Nikotin terkumpul dalam otak perokok

Nikotin beku dalam otak perokok

WASHINGTON 9 Mac – Nikotin terkumpul secara beransur-ansur di dalam otak perokok dan bukan hanya meningkat setiap kali rokok dihisap, menurut satu kajian yang mungkin membantu dalam mencari cara baru menghentikan amalan tidak sihat ini.

Dr. Jed E. Rose dari Duke University dalam laporan yang disiarkan di edisi dalam talian Proceedings of the National Academy of Sciences semalam menyatakan bahawa pengumpulan nikotin di dalam otak meningkat selama beberapa minit.

Teori saintis sebelum ini menyatakan jumlah nikotin meningkat selama tujuh saat setiap kali rokok dihisap, namun tiada pengukuran pernah dibuat sehinggalah sekarang, kata Rose.

Rose menggunakan imbasan otak untuk mengukur kandungan nikotin di kalangan 13 perokok tegar dan 10 orang yang jarang merokok, sebagai penanda mereka tidak ketagih pada rokok.

Kajian mendapati, kadar tertinggi nikotin terkumpul di dalam otak adalah selama tiga hingga lima minit dan terkumpul dengan lebih perlahan di kalangan perokok tegar berbanding mereka yang jarang merokok.

Kadar yang lebih rendah itu disebabkan nikotin berada di dalam paru-paru lebih lama bagi golongan ketagihan merokok, yang mungkin menjadi punca kesan buruk tabiat itu kepada paru-paru. - AP

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 293 other followers

%d bloggers like this: