Musim Haji Kembali Lagi

Ketika ini para Jemaah Haji dari Malaysia dan seluruh dunia sedang bersiap sedia untuk berlepas ke Tanah Suci Mekah dan Madinah. Ke Mekah untuk mengerjakan Haji dan Umrah. Ke Madinah untuk menziarahi kekasih Allah dan kekasih umat Baginda saw. Haji adalah Perhimpunan Agung Tahunan bagi umat Islam, sepertimana mesyuarat agung tahunan bagi sesebuah organisasi.Rasulullah saw mengerjakan Haji buat pertama kali dan juga kali terakhirnya pada Tahun 9 Hijrah. Oleh itu dinamakan juga sebagai Haji Perpisahan, iaitu pehimpunan besar terakhir Baginda saw bersama rakyat jelata. Nabi saw mengumumkan bahawa Baginda saw akan berangkat mengerjakan Haji, maka berkumpullah manusia yang ramai yang ingin mengerjakan Haji dibawah bimbingan dan pimpinan Rasulullah saw. Oleh sebab ini adalah Haji yang pertama yang dilakukan oleh Baginda maka semua perbuatan, perkataan dan persetujuannya adalah menjadi sunnah ikutan dalam ibadat yang besar itu.a Jabir bin Abdullah ra menceritakan, “Bahawa manusia yang berkumpul seramai jauh mata memandang, baik yang berkenderaan maupun yang berjalan kaki sehingga sampai di Zul Hulaifah, Nabi saw berada di depanku dan turun Al-Quran kepada Baginda. Baginda mengetahui tafsirnya dan apa yang dilakukannya. Kami contohi dan ikuti dengan sebaik-baiknya. Baginda saw mengumandangkan Talbiah :Labbaikallahumma Labbaik. Labbaika la syarikalaka Labbaik. Innal Hamda wan nikmata, lakawalmulk La syarikalak!”. Begitulah berkumandangnya Talbiah sehingga mereka tiba di Makkah Al-Mukarramah dan menyempurnakan Rukun-rukun dan Wajib-wajib Haji dengan sempurnanya. Semoga Allah swt memberikan kemampuan kepada kita untuk menunaikan ibadat Haji dan Umrah dimasa yang terdekat dan mengurniakan kita Haji yang mabrur.  Amin. 

Advertisement

RESOLUSI KONGRES AMERIKA JELAS JAHAT

PECAH IRAQ JADI 3 NEGARA KECIL

Taktik memberi alasan palsu tertentu untuk satu tindakan, ke arah tujuan jahat sebenar  lain yang disembunyikan sudah menjadi adat resam musuh-musuh Islam sejak dahulu hingga kini. Ini ditunjukkan oleh alasan menyerang Iraq 4 tahun lalu semata-mata untuk memusnahkan senjata nuklear Iraq dengan keputusan Kongres Amerika baru-baru ini untuk memecahkan Iraq kepada 3 negara di atas asas perkauman dan puak (Sunni, Syiah dan Kursi).

Memecahkan Iraq bukan sahaja melemahkan umat Islam tetapi juga ia terang-terang suatu yang terkeluar dari Undang-undang Antarabangsa, pencabulan ke atas Kedaulatan Iraq dan pendirian pihak Penjajah yang melampai sempadan kekuasaan yang sepatutnya.

Liga Arab dan pemimpin Negara-negara Islam seharusnya bertindak segera menyuarakan bantahan keras terhadap kebiadapan ini.

Naib Pengerusi Parlimen Arab, Muhammad Jasim As-Saqr dalam Persidangan Kedua Isnin lalu menolak keputusan KongresAmerika diikuti dengan sokongan terbuka oleh Pengerusi Parlimen Mesir, Fathi Surur yang turut hadir. Kata beliau, “Kerajaan dan rakyat Mesir menegaskan pendiriannya yang tetap dan tegas iaitu menolak sebarang bentuk perpecahan atas asas perkauman, sebaliknya berpegang teguh atas kesatuan bumi Iraq, memelihara keamanan dan kestabilannya.

Dari keputusan Kongres Amerika, jelas terang lagi bersuluh, diantara matlamat Amerika dalam memerangi Iraq 4 tahun lalu ialah untuk memecahkan bumi dan kekuatan umat Islam Iraq yang merupakan salah satu Kuasa Besar Islam. Alangkah jauh dan tersembunyinya perancangan mereka. Empat tahun lalu Amerika berkata mereka hendak menyerang kerana Iraq memiliki senjata nuklear (WMD – World Mass Destruction) yang ternyata tiada. Apabila tiada WMD, mereka terus bertapak di Iraq, tidak keluar darinya, hanya untuk meneruskan perancangan sebenar yang kotor ke atas kedaulatan dan tamaddun Islam.

Kita dituntut agar sentiasa berwaspada dan tidak menjadikan Ahlul Kitab (Yahudi dan Kristian) sebagai teman dan perujuk. Firman Allah swt, “Wahai orang-orang beriman, jangan kamu ambil orang-orang Yahudi dan Kristian sebagai wali (teman, tempat rujuk dll). Sebahagian mereka adalah wali sebahagian yang lain (mereka sebenarnya teman sesama mereka, bukan kamu). Siapa yang berwalikan mereka sesungguhnya dia (termasuk) dari golongan mereka. Sungguh Allah tidak memberi petunjuk kepada kam yang fasik”. (Al-Quran).

Kita percaya selepas pembahagian Iraq kepada negara-negara kecil yang lemah, perancangan untuk meluaskan negara “Israel” akan terus mengambil tempatnya. Ini sudah dirancang lama, hanya menunggu masa yang sesuai, selepas rantau Arab menjadi semakin lemah dan tunduk kepada kemahuan Amerika yang dikuasai Zionis Israel.

Kepada Allah kita berserah, dan kepada kaum muslimin kita berpadu tenaga dan cita-cita untuk memenangkan AgamaNya. Kita yakin firman Allah swt, “Sunngguh Aku akan menangkan DiriKu dan rasulKu. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. “Ketahuilah sesungguhnya Parti Syaitan, merekalah yang akan rugi (kalah)”.