Dakwah Kita Adalah Dakwah Cinta

Saya teringat tragedi sahabat saya Allayarham Baharudin yang lemas bersama 3 orang anaknya beberapa tahun lalu sekitar awal tahun 2000an. Kami pernah menuntut di Australia pada tahun 1980an dan bertemu dalam program-program nasional seAustralia.  Yang paling saya ingat ialah Summer Camp 1984 di Marion Mosque, Adelaide. Mereka sekeluarga berkelah di pantai Desaru, Johor, dimana Allayarham hendah menyelamatkan anaknya yang dibawa ke tengah laut oleh ombak sehingga dia sendiri hanyut. Rupanya di belakang beliau, ada anaknya juga yang ingin menolong bersama walaupun usianya kecil, bertarung dengan ombak besar yang tinggi lagi ganas, lupa kemampuan diri demi ayah dan adik beradik yang dicintai. Tragedi berakhir dengan kesemua 4 orang mereka lemas ditelan ombak.

Saya kagum dengan satu dari naluri manusia yang diciptakan Allah swt untuk manusia iaitu perasaan cinta atau sayang. Cinta ini boleh ke tahap seorang boleh melupai dirinya demi untuk apa atau siapa yang dicintainya. Demikian potensi cinta, ia boleh mencetuskan keajaiban-keajaiban yang tidak tergambar oleh manusia. Allah swt menciptakan musuh-musuh Agama dan segala bentuk kemampuan mereka merencana dan bertindak. Tetapi Allah juga mencipta Rasul-rasulNya dan para Mujaddid dan Duat seperti kita sehingga ke Hari Kiamat. Dia Yang Maha Berkuasa membekali dalam naluri kita potensi Cinta, agar kita bermatian berjuang melupai keselesaan diri, demi Dia, Rasul dan AgamaNya.

Oleh sebab itu, Cinta banyak diulang-ulangi di dalam Al-Quran dan Al-Hadis. “Katakan (kepada mereka ya Muhammad) sekiranya kamu mencintai Allah maka ikutilah (perjuangan) aku, Allah akan mencintai kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu” (Ali Imran:31). Rasul saw bersabda bermaksud, “Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga ALlah dan RasulNya lebih dia kasihi dari selainya”.

Bagi pecinta-pecinta Islam yang hakiki, tiada yang lebih besar cara membuktikan di depan Allah akan cinta mereka ini selain bekerja keras untuk memenangkannya berdepan dengan musuh-musuhnya, melupai keselesaan diri di rumah atau di pejabat, atau perniagaan yang menggoda dengan peluang-peluang keuntungan yang banyak. Duat lebih rela mengorbankan jiwa, duit, masa dan nyawa demi mencapai cita-cita Islam yang telah dia fahami dari Seerah Rasulullah saw.

Oleh itu, satu hakikat penting ialah Dakwah kita ini menyeru kepada Cinta. Cinta Allah, Rasul dan balasan di Akhirat sebagai asas. Begitu juga Dakwah kita mengajar agar cinta kepada teman-teman seperjuangan dan masyarakat Islam disekeliling kita. Dari perasaan Iman dan Cinta ini kita menyeru manusia. Ke arah Cinta juga kita mendidik mereka.

Ya ALlah, kurniakan kami kecintaan kepadaMu, rasulMu dan kekasih-kekasihMu. Kurniakanlah juga kepada kami kecintaan kepada mereka yang berjuang untuk memenangkan AgamaMu. Kasihkan kami kepada isteri, anak-anak dan keluarga kami. Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki hati-hati ini. Amin.

Sekian.

4 Respons

  1. sgt bersetuju dgn ustaz. pernah seorang ust juga berkata pintu kpd dakwah itu ialah mahabbah.
    cinta tu blh dtg dan pergi. apabila ia pernah hadir dan sekarang berkurang atau hilang, perasaan itu akan jadi lebih parah lg…huhu

  2. to love someone is nothing
    to be loved by someone is something
    to be loved by someone you love is exciting
    BUT
    to be loved by Allah is EVERYTHING!

  3. assalamualaikum…

    ustaz,nak minta izin copy artikel dan kongsi bersama kawan-kawan

  4. […] Dakwah Kita Adalah Dakwah Cinta 2 November 2007 by Ustaz Halim Saya teringat tragedi sahabat saya Allahyarham Baharudin yang lemas bersama 3 orang anaknya beberapa tahun lalu sekitar awal tahun 2000an. Kami pernah menuntut di Australia pada tahun 1980an dan bertemu dalam program-program nasional seAustralia. Yang paling saya ingat ialah Summer Camp 1984 di Marion Mosque, Adelaide. Mereka sekeluarga berkelah di pantai Desaru, Johor, dimana Allayarham hendak menyelamatkan anaknya yang dibawa ke tengah laut oleh ombak sehingga dia sendiri hanyut. Rupanya di belakang beliau, ada anaknya juga yang ingin menolong bersama walaupun usianya kecil, bertarung dengan ombak besar yang tinggi lagi ganas, lupa kemampuan diri demi ayah dan adik beradik yang dicintai. Tragedi berakhir dengan kesemua 4 orang mereka lemas ditelan ombak. Saya kagum dengan salah satu dari naluri manusia yang diciptakan Allah swt untuk manusia iaitu perasaan cinta atau sayang. Cinta ini boleh ke tahap seorang boleh melupai dirinya demi untuk apa atau siapa yang dicintainya. Demikian potensi cinta, ia boleh mencetuskan keajaiban-keajaiban yang tidak tergambar oleh manusia. Allah swt menciptakan musuh-musuh Agama dan segala bentuk kemampuan mereka merencana dan bertindak. Tetapi Allah juga mencipta Rasul-rasulNya dan para Mujaddid dan Duat seperti kita sehingga ke Hari Kiamat. Dia Yang Maha Berkuasa membekali dalam naluri kita potensi Cinta, agar kita bermatian berjuang melupai keselesaan diri, demi Dia, Rasul dan AgamaNya. Oleh sebab itu, Cinta banyak diulang-ulangi di dalam Al-Quran dan Al-Hadis. “Katakan (kepada mereka ya Muhammad) sekiranya kamu mencintai Allah maka ikutilah (perjuangan) aku, Allah akan mencintai kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu” (Ali Imran:31). Rasul saw bersabda bermaksud, “Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga ALlah dan RasulNya lebih dia kasihi dari selainnya”. Bagi pecinta-pecinta Islam yang hakiki, tiada yang lebih besar cara membuktikan di depan Allah akan cinta mereka ini selain bekerja keras untuk memenangkannya berdepan dengan musuh-musuhnya, melupai keselesaan diri di rumah atau di pejabat, atau perniagaan yang menggoda dengan peluang-peluang keuntungan yang banyak. Duat lebih rela mengorbankan jiwa, duit, masa dan nyawa demi mencapai cita-cita Islam yang telah dia fahami dari Seerah Rasulullah saw. Oleh itu, satu hakikat penting ialah Dakwah kita ini menyeru kepada Cinta. Cinta Allah, Rasul dan balasan di Akhirat sebagai asas. Begitu juga Dakwah kita mengajar agar cinta kepada teman-teman seperjuangan dan masyarakat Islam disekeliling kita. Dari perasaan Iman dan Cinta ini kita menyeru manusia. Ke arah Cinta juga kita mendidik mereka. Ya ALlah, kurniakan kami kecintaan kepadaMu, rasulMu dan kekasih-kekasihMu. Kurniakanlah juga kepada kami kecintaan kepada mereka yang berjuang untuk memenangkan AgamaMu. Kasihkan kami kepada isteri, anak-anak dan keluarga kami. Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki hati-hati ini. Amin. Sekian. http://inijalanku. wordpress. com/2007/ 11/02/dakwah- kita-adalah- dakwah-cinta/ […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: