Betapa Isteri di Hati Seorang Nabi

 Muhammad s.a.w

Allah adalah tempat kecintaan mutlaq di hati seorang hamba yang berjaya mendapat Syurga Firdaus. Dan Allah swt tidak menerima sebarang sekutu (selainNya) bukan sahaja di dalam KerajaanNya (dalam membuat undang0undang yang bertentangan), maupun sekutu di dalam kecintaan. Oleh itu cinta kita kepada isteri, anak-anak dan keluarga adalah terpancar dan berdasar kecintaan kepada Allah swt.

Begitu kecintaan Nabi saw kepada Khadijah ra isteri yang tiada tolok bandingannya berbanding isteri-isterinya yang lain. Cintanya kerana Allah, kerana Khadijah ra beriman kepada Allah. Suatu detik yang menyebabkan hati saya berdetik, iaitu detik Khadijah ra beriman dengan kisah yang diceritakan oleh suaminya, Risalah yang dibawanya dari Gua Hirak. “Aku takut akan diriku” sabda Nabi saw lalu disambut segera oleh Khadijah ra “Kalla (sekali-kali tidak)!! Sungguh engkau orang yang menghubungkan Silaturrahim, menderma kepada orang yang tidak berharta …”. Ya Allah! Cepatnya Khadijah ra beriman! Tanpa tangguh! Tanpa mengenali apakah gerangan makhluq yang tiba-tiba hadir di gua sehingga menakutkan suami yang dikasihi! Teruskan membaca

Dakwah Umum & Dakwah Khusus

Dakwah Umum ialah mengajak manusia ramai ke arah Islam dalam pegangan, ibadah, akhlak dan sistem negara mereka. Ini dilakukan melalui ucapan di khalayak ramai, media massa bercetak atau elektronik, kelas-kelas pengajian dan sebagainya. Dakwah Khusus ialah mengajak dan membentuk individu-individu dengan tekun dan berterusan sehingga mereka menjadi contoh tauladan Dakwah ini didepan orang ramai dan memimpin mereka kepada matlamat sebenar ke arah memenangkan Islam dalam berdepan dengan musuh-musuhnya.

Dakwah Umum melahirkan simpatisan Islam, pengundi dalam pemilihan, menyekat penyebaran daiyah-daiyah Budaya Kuning (Barat) yang sentiasa mencari ruang kosong dalam masyarakt Islam untuk mereka isi. Dakwah Khusus melahirkan pejuang dan pemimpin pengganti peranan para Rasul dan Mujaddid sepanjang zaman.

Dakwah Khusus lebih penting dari Dakwah Umum diperingkat hari ini. Ia umpama melahirkan para doktor untuk berperanan nanti di sebuah hospital menghadapi penyakit-penyakit yang kronik dan mencabar, atau jurutera untuk membina sebuah bangunan pencakar langit. Dengan adanya mereka, barulah jururawat, pembantu perubatan, dresser dan lain-lain membantu membantu. Barulah juruteknik, penyelia tapak dan para buruh boleh mula bertungkus lumus. Oleh itu Dakwah Khusus menumpu kepada Tarbiyah, walau payah, panjang, banyak bahan, banyak penyeliaan dan program seperti juga pembelajaran untuk melahirkan doktor, jurutera dan seumpamanya berbanding dengan pengajian bagi pembantu perubatan atau penyelia tapak pembinaan.

Oleh itu, program-program Tarbiyah seperti usrah, qiyamullail, daurah, riadhah dan sebagainya adalah penting untuk semua kita yang bercita-cita tinggi berjuang untuk Islam dan tidak terpengaruh dengan dakwaan atau tingkahlaku orang-orang yang meringan-ringankannya. Sekian.

Arakan .. Umat Islam Yg Dilupakan

Peta Myanmar & Arakan di barat daya

Apabila disebut Isu Palestin, ramai di kalangan masyarakat Islam, bahkan dunia amnya, mengikuti perkembangannya dari hari ke sehari. Ini adalah kerana sememangnya ALlah swt menyebutnya di dalam Al-Quran dalam Surah Bani Israel (Surah Al-Israk), kelebihan bangsa Arab yang memahami Bahasa Al-Quran dan memperjuangkan Isu ini melalui apa sahaja bentuk media, ulamak, nadwah (perkumpulan) dan sebagainya. Ini ditambah dengan kedudukan Masjid Al-Aqsa di hati kaum muslimin yang tidak rela tanah dan masjid suci Islam dijajah dan dinodai oleh Yahudi.

Halnya berlainan dengan isu umat Islam di Arakan, pantai barat Burma sedangkan kesan penjajahan Tentera Burma ke atas masyarakat Islam Rohingya di bumi Arakan tidak kurang dahsyatnya berbanding umat Islam Palestin. Teruskan membaca

Tips Berkahwin Awal

Jodoh di tangan Tuhan. Demikian kata-kata masyhur masyarakat Melayu disegenap lapisan masyarakatnya, tua atau muda, kaya atau miskin, yang telah berkahwin atau belum. Bagi sesetengah mahasiswa/i, Allah mentakdirkan mereka berkahwin sesama mereka ketika masih di menara gading, tempatan atau di luar negara, dalam usia yang masih muda. Saya dan isteri melangsungkan perkahwinan sebelum menyambut ulangtahun ke 20 di Australia dalam tahun 1985.

Syukur alhamdulillah, setelah 22 tahun berlalu, kerukunan rumahtangga masih utuh dan mahligai yang dibina mekar dari hari ke sehari, tahun demi tahun. Bagi mereka yang bakal atau sedang melayari kehidupan rumahtangga semasa masih menuntut, di luar negara pula beberapa petua kami nukilkan di sini, semoga bermenfaat buat semua sambil berkongsi pahala dalam membina rumahtangga: Teruskan membaca

Tarbiyah Diri … Asas Sebuah Negara

Ketika ini heboh diperktakan tentang bidang kehakiman, dan pernah juga berlaku seumpamanya pada tahun-tahun dahulu dan tidak mustahil berlaku di masa-masa akan datang. Kita sering membaca atau mendengar perhal salahlaku yang berlaku di koperasi, bank, bahkan pihak polis sekalipun, namun saya percaya apa yang terdetik dalam sanubari setiap orang yang mendengarnya akan berkata di dalam hati, “Biar nanti mahkamah akan mengadilinya“.
Ini bermakna keputusan tuduhan salahlakunya akan diputuskan oleh  hakim, samada benar atau salah. Rakyat meletak kepercayaan bahawa sistem kehakiman adalah benteng terakhir yang akan memelihara negara bukan sahaja dari individu yang melakukan kesalahan, bahkan terhadap kebinet sekiranya terjerumus dalam penyelewengan dan rasuah.

Tetapi apabila pihak kehakiman sendiri dipersoalkan oleh masyarakat dalam kes salahlaku, maka benteng terakhir negara telah bolos dan merupakan satu malapetaka kepada rakyat. Teruskan membaca

Hasan Al-Banna di Darul Ulum

 al-Banna pakaian Azhari

Taha Hussein lulus fakulti Bahasa Arab di Kaherah dengan cemerlang hingga ditawar menyambung peringkat tertinggi di Universiti Sorbonne di Paris. Malang selepas lama di Eropah, dia tamat dan kembali ke Mesir dengan fikiran Orientalis yang keliru terhadap Islam. Professor-professor di Mesir bukan tandingan ketokohannya dan ilmunya menyebabkan kekeliruan masyarakat Mesir terhadap Bahasa Arab, Al-Quran dan sejarah kesusateraannya. Akhirnya masyarakat meminta Hasan Al-Banna menyumbang memberikan kritikan terhadap tulisan-tulisan Taha Husein.
Hasan Al-Banna menolak kerana sibuk memberi tumpuan terhadap dakwahnya dan gerakan Ikhwan Muslimin, namun masyarakat mendesak juga. Oleh sebab desakan bertalu-talu, Hasan Al-Banna meminta naskhah tulisan Taha Husein. Teruskan membaca

Pergimu Meninggalkan Jasa Jariah

Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas Abang Norhaminudin dan mengurniakan kesabaran kepada isteri, Cikgu Khuzaimi serta ahli keluarganya. Bagi mereka yang berjuang di jalanNya, bergembiralah dengan janji ALlah yang akan menempatkan para Duat bersama para Nabi, Siddiqin, Syuhadak dan Solihin. Mereka adalah sebaik-baik teman di Akhirat nanti.

Disember 2006 yang lalu, Abang Amin menghembuskan nafasnya yang terakhir hanya beberapa bulan setelah mengetahui dia menghidap barah. Malang saya tidak dapat bersama penduduk di Bangi menunaikan solat jenazah dan mengebumikannya. Di hari yang sama, saya mengetuai rombongan Jemaah Haji bertolak untuk mendaftar diri di Kelana Jaya dan berlepas ke Tanah Suci dari KLIA. Lebih ralat, hasrat Abang Amin yang disampaikan kepada seorang teman, ketika beliau di NCI (Nilai Cancer Institute) untuk bertemu dengan saya tidak sempat saya tunaikan dek sibuk dengan urusan seharian dan tidak menyangka beliau akan pergi begitu cepat. Teruskan membaca