Sejarah ringkas Ikhwan Muslimin

Friday, 5 June 2009

 

SEJARAH IM & PENGASASNYA

Ikhwanul Muslimin (IM) adalah satu gerakan Islam   yang mengajak dan menuntut agar tertegaknya syariat Allah, hidup di bawah naungan Islam, seperti yang diturunkan Allah kepada Rasulullah SAW , dan diserukan oleh para salafus-soleh, bekerja denganNYA dan untukNYA, keyakinan yang bersih yang berakar teguh dalam hati, pemahaman yang benar yang akal dan fikrah, syariah yang mengatur al-jawarih (anggota tubuh), perilaku dan politik. Kini, gerakan IM  tersebar ke seluruh dunia.

Pengasas IM adalah Imam Hassan Al-Banna (HAB) yang dibunuh kerana membawa Islam. Meskipun beliau hanyalah seorang tukang jam, seorang guru dan seorang mujahid. HAB dilahirkan pada 14 Oktober 1906 di Mahmudiyah, Mesir. Beliau merupakan anak sulung daripada 8 adik beradik kepada pasangan Ahmad bin Abd Rahman Al-Banna, seorang tukang jam dan Puan Fudhla seorang wanita yang pintar, peka, mahir dalam pengurusan rumah tangga serta tegas dan mempunyai kekuatan kehendak yang diwarisi HAB.

Bapa HAB merupakan ulama sunni berguru dengan Muhammad Abduh juga penyusun hadis imam 4 serta penulis buku hadis. Beliau mempunyai benyak koleksi kitab-kitab dan buku-buku dan sering bermusyawarah dengan ulama’ dan cendekiawan.

ADik beradik HAB adalah
1. Abd Rahman – pengasas Persatuan Tamadun Islam dan kemudiannya bergabung dengan IM
2. Fatimah
3. Muhammad
4. Abdul Basit – merupakan polis di Kaherah tetapi kemudian berhenti berpindah ke Saudi (ana tak ingat pulak bila dan mengapa beliau berhenti)
5. ZAinab – meniggal dunia ketika kecil
6. A. Jamaluddin – dikenali sebagai Jamal Banna dan merupakan seorang penulis dan pengarang
7. Fauziah – isteri kepada Abd Karim Mansur, seorg peguam yang menemani HAB dan ditembak di hadapan Pejabat Syabab Al-Muslimun bersama Imam HAB.

Ketika Hassan al-Banna berusia dua belas tahun, beliau menjadi pemimpin badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah menghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-Ikhwan al-Hasafiyyah, dan menjadi ahli penuh pada tahun 1922. (Mitchell 1969, 2; Lia 25-26). Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudian memainkan peranan penting dalam penubuhan Ikhwan Muslimin.

Ketika berusia tiga belas tahun, Hassan al Banna menyertai tunjuk perasaan semasa revolusi 1919 menentang pemerintahan British. (Mitchell 1969, 3; Lia 1998, 26-27)

Pada tahun 1923, pada usia 16 tahun dia memasuki Dar al ‘Ulum, sekolah latihan guru di Kaherah. Kehidupan di ibu negara menawarkannya aktiviti yang lebih luas berbanding di kampung dan peluang bagi bertemu dengan pelajar Islam terkemuka (kebanyakannya dengan bantuan kenalan ayahnya), tetapi dia amat terganggu dengan kesan Kebaratan yang dilihatnya disana, terutamanya peningkatan arus sekular seperti parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular terdorong ke arah melemahkan pengaruh Islam dan meruntuhkan nilai moral traditional. (Mitchell 1969, 2-4; Lia 1998, 28-30)

Dia turut kecewa dengan apa yang dilihatnya sebagai kegagalan sarjana Islam di Universiti al-Azhar untuk menyuarakan bangkangan mereka dengan peningkatan atheism dan pengaruh pendakwah Kristian. (Mitchell 1969, 5)

Beliau kemudian menganggotai pertubuhan Jama’atul Makram al-Akhlaq al-Islamiyyah yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam. Melalui pertubuhan ini, Hasan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat, di kedai-kedai kopi dan tempat-tempat perhimpunan orang ramai.

Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib, Muhammad Rashid Reda, Farid Wajdi dan lain-lain.

Di tahun akhirnya di Dar al-‘Ulum, dia menulis bahawa dia bercadang menzuhudkan dirinya menjadi “penasihat dan guru” bagi golongan dewasa dan kanak-kanak, agar dapat megajar mereka “matlamat agama dan sumber kegembiraan dan keriangan dalam kehidupan”. Dia mendapat ijazah pada tahun 1927 dan diberikan jawatan sebagai guru bhs Arab di sekolah rendah kebangsaan di Isma’iliyya, bandar provincial terletak di Zon Terusan Suez. (Mitchell 1969, 6)

Al-Imam Hassan al-Banna kemudainnya menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin di bandar Ismailiyyah pada Mac 1928. Ketika itu beliau berusia 23 tahun.

Sebagai anak sulung dalam keluarganya, HAB sangat ambil berat pendidikan adik-beradiknya. Beliau merupakan penasihat peribadi ayah dan adik-beradiknya. Beliau juga berperanan dalam perkembangan pendidikan abang-abangnya. Kerana peribadinya, beliau menekan disiplin dalam keluarganya serta beliau juga mengatur perbelanjaan dalam keluarganya. Ketika bekerja sebagai guru, beliau sanggup memotong sebahagian gajinya dan peruntukkan untuk keluarganya. Hal ini menjadikan hubungan kekeluargaan mereka sangat rapat.

Kepintaran HAB dan pendidikannya tidak dibatasi masa, sebaliknya beliau mengurus masa beliau dengan sistematik. Ketika siangnya, beliau akan belajar di sekolah, setelah tamat sesi pembelajran, beliau akan belajar membaiki jam dengan ayahnya sehingga isya’. selepas Isya’ adalah waktunya untuk mengulangkaji pelajaran dan waktu SUbuh adalah waktunya menghafal Quran.

Jamaah Ikhwanul Muslimin berdiri di kota Ismailiyyah, Mesir pada tahun 1928 iaitu 4 tahun selepas kejatuhan sistem khalifah Islam terakhir iaitu Khalifah Turki Uthmaniyyah oleh HAB, bersama keenam tokoh lainnya, yaitu Hafiz Abdul Hamid, Ahmad al-Khusairi, Fuad Ibrahim, Abdurrahman Hasbullah, Ismail Izz dan Zaki al-Maghribi. Ikhwanul Muslimin pada saat itu dipimpin oleh Hassan al-Banna. Pada tahun 1930, Anggaran Dasar Ikhwanul Muslimin dibuat dan disahkan pada Rapat Umum Ikhwanul Muslimin pada 24 Sep 1930. Pada tahun 1932, struktur administrasi Ikhwanul Muslimin disusun dan pada tahun itu pula, Ikhwanul Muslimin membuka cabang di Suez, Abu Soweir dan al-Mahmoudiya. Pada tahun 1933, Ikhwanul Muslimin menerbitkan majalah mingguan yang dipimpin oleh Muhibuddin Khatib.

Pemikiran IM adalah berlandaskan syariat Islam serta amal berterusan iaitu : -

1. Baiki diri – 10 muwasafat
– aqidah sejahtera
– ibadah sahih
– akhlak mantap
– mampu bekerja
– berpengetahuan luas
– tubuh yang cergas
– sangat menjaga waktunya
– mujahadah li nafs
– teratur urusannya
– bermanfaat kepada orang lain

2. Baitul Muslim – didik keluarga dgn cara Islam & hormat fikrah Islam
– Dahulukan hak & Tanggungjawab

3. Bimbing Masyarakat -kembang aspek dan budaya Islam dlm msykt
– Amar Makruf Nahi Munkar

4. Kerajaan Islam

5. Bebas tanah air daripada kuasa asing

6. Satukan negara-negara Islam

7.Panji Islam kembali berkibar – satu suara, perpaduan ummah

MOTTO IM
-Allahu Ghayatuna
-Ar-Rasul Qudwatuna
-Al-Quran dusturuna
-Al-jihadu sabiluna
-Al-mautu fisabilillah asma’ amanina

Ruang lingkup dakwah IM
-Dakwah Salafiah
-Tariqah Sunniah
-Hakikah Sufiyah
-Hai’ah Siyasiah
-Jamaah Riyadiah
-Rabitah Ilmiah Thaqafiyah
-Syirkah Iqtisodiyah
-Fikrah ijtimaiah

yang melingkipu seluruh aspek….

PIMPINAN IM

1.Hassan Al Banna (1928-1949)

2. Hassan Al-Hudaibi (1949-1972)

3.Umar Tilmisani (1972-1986)

4.Muhammad Hamid Abu Nasr (1986-1996)

5.Mustafa Masyhur (1996-2002)

6. Ma’mun Al-Hudaibi (2002-2004)

7. Muhammad Mahdi Akif (2004 – current)

 

Pandangan Mata نحل زهراء at 01:43 1 comments     

89 Respons

  1. macam mane nak join dng ikhwan muslimin

  2. Salam. Bagaimana nak berhubung dgn jemaah Ikhwan dan bagaimana nak sertai Ikhwan Muslimin? Apa syaratnya?

    • salam……ikhwanul muslimin mmg ad di malaysia’…
      persatuan ni terbuka kepada sesiapa yang ingin merubah menjadi yang baik…..oleh itu konsep tarbiyah akan diterapkan dlm usrah ini….sy student dr mrsm yg tak pernah tahu pasal agama dan mula merubah diri yang boleh bawak diri kita sangat rapat dengan Allah….bukan untuk ikwanul muslimin tetapi wardah yang boleh dekatka diri dengan Allah semata-mata…ingat jgn taksud pada pemerintah tapi mereka hanyalah medan sahaja yang membawa kepada segala kebaikan

      • ikhwanulmuslimin merupakan satu entiti…. jika di IPTA, mana2 ipta lama selalunya terdapat Persatuan Mahasiswa Islam dan kebanyakan amalannya adalah antara amalan Hassan Al Banna.

        banyak juga institusi lain mengamalkan amalan ini, antaranya wirid secara berjamaah selepas solat dan mementingkan jemaah…. hal ini biasanya dipanggil usrah.

        khwanulmuslimin bukanlah perlu lantikan ataupun kemasukan sebagai ahli, mana2 kita terdapat amalan sepertimana diatas, kita sebenarnya secara tidak langsung telah berada di dalam jemaah, selagi kita berpegang teguh pada alquran dan al sunnah…. Hassan Al Banna mahukan ini semua dari umat, dan penyatuan umat…. tetapi zaman sekarang masih lagi berbeza.

      • sapa kata IM ad kt malaysia?
        pimpinan2 IM iktiraf PAS sbg wakil dorang.
        Dr Mehdi Akif dtang kt Ijtimak aritu dan bgtau pasal isu ni
        hurmm

      • wassalam..kamu ikut sapa?tinggal di mana?

      • camana nak masuk anggota tersebut?

    • nak jadi hamba Allah tak perlu masuk kumpulan itu atau kumpula ini. kena faham siapa kita dan siapa Allah. maka kita boleh lekukan yang terbaik untuk islam

  3. ya saudara teruslah berjuang kita tidak sendirian Allah bersama kita

  4. salam.ustaz,izin ana copy artikel ini.jazakallah

  5. Assalamualaikum!
    Mengikut Robert Dreyfuss, Ikhwan al-Muslimun adalah agent British. Sebuah masjid di Ismailiah yang menjadi pejabat resmi Ikhwan adalah dibina oleh British. Semasa perang dunia ke 2 , Ikhwan berperanan sebagai agen kepada militeri British di Mesir dan Timur Tengah. Pada 1042, Ikhwan menubuhkan “secret apaaratus” sebagai pasukan bawah tanah untuk British.
    Sekian, terima kasih.

    • Waalaikumsalam wr wb. Elok baca sejarah Ikhwan Muslimin yg ditulis oleh pengasasnya sendiri, Imam Hasan Al-Banna dan buku2 bahasa Arab yg banyak di tulis di Timur Tengah terutama di Mesir. Masjid di Ismailiah dibina dengan wang ahli pertubuhan Ikhwan Muslimin sendiri. Di Kaherah, Hasan Al-Banna dengan tersenyum menolak tawaran 10,000 pound dari Konsol British. Dia menjawab soalan2 ahli Ikhwan dengan barkata, “Tangan yg menadah tidak mungkin dapat memukul (menghalau Penjajah British keluar dari Mesir)”. Benar di zaman pemimpin pertamanya, Hasan Al-Banna, Ikhwan menubuhkan “Nizam Khas” (Secret Apparatus) tetapi bertujuan memerangi Penjajah British agar keluar dari Mesir. Setelah British keluar, penjajahan ditamatkan, dizaman pemimpin kedua, Hasan Al-Hudhaiby, Nizam Khas dibubarkan. Kisah-kisah sejarah dan peranan Nizam Khas juga telah dibukukan oleh Ikhwan Muslimin dan boleh didapati di kedai-kedai buku di Mesir. Juga boleh rujuk pakar sejarah Ikhwan Muslimin, Professor Dr Redzuan Othman, University Malaya, Kuala Lumpur. Terima kasih.

      • salam ustaz IM dan ISMA sama ke??

      • saudaraku semoga Allah selalu mengistiqomahkan kita memberi petunjuk ke jaln yg beanar: Akhi, ana liat setiap catatan di atas selalu nama2 orang Barat. Kenapa?

    • ini ceriter y direka ceriter oleh org2 y memusuhi ikhwanul muslimin…beginila cra y diorg buat utk mmpengaruhi zainab al-ghazali slh seorg aktivis ikhwanul muslimin utk mencungkil dimnakh syed qutub..

    • makna nya IM ni subahat ngan british la satu masa dlu???

    • Saudara mungkin yg saudara maksudkan ialah masjid di port said. Masjid ini dulunya di bina oleh oleh pengusaha british tersebut atas desakan ahli ikhwanul muslimin kerana rata – rata pekerja di situ beragama islam dan sangat patut kalau ada sebuah masjid di bina d situ bagi memudahkan orang islam bersolat. Saya menyangkal dakwaan saudara yang mengatakan IM adalah agen british. Malah pada zaman Hassan al- Banna. IM lah yang paling lantang menentang penjajah british. Saya nasihatkan saudara baca sejarah IM secara menyeluruh jangan main tangkap muat apa yg d baca di internet. Wassalam.

  6. subhanallah senang bisa baca artikel ini

  7. salam…ana minta izin copy artikel ni…syukran

  8. Assalamualaikum

    saye ingin bertanye sebagai orang muslim rakyat sesebuah negara perlukah saye menegur pemimpin yg ngaku islam supaye mengamalkan pemerintahan ikut islam seperti zaman kulafah ar-rashidin sahabar Rasulullah apabila saye terbace article drp web ni mengatakan sbg seorang muslim sgt harus kite amalkan ikut care islam jikalau name saje islam tapi tidak mengamalkan islam bukankah JAHIL nye kite di sisi ALLAH walaupon negara itu terdiri pelbagai kaum dan agama kenape piagam madinnah tau bagaimana Rasulullah sendiri terap pemerintahan negara itu ikut islam kenapa kite tidak follow ikut undang ALLAH, bukah kah ALLAH dah nyatakan reference kite adelan Al Quran dan perbuatan Rasulullah(sunnah) dicatit dlm Hadis Nabi, mengapa kite tak amalkan islam walaupon kite islam
    petikan ayat drp imam Al-Banna:
    mam Al-Banna menyampaikan misi dan tujuan yang ingin dicapai jamaah, beliau berkata:

    “Kami menginginkan terbentuknya sosok individu muslim, rumah tangga Islami, bangsa yang Islami, pemerintahan yang Islami, negara yang dipimpin oleh negara-negara Islam, menyatukan perpecahan kaum muslimin dan negara mereka yang terampas, kemudian membawa bendera jihad dan dakwah kepada Allah sehingga dunia mendapatkan ketenteraman dengan ajaran-ajaran Islam.”

    Sebagaimana beliau juga memfokuskan dua target utama:

    “Saya ingatkan untuk kalian dua tujuan utama:

    1. Membebaskan negeri Islam dari kekuasaan asing, karena merupakan hak alami setiap manusia yang tidak boleh dipungkiri kecuali orang yang zhalim, jahat atau biadab.

    2. Mendirikan negara Islam, yang bebas dalam menerapkan hukum Islam dan sistem yang Islami, memproklamirkan prinsip-prinsip yang mulia, menyampaikan dakwah dengan bijak kepada umat manusia. Jika hal ini tidak terwujudkan maka seluruh kaum muslimin berdosa, akan diminta pertanggungjawabannya di hadapan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung karena keengganan mendirikan daulah Islam dan hanya berdiam diri.”

    so saye ingin bertanye pendapat saudare dan saudari muslimin sekalian

    • Ya, kita mesti menegur pemimpin yg mengaku Islam supaya mengamalkan pemerintahan Islam seperti zaman Khulafak Ar-Rashidin sahabat Rasulullah.

      • afwan, setau saya Allah dan Rasul memerintahkan kita taat kepada pemimpin selagi di jalan yg benar dan menegakkan hukum islam bukan mendirikan negara Islam sebagai mana yg di maksud di atas (sumber Al-Qur’an dan Hadist)

    • kalo menurut saye, perbaiki dulu akidah (tauhid) orang muslim sedunia mulai dari diri sendiri kemudian menyeluruh,, karena bukan islam jika akidahnya masih keliru..

  9. Assalamualaikum

    Sambung pade soalan diatas:bagaimana pemimpin kite yang islam perlu buat sebelom menubuhkan kerajaan islam yang baru untuk memerintah negara apabila rakyat nye senduri yang berbilang kaum menentang penubuhan nagara islam bukan saje kaum lain yang tidak beragama islam malah orang melayu atau kaum lain yang beragama islam juge menentang, sedangkan sesudah negara itu dipimpin oleh kerajaan islam memang harus mengamalkan islam, bagaimana ustaz?dan juge disebabkan ramai yg ngaku silam memperlagakan islam sendiri dan juge bukan islam dengan menakutkan mereka dgn undang ALLAH syariah yg termasuk hudud, mereka yang bukan islam ditakuti akan disabit mengikut hudud padahal undang hudud tuk umat islam, supaya umat islam takut membuat kesalahan yg bole memurkakan ALLAH?dan juge ustaz jikalau kite tak amalkan pemerintahan islam walaupon pemimpin dan rakyat nye islam tetapi kerana blom dlm sejarah negara itu syariah diamalkan 100% dlm semue aspek negara, bolehkan negara itu tidak dilanda wabak sosial + riba + judi + arak yang boleh merosakkan manusia sedangkan ALLAH mewajibkan kite amal islam dalam semue aspek kehidupan tak kira politik atau pentadbiran?juge ade sesetengah orang yg ngaku islam tapi tidak suka pade politik bukankan dalam islam juge berpolitik seperti mendakwah + bertabligh mereka yg kurang suka atau paham pasal politik berkate islam berbeza ngan politik, macam mana lagi nak terangkan pada mereka?

    • jwpnnye tuka buku n sistem pndidikan mlysia..slagi ade sistem yg mrepek dlm sistem pndidikan mlysia slagi 2 la rakyat msh djajah olh anasir barat.. sbgi contoh (kjadian manusia dri berok) so pham sndri je la ek ..

  10. assalamualaikum,,nak tanya,ikhwanul muslimin ada kaitan secara langsung dengan PAS x..?

    • setahu ana, tak ada langsung…sebaiknya baca sejarah IM dan buat pembandingan… ada perkaitan tak apa yang di tengahkan oleh HAB…

      • salam….setahu ana dan selepas membaca….ana boleh simpulkan sebagai tidak kerana mungkin mereka inginkan negara islam tapi cara dan niat agak lari….ikwanul muslimin sgt tekankan tarbiyah diseluruh anggotannya tapi pas mungkin ad cumernyer para pengikut yang tak berapa concern pasal tarbiyah buktinya….ader pengikut yang mengaku pas tapi bile solat jumaat duk dalam rumah….maybe pemimpin mereka patut mengajar pengikutnyer dari akar umbi…..
        bak kata hasan al-banna tarbiyah bukan segalanya tapi kesemuanyer bermula dgn tarbiyah

      • sebagai sebuah jemaah islam yang syumuli dan ‘alami, PAS tidak dapat lari dari menerima keahlian yang pelbagai latar belakangnya. Sifat eksklusif dalam memilih ahli sama sekali tidak ada dalam PAS. Barangsiapa yang cintakan ISLAM dan ingin membumikan Islam sebagaimana yang telah dilakukan Nabi 1400+- tahun lalu, maka PAS akan menerimanya. Namun, usaha memberi kesedaran tarbiyyah terhadap ahli dan masyarakat tidak pernah luput dari agenda para pendokong PAS kerana ia adalah sebuah jamaah yang menjadi cabang IM di Malaysia. Tn Guru Hj Abd Hadi sendiri merupakan salah seorg ahli usrah kepada Murabbi IM. Semoga kita semua terus pada jalan yang diredhainya.

    • tetapi
      asas
      per
      juangan tetap sama iaitu nak teg
      akkan
      islam. pas
      belajar
      daripada ihkwa
      n. cuma
      dises
      uaika
      n de
      ngan suasana masyarak
      a
      t k
      ita

  11. Assalamualaikum,

    Mohon di’copy’ artikel di atas ye… :)

    Terima kasih.

  12. [...] seluruh Asia Barat dan Tenggara… Sekiranya presiden Mesir digulingkan, maka pemimpin dari  Ikhwan Muslimin akan memimpin dan memerintah bumi Mesir…. Wallahualam. “Demi masa sesungguhnya manusia [...]

    • Ikhwan tak nak kuasa memerintah.. tapi ikhwan nak jd partner dlm pemerintahan mesir…boleh baca lebih lanjut dlm website ikhwan…

  13. Assalamualaikum,
    saya mintak izin kongsi artikel ini.. saya linkkan ke link ini

    http://fariscj.blogspot.com/2011/02/revolusi-di-mesir-adakah-ini-untuk.html

  14. Assalaamualeikom….setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kpd Ustaz di atas kejayaan menghasilkan blog yg cukup bermutu (pd hemat saya).Saya minta izin utk mengcopy beberapa artikel utk saya masukkan ke dalam blog saya supaya dapat dikongsi bersama oleh pembaca-pembaca blog saya yang umumnya terdiri dari pelajar saya. jazaakallah kathiran.

  15. Allahu Ghoyatuna.. IM Motor Penggerak Perubahan

  16. salam..sy nak minta pndpt,jikalau kta nak mengkaji Tokoh HAB ini apakah kepentingannya kepada kita sbgai seorng muslim dan kpd bukan muslim

  17. http://maszleemalik.blogspot.com/2011/04/mengapa-ikhwanul-muslimin-mesir-perlu.html

    Masyaallah, tulisan dari Dr Mazlee Malik berkenaan dengan PAS dan Ikhwanul Muslimin.

  18. salam…minta izin copy artikel…syuran jazilan..jzkk

  19. Semangat pejuang ihwan perlu disemai ke dalam roh pejuang PAS

  20. kita punya rasullulah SAW jelas2 sebagai contoh teladan umat muslimin…kenapa harus ad Bana2 lain…

  21. Mohon izin untuk copy ke FB saya.

  22. Ikhwani Muslimin di Malaysia adalah PAS. di Palestin ada HAMAS.. dan hampir di semua tempat ada IM, tp tidak memakai nama IM. harap maklum.

    • Alangkah indah kalau ianya benar kan?….tetapi terlampau banyak lari dari asas menyebabkan saya berkata hmmmmmm…..

  23. Kalau saya nak join BOLEY? saya betul2 nak belajar Al-Quran dengan Sunnah tapi tak tau nak belajar dengan siapa. Ada sesiapa yang boleh bantu ke?

    • Untuk ke Mesir, elok masuk ke Univ Al-Azhar. Ia perlu sijil STAM diambil di Akademi Ikatan Muslimin (AIM), Ipoh. Hubungi Us Shahruzzaman 019-571 5334. Selamat maju jaya. Us Halim.

    • Allah swt sentiasa membuka jalan bg sesiapa yg menuju-Nya dgn hati yg tulus.Mohonlah pertolongan yg sbenar2nya hanya dr Allah swt.sy bcakap atas pengalaman sendiri.. :)

  24. Satu artikel yang bagus dan menarik…Menjadi teguran bagi yang memanfaatkanya dan menjadi imbasan bagi yang berhati keras…Sebagaimana dinyatakan Muhd Ahmad Rasyid ` Lagi banyak aku membaca mengenai HAB, lagi aku yakin bahawa dia manusia yang tersendiri dan terulung, tiada dua HAB’…Matlamat beliau hanya untuk melahirkan aamiliin dakwah…Beberapa asas penting beliau :
    1.) Politik Kepartaian akan hanya membawa kepada ketaksuban dan perpecahan ummah (Nahwan Nur ..beberapa langkah pengislahan)..ini telah terbukuti di Malaysia harini bilamana sesama Islam dan Melayu berpecah atas dasar Islam…Bukan, tetapi atas dasar kebencian …Sesiapa yang menghukum atas kebencian, pastilah Neraka tempatnya
    2.) Kerjasama dengan Kafir pastinya membawa kehancuran kepada Ummah … bagaimana PAS bekerjasama dengan DAP (Sosialis) dan PKR ( adik UMNO campur Liberal dan Kafir)…tetapi mengenepikan UMNO yang masih 90 % Melayu, Islam dan BERAQIDAH…betul mungkin mereka jahil, fasik tetapi belum ZALIM sehingga membenci Allah….Ada ke pemimpin UMNO yang outright menolak ALLAH swt…tetapi RAMAI Pemimpin DAP dan PKR yang MENOLAK ALLAH swt dengan jelas tetapi ULAMA PAS sanggup berkerja dengan mereka…KENAPA…sepatutnya 60 % Melayu Islam berpakat dan bersetuju atas perkara asas seperti Murtad, Haram Arak,Kristianisasi dan isu lain….Oleh itu, saya mengajak Ulama yang Sedar dan Ummat yang Prihatin, bersatulah dan berjuanglah atas kepentingan Islam…

    • “.ini telah terbukti di Malaysia harini bilamana sesama Islam dan Melayu berpecah atas dasar Islam…BUKAN, tetapi atas dasar kebencian”

      setuju dgn al-Isafi. kalau semua org islam kat M’sia b’fikir mcm ni,umat islam boleh b’satu utk mngukuhkan smula struktur p’saudaraan kami (muslim),tanpa perlukan sekutu yg bukan islam :)

    • anda sedang berasa diri anda betul ke bila berkata mengenai islam?atas pengaruh fakta dari mana anda berkata2 gitu.cuba check balik dari fakta mana anda ambil untuk melontarkan kata2 nista begitu.adakah dari tv,akhbar utusan,metro,kosmo ke,atau dari cakapan menteri jahil.muhasabah lah diri anda.nabi pernah bersabda “diakhir zaman nanti jikalau ade orang yg mengatakan umat dizaman itu teruk,org yg berkata itulah yg paling teruk sekali dikalangan mereka”(terjemahan hadis)syarah hadis sila cari sendiri.bila saya baca diatas tu saya sedih dan kesian pada anda.pergilah belajar agama,sejam sehari pun cukup dah dulu.wajib tu.satu daripada kebaikannya ialah mendapat rahmat Allah serta nampak kebenaran dengan jelas.hati tidak buta.semoga Allah memberi taufik dan hidayah kepadamu.Aminnnnn….

    • baca Al Qurran dan terjemahannya sekali mudah mudahan dapat pertunjuk..

    • Menolak hukum Hudud sama dengan menolak Allah. Contoh, saya tumpang tinggal di rumah awak tetapi saya tidak ikut paraturan adap-adap seperti memakai kasut masuk ke dalam rumah awak..pasti awak marahkan…samalah kita yang menumpang di bumi Allah ini. Apasal Umno tolak Hududullah?
      Piagam Madinah adalah contoh umat islam bersatu dengan kaum kafir dengan berlandaskan undang-undang Islam. Kita akan tarbiahkan DAP dan PKR dengan cara perundangan Islam kerana Islam adalah adil untuk semua iaitu Rahmatan fil alamin. Umno suruh bersatu tetepi tidak mahu bersatu dengan hukum Allah macamana Pas nak ikut. Dengan Nama Allah saya akan masuk UMno sekiranya Umno laksanakan kesemua Hukum Al-Quran dan Sunnah Rasullullah s.a.w.
      Terimalah Islam sepenuhnya bukan separuh-separuh saja brother…

  25. Assalamu’alaikum..ustaz mohon copy….syukran ustaz

  26. Asalamualaikum,minta izin copy artikel…:-)

  27. Salam persaudaraan…

  28. Obor Islam akan melanda Malaysia

  29. semoga Allah memberkati orang yg mahu kepada islam dan menjahanamkan munafik yg berlegar disekeliling kita.Aminnnnnnnnnnn…

  30. assalamualaikum ustaz…ada x cerita kisah2 perperanggan antara mesir dan israel di terusan suez pada tahun 1940an…cerita tentang kekuasaan ALLAH memberi hidayah untuk IM melawan israel mengunakan air untuk pengetahuan dan ikhtibar semua pembaca. terima kasih.

  31. begitu banyaknya jasa imam hassan al-banna kepada kita..

  32. Salam. Bagaimana nak berhubung dgn jemaah Ikhwan dan bagaimana nak sertai Ikhwan Muslimin? Apa pra syaratnya? Dimana saya boleh dapatkan maklumat berkenaan Pertubuhan Ikhwan Muslimin di Malaysia.

  33. Allahu Akhbar….

  34. Patutlah berjaya..taat n patuh perintah Allah.

  35. Mcm mn sy nk sertai atau nk menjadi ahli jemaah IM..

  36. undang2 yg baik utk negara yg baik didalamny ad ummat yg baik :) – akar yg kuat ad pd batang yg teguh dan ad daun yg segar :)

  37. Sistem nilai/ baik bruknya IM itu gimananya?

  38. Sbenarnya tuk apa bikin terlalu banyak aliran umat ni dah bingung dengan aliran2yg tak jelas, dari pada gitu lebih baik bersatu aje kembali ke fitroh ahlussunnah waljama’ah.

  39. bley gtau mana bley saya dapatkan buku tentang ikhwanul muslimin?

  40. Saya suka angama is lam nabimu hamat telah berpesan pengang tenguh atas angama islam karena angama islam akan membawakita ke surng nanti dan jungak angama islam membawa cahaya dari langit turun kebumì,,,

  41. saya sangat berminat tetapi tidak tahu bgmana untk meNyertai..

  42. assalamualaikum..kepada en roslan,kan bn pom bergabung dgn mca mic dan parti2 laen kat serawak/sabah untuk menang pru12..terang2 kita tahu mca pom tolak hudud kan..malas a nk buke aib org pasal sosial atau pom menolak perintah agama y di lakukan segelintir pemimpin bn..semua pom dah tahu..isu pas bergabung dgn dap n pkr same juge mcm motif bn nk tawan malaysia nie.sbb utama nk jalan kan hukum ALLAH..bile hukum ALLAH..wajip sokong..kalau lah pemimpin bn sggup menjalankan hukum ALLAH dan juga menjauhi maksiat y kita semua nampak dan tahu kan?sy rase pas akan bergabung dgn bn..kalau nk tahu lebih lanjuk cari kat utube atau pom kat harakah isu nie..tok guru dah jelaskan..kalau nk masuk kan isu amanat tok guru haji hadi sy rase segelitir org y berilmu agama dan y selalu g dgr pom akan faham maksud nyer..tolong jgn babitkan..hanya pesanan..pe2 pom kita tggulah mane tahu kot2 terbuka hati rais yatim nk bagi tok guru buat live sejam nk jelas kan isu amanat boleh lah kita dgr sendiri penerangannya . wallahualam..:)

  43. ustaz, saya mahu btanya ya: adakah ISMA ini bnaung di bwh IM ?

  44. saya ingin btanya, adakah ISMA ini satu fraksi bnaung di bwh Ikhwan ini?

  45. kenapa nak contoh sngt hassan albana?…dia tidak tergolong kurun yg terbaik…kenapa tidak cari pemikiran sahabat.. tabiin dan tabi tabiin. yg di iktiraf oleh rasullullah sebagai org2 yg trbaik…

  46. assalamulaikum..afwan ustad, ana nak beritahu surah yusuf tu ayat yang ke 12:108 bukan 12:180..jazakillah.

  47. dengan wujudnya ikhwanul muslimin, akhirnya wujudnya perjuangan atas nama Islam dalam politik.. ada ikhwanul muslimin yang menyertai pilihanraya di negara spt PAS di negara kita..
    tidak dinafikan, Hassan Al Banna merupakan pembaharu dalam agama dgn perjuangan mewujudkan negara Islam tetapi perjuangan dalam politik sebenarnya banyak melaghakan orang Islam itu sendiri..
    niat asal daulah Islamiyah dalam negara, tetapi bila join demokrasi, cacian terhadap pemimpin, adakalanya fitnah, melakukan demonstrasi, mewujudkan tidak puashati kepada rakyat kepada pemerintah yang menjurus kepada duniawi.. tu belum lagi sifat toleransi terhadap org kafir sehingga berani membiarkan kalimah Allah digunakan oleh kafir (guna fatwa al-qhardawi sedangkan fatwa ulama tempatan lebih bersesuaian dgn maslahat umum negara kita), membiarkan org kafir membacakan ayat al-quran dalam dewan rakyat dan pentas politik (atas alasan dakwah dgn mencontohi kisah Umar (adakah si kafir ni berwudhuk terlebih dahulu spt dlm kisah Umar?)), membiarkan golongan syiah berleluasa dalam politik mereka (khalid ismath, tiada ulamak PAS menegur beliau ini dan pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) Ust Abdul Ghani Shamsudin secara jelas membela syiah), menyertai demonstrasi jalanan (banyak keburukan dari kebaikan biarpun ianya demonstrasi aman), menyertai candlelight vigil ala majusi (akidah)…
    Kadangkala terfikir jugak adakah gerakan ikhwanul muslimin ni salah satu fitnah yahudi terhadap kita.. adakah sebab ini Kaum Tua menentang Kaum Muda yg mencetuskan ikhwanul muslimin ini…

  48. Assalam ustaz..mohon share :)

  49. bagaimana cara kita mengambil pelajaran2 dari organisasi ikhwanul muslimin tanpa harus bergabung ustadz,,karena ana seorang akhwat ustadz,dan ana masih pelajar ustadz

  50. trus latar belakang sosial pengikut stianya apa?

  51. masing2 berjalan atas landasannya,,hmmm

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 289 other followers

%d bloggers like this: