Hasan Al-Banna di Darul Ulum

 al-Banna pakaian Azhari

Taha Hussein lulus fakulti Bahasa Arab di Kaherah dengan cemerlang hingga ditawar menyambung peringkat tertinggi di Universiti Sorbonne di Paris. Malang selepas lama di Eropah, dia tamat dan kembali ke Mesir dengan fikiran Orientalis yang keliru terhadap Islam. Professor-professor di Mesir bukan tandingan ketokohannya dan ilmunya menyebabkan kekeliruan masyarakat Mesir terhadap Bahasa Arab, Al-Quran dan sejarah kesusateraannya. Akhirnya masyarakat meminta Hasan Al-Banna menyumbang memberikan kritikan terhadap tulisan-tulisan Taha Husein.
Hasan Al-Banna menolak kerana sibuk memberi tumpuan terhadap dakwahnya dan gerakan Ikhwan Muslimin, namun masyarakat mendesak juga. Oleh sebab desakan bertalu-talu, Hasan Al-Banna meminta naskhah tulisan Taha Husein.

Dalam perjalanan ke dewan orang ramai yang sesak menunggu komentar beliau termasuk Taha Hussein di situ, Hasan Al-Banna menambil kesempatan di dalam bas yang beliau naiki untuk mentelaah satu demi satu tulisan sasterawan agung Mesir, Taha Hussein. Di dewan Hasan Al-Banna mengkritik tulisan beliau satu demi satu, sambil merujuk kepada mukasurat-mukasuratnya sekali. Orang ramai kagum dan kaget. Setelah tamat, Taha Hussein berkata, “Alangkah baiknya jika aku mempunyai musuh seperti Hasan Al-Banna”!

Kita tidak hairan, apabila membaca kisah Hasan Al-Banna di waktu beliau di menara gading, Darul Ulum, Kaherah betapa kemampuannya yang tinggi di dalam Bahasa Arab. Beliau sendiri menulis menceritakan kisahnya di di bawah tajuk : 

Kenangan-kenangan di Darul Ulum … (dari kitab Diari Dakwah Ini dan Pendakwahnya). 

Kata Hasan Al-Banna menceritakan hari-hari beliau di Darul Ulum (fakulti Islam di Universiti Kaherah). Pada tahun 1927 …aku tidak lupa sewaktu peperiksan lisan apabila menghadap lunjah yang dianggotai oleh Ustaz Abu Fatah Al-Faqy dan Ustaz Najaty. Aku membuat persediaan dengan menghafaz 18,000 rangkap syair, dan sebanyak itu  juga manthur (karangan-karangan sastera) yang didalamnya terdapat juga rangkap-rangkap Muallaqah (syair-syair zaman Arab Jahiliyah). Aku hanya disoal satu rangkap dari Muallaqah dan 4 rangkap dari syair Syauqy tentang Napolean, sedikit perbincangan tentang Umar Al-Khayyam dan selesai itu sahaja! Aku tidak kesal atas usaha-usaha yang telah aku buat kerana niat dari awal lagi ialah untuk menimba ilmu pengetahuan, bukan sekadar untuk lulus peperiksaan.

Bagi penuntut Malaysia yang mempelajari Bahasa Arab atau Pengajian Islam di dalam Bahasa Arab, mereka tahu nilai memahami dan menghafal rangkap Syair. Di antara peringkat tertinggi tahap Bahasa Arab seseorang ialah mereka menghafal dan mempunyai “Tazawwuq Syikri” (merasai kemanisan Syair). Setelah 15 tahun tamat pengajian Islam, hari ini tinggal beberapa rangkap (tak sampai 10) Syair sahaja yang masih saya ingat…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: