dari masjid berkenaan. Suasana sepi, sedih dan pilu menyelubungi perjalanan ke tanah perkuburan. Tidak ada sebarang laungan atau slogan-slogan seperti perhimpunan yang biasa di anjurkan oleh Ikhwan. Masing-masing hanya berdoa di dalam hati memohon kesejahteraan ke atas pemimpin yang pergi. Sebahagian daripada mereka mengangkat mashaf Al Quran sebagai lambang kepada syiar perjuangan mereka.

Perarakan yang dianggarkan disertai oleh 20,000 orang itu turut disertai oleh pemimpin-pemimpin politik termasuk ketua Parti Buruh (pembangkang), Ibrahim Shukri. Walau bagaimanapun Al Jazeerah melaporkan bahawa tidak kelihatan seorang pun pemimpin kerajaan hadir ketika itu.

Walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan halangan, Syeikh Mustafa tetap berada di dalam saf perjuangannya dan tidak meninggalkan jamaah sehinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir . Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat kita. Namun itu tangisan bukan penyelesaiannya. Syeikh Mustafa Masyhur telah meninggalkan banyak panduan melalui buku-buku beliau. Kita seharusnya boleh mengambil ibrah daripada karya-karya tersebut untuk terus menyuburkan jalan dakwah ini. Semangat kental dan ketabahan beliau harus kita jadikan pembakar semangat agar kita terus thabat di jalan ini insyaAllah.

 

Hasil Karangan beliau

MURSYIDUL AM IKHWANUL MUSLIMIN
1. As Syahid Ustaz Hasan Al Banna (1928)
2. Syeikh Hasan Hudhaibi
3. Syeikh Umar Talmisani
4. Syeikh Hamid Abun Nasr
5. Syeikh Mustafa Masyhur (1996-2002)
6. Syeikh Makmun Hudhabi
7. Dr Mahdi Akef (sekarang)
  1. Al-jihad huwa as-sabil
  2. Tasaulat ala thariq ad-dakwah
  3. Munajat ala at-thariq
  4. Muqawwimat rajulul aqidah ala thariq ad-dakwah
  5. Wihdatul amal al-islami fi al-qatrul wahid
  6. Zaad ala at-thariq
  7. Al-qudwah ala thariq ad-dakwah, ad-dakwah al-fardiyah
  8. Al-hayah fi mihrab as-shalat al-islam huwal al-hall, min fiqh ad-dakwah
  9. Al-qaid al-qudwah wa mutathallibatuhu baina ar-rabbaniyah wal madiyah
  10. Qadhaya asasiyah ala thariq ad-dakwah at-tiyar al-islami wa dauruhu fi al-bina
  11. Qadhiyah azh-zhulm fi dhaui al-kitab wa as-sunnah
  12. Thariq ad-dakwah baina al-ashalah wa al-inhiraf min at-tiyar al-islami ila Sya’b misr

3 Respons

  1. Sebenarnya saya tiada komen cuma saya ingin mengetahui bagaimana saya ingin mendapatkan hasil karya mustafa mashyur iaitu bekalan di jalan dakwah. Kalau ada laman web yang saya boleh “download” karya ini sepenuhnya, boleh ke tolong beritahu saya. TERIMA KASIH.

  2. a’sif! izinkan saya link laman ini.

  3. saudara di atas boleh dapatkan karya Mustafar Masyhur di kedai buku IKRAM atau di kedai2 buku islamik selluruh Malaysia

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 273 other followers

%d bloggers like this: