Arakan .. Umat Islam Yg Dilupakan

Peta Myanmar & Arakan di barat daya

Apabila disebut Isu Palestin, ramai di kalangan masyarakat Islam, bahkan dunia amnya, mengikuti perkembangannya dari hari ke sehari. Ini adalah kerana sememangnya ALlah swt menyebutnya di dalam Al-Quran dalam Surah Bani Israel (Surah Al-Israk), kelebihan bangsa Arab yang memahami Bahasa Al-Quran dan memperjuangkan Isu ini melalui apa sahaja bentuk media, ulamak, nadwah (perkumpulan) dan sebagainya. Ini ditambah dengan kedudukan Masjid Al-Aqsa di hati kaum muslimin yang tidak rela tanah dan masjid suci Islam dijajah dan dinodai oleh Yahudi.

Halnya berlainan dengan isu umat Islam di Arakan, pantai barat Burma sedangkan kesan penjajahan Tentera Burma ke atas masyarakat Islam Rohingya di bumi Arakan tidak kurang dahsyatnya berbanding umat Islam Palestin.

Apa kesan yang berlaku ialah beberapa juta orang pelarian Arakan di Bangladesh, Pakistan, Saudi Arabia, Malaysia dan negara-negara lain. Siapa yang keluar dari Arakan ke negara luar tidak dibenarkan pulang kembali ke tanahair mereka. Pergerakan dari satu kampung ke satu kampung disekat. Bahkan sejak akhir-akhir ini perkahwinan terpaksa melalui proses yang sangat menyulitkan bahkan tidak dibenarkan lansung. Ini adalah diaspek dalaman umat Islam.

Adapun diaspek pengaruh luar negara, umat Islam Arakan mengadu hal bahawa pernah 3000 komando Israel datang dan melatih tentera Burma, Kuasa-kuasa Besar Rusia dan China memberi perlindungan kepada Burma di dalam sebarang perhimpunan PBB dalam membuat sebarang keputusan dan resolusi yang cuba mengutuk penganiayaan Burma ke atas pribuminya sendiri di Arakan, hanya kerana mereka beragama Islam.

Mudah-mudahan Allah swt membuka mata umat Islam di seluruh dunia terhadap saudara mara mereka di Arakan, dan melibatkan kita dalam memberi sumbangan ke arah membebaskan mereka dari cengkaman Tentera Burma dan menikmati kehidupan yang sejahtera dan merdeka di bawah sistem Islam yang sejati. Amin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: