Pergimu Meninggalkan Jasa Jariah

Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas Abang Norhaminudin dan mengurniakan kesabaran kepada isteri, Cikgu Khuzaimi serta ahli keluarganya. Bagi mereka yang berjuang di jalanNya, bergembiralah dengan janji ALlah yang akan menempatkan para Duat bersama para Nabi, Siddiqin, Syuhadak dan Solihin. Mereka adalah sebaik-baik teman di Akhirat nanti.

Disember 2006 yang lalu, Abang Amin menghembuskan nafasnya yang terakhir hanya beberapa bulan setelah mengetahui dia menghidap barah. Malang saya tidak dapat bersama penduduk di Bangi menunaikan solat jenazah dan mengebumikannya. Di hari yang sama, saya mengetuai rombongan Jemaah Haji bertolak untuk mendaftar diri di Kelana Jaya dan berlepas ke Tanah Suci dari KLIA. Lebih ralat, hasrat Abang Amin yang disampaikan kepada seorang teman, ketika beliau di NCI (Nilai Cancer Institute) untuk bertemu dengan saya tidak sempat saya tunaikan dek sibuk dengan urusan seharian dan tidak menyangka beliau akan pergi begitu cepat.

Abang Amin adalah di antara orang yang pertama mendidik saya di Jalan Dakwah ini. Walaupun sebelumnya ketika di Tingkatan 2 dan 3, saya agak rapat dengan usaha-usaha kumpulan tarikat, Al-Arqam dan Tabligh, namun sejak Tingkatan 4 hingga kini, penglibatan yang lebih mendalam adalah sejak bersama beliau, seorang jurutera berkelulusan di United Kingdom, kemudian di Jepun dan bersama rakan-rakannya. Isteri beliau, Cikgu Khuzaimi bersama dengan Cikgu Norizan dan Cikgu Masniyati, kesemuanya adalah guru matematik di MRSM Kuantan ketika itu. Merekalah yang mula-mula mengajak saya mengikuti program tarbiyah bersama suami-suami mereka. Saya masih ingat tiap hari Sabtu, hari dimana pelajar asrama bebas ke bandar Kuantan, ketika ramai pelajar lain menghabiskan masa di panggung wayang dan kompleks beli belah, kami ke rumah Abang Amin untuk berusrah. Apa yang menarik ialah suasana rumahtangga Islam yang jelas berbeza dengan suasana rumah-rumah lain ketika itu di awal tahun-tahun 1980an, dan hidangan yang menyelerakan kami tiap kali selepas usrah. Faham sajalah, semua pelajar yang pernah tinggal di asrama maklum dengan makanan yang biasa kami makan tiap hari dan malam di dewan makan asrama.

“Minggu ni lepas usrah makan apa agaknya ya?”, fikir saya bila tiba hari Sabtu. “Mee sup, mee kuah, mee goreng …?”, jawab hati saya sendiri. Begitulah minggu-minggu awal di Tingkatan 4 bila mengenang jasa Abang Amin dan Cikgu Khuzaimi. Tanpa disedari setelah tiap minggu kami bertemu, perasaan terhadap apa jenis makanan yang dihidangkan berkurangan. Sebaliknya keseronokan menimba ilmu dan kefahaman Islam semakin bertambah minggu demi minggu. Tajuk-tajuk seperti Pengertian Kalimah Syahadah, Hakikat Iman Kepada Allah, Ibadah Yang Syumul dan sebagainya menambat hati dan membentuk diri sehingga ke hari ini.

Buat mereka yang bekerja di Jalan Allah, beberapa tauladan dapat kita ambil di sini:

  1. Semua boleh berperanan di bidang dan tempat masing-masing. Guru boleh mengajak anak murid di sekolah untuk melibatkan diri dalam program-program Tarbiyah.
  2. Seorang jurutera atau apa sahaja bidang teknokrat boleh mentarbiyah para pelajar asalkan dirinya telah melalui terlebih dahulu Tarbiyah tersebut dan dia meyakini bahawa dia mesti pula berperanan terhadap orang lain.
  3. Al-Wafak (setia) walau berlalu masa yang panjang, adalah satu akhlak yang luhur dimana kita mengasihi orang yang pernah menasihati kita walau sepatah, apatah lagi mendidik keperibadian kita dan menunjukki anak-anak tangga pertama Jalan Dakwah ini. Ini ditunjukkan oleh wafak Rasulullah saw terhadap Khadijah walau isterinya telah lama pergi. Imam Syafie berkata, “Orang yang merdeka (jiwanya) ialah orang yang meraikan saat manis walau sedetik, dan bergabung dengan orang yang telah memberi menfaat kepadanya walau dengan sepatah perkataan“. Itu jika sedetik atau sepatah. Bagaimana pula jika masa yang panjang dan ilmu serta kesedaran yang melimpah ruah.

Ilmu dan usaha beliau yang dimenfaatkan oleh saya dan teman-teman tergolong dalam 3 perkara yang tidak terputus (jariah – mengalir) pahalanya setelah mati. Moga Allah merahmati Allahyarham, memaafkan dosa dan kesalahannya, memasukkannya kedalam Syurga Firdaus. Amin ya Rabbal Alamin. Sekian.

3 Respons

  1. Assalamualaikum ustaz, terima kasih krn mengingati dan mendoakan ayah kami. Ustaz tolong doakan agar kami juga termasuk dlm golongan mereka yg memperjuangkan agama Allah…

    http://imin83.blogs.friendster.com/my_blog/2007/10/ramadhan_pertam.html

  2. […] in life is to be like him, where he garnered respect from each and everyone that is known to him (a tribute to him, from his usrah student, whom he taught years ago, when I was still a kid), people from all walks of […]

  3. salam….

    inilah jalan yang lurus…tunjukkan kami Ya Allah, jalan-jalan yang Engkau Redhoi..aMin..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: