Dakwah Umum & Dakwah Khusus

Dakwah Umum ialah mengajak manusia ramai ke arah Islam dalam pegangan, ibadah, akhlak dan sistem negara mereka. Ini dilakukan melalui ucapan di khalayak ramai, media massa bercetak atau elektronik, kelas-kelas pengajian dan sebagainya. Dakwah Khusus ialah mengajak dan membentuk individu-individu dengan tekun dan berterusan sehingga mereka menjadi contoh tauladan Dakwah ini didepan orang ramai dan memimpin mereka kepada matlamat sebenar ke arah memenangkan Islam dalam berdepan dengan musuh-musuhnya.

Dakwah Umum melahirkan simpatisan Islam, pengundi dalam pemilihan, menyekat penyebaran daiyah-daiyah Budaya Kuning (Barat) yang sentiasa mencari ruang kosong dalam masyarakt Islam untuk mereka isi. Dakwah Khusus melahirkan pejuang dan pemimpin pengganti peranan para Rasul dan Mujaddid sepanjang zaman.

Dakwah Khusus lebih penting dari Dakwah Umum diperingkat hari ini. Ia umpama melahirkan para doktor untuk berperanan nanti di sebuah hospital menghadapi penyakit-penyakit yang kronik dan mencabar, atau jurutera untuk membina sebuah bangunan pencakar langit. Dengan adanya mereka, barulah jururawat, pembantu perubatan, dresser dan lain-lain membantu membantu. Barulah juruteknik, penyelia tapak dan para buruh boleh mula bertungkus lumus. Oleh itu Dakwah Khusus menumpu kepada Tarbiyah, walau payah, panjang, banyak bahan, banyak penyeliaan dan program seperti juga pembelajaran untuk melahirkan doktor, jurutera dan seumpamanya berbanding dengan pengajian bagi pembantu perubatan atau penyelia tapak pembinaan.

Oleh itu, program-program Tarbiyah seperti usrah, qiyamullail, daurah, riadhah dan sebagainya adalah penting untuk semua kita yang bercita-cita tinggi berjuang untuk Islam dan tidak terpengaruh dengan dakwaan atau tingkahlaku orang-orang yang meringan-ringankannya. Sekian.

5 Respons

  1. salam ustaz,

    mohon ambil artikel ustaz ni utk dipaparkan dalam http://www.msmonline.info..

    jzkk

    wassalam

  2. Jzkk, atas niat Saudara/i untuk memaparkan artikel ini di dalam msmonline.info. Semua artikel-artikel di dalam http://www.inijalanku.wordpress tiada halangan untuk dimuatkan di dalam website yang lain untuk tujuan Dakwah, asalkan disertakan sama di awal atau diakhir artikel tersebut rujukan sumber http://www.inijalanku.wordpress.com. Semoga usaha murni Saudara/i memebri menfaat kepada ikhwah akhawat kaum muslimin muslimat sekeliannya, diberkati Allah dan diganjariNya. Amin.

  3. salam…minta kebenaran ustaz utk printkan artikel ni..nak share ngn stdent2 usrah ana.

  4. […] x          x          x          x          x         x DAKWAH & DAKWAH KHUSUS Dakwah Umum ialah mengajak manusia ramai ke arah Islam dalam pegangan, ibadah, akhlak dan sistem […]

  5. salam…
    ustaz…
    sy letak tulisan2 ustaz dalam surauktdi.wordpress.com…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: