Tarbiyah Diri … Asas Sebuah Negara

Ketika ini heboh diperktakan tentang bidang kehakiman, dan pernah juga berlaku seumpamanya pada tahun-tahun dahulu dan tidak mustahil berlaku di masa-masa akan datang. Kita sering membaca atau mendengar perhal salahlaku yang berlaku di koperasi, bank, bahkan pihak polis sekalipun, namun saya percaya apa yang terdetik dalam sanubari setiap orang yang mendengarnya akan berkata di dalam hati, “Biar nanti mahkamah akan mengadilinya“.
Ini bermakna keputusan tuduhan salahlakunya akan diputuskan oleh  hakim, samada benar atau salah. Rakyat meletak kepercayaan bahawa sistem kehakiman adalah benteng terakhir yang akan memelihara negara bukan sahaja dari individu yang melakukan kesalahan, bahkan terhadap kebinet sekiranya terjerumus dalam penyelewengan dan rasuah.

Tetapi apabila pihak kehakiman sendiri dipersoalkan oleh masyarakat dalam kes salahlaku, maka benteng terakhir negara telah bolos dan merupakan satu malapetaka kepada rakyat.

Tanpa kemantapan perundangan dan kehakiman, maka yang menjadi penentu dalam mengadili sesuatu adalah kekuatan, pengaruh, harta, ketangkasan, perhubunga raya dan sebagainya dan bukan lagi Kebenaran. Sesetengah penulis menggelar fenomena ini sebagai “Hukum Rimba”. Jika mungkin sesetengah pihak mengatakan undang-undang masih berjalan di aspek jalanraya, jenayah komersial (perniagaan) dan sebagainya yang mengadili salahlaku orang ramai saban hari, namun apabila berlaku sahaja salahlaku di aspek kehakiman, sekira ia berlaku, maka akan berlaku ketidakadilan di sana sini pada dari masa ke semasa.

Kita belum menghukum sesiapa dalam penulisan ini, sebaliknya membuat andaian sekiranya berlaku salahlaku dibidang kehakiman seperti yang diperkatakan oleh media perdana dan orang ramai. Sekiranya berlaku, maka sebenarnya benteng terakhir negara bukan terletak di sistem kehakiman atau perundangan, akan tetapi terletak kepada diri hakim-hakim itu sendiri. Kata-kata ahli-ahli hikmah, “Kekadang berlaku kekurangan di dalam nas undang-undang, tetapi hakim yang adil boleh mengeluarkan hukum yang sebenar. Sebaliknya, undang-undang yang lengkap boleh sahaja dikeluarkan hukum yang tidak sepatutnya oleh hakim yang tidak adil”.

Hakikatnya, asas sesebuah Negara Islam ialah rakyat dan pemimpin yang dididik atau ditarbiyah dan mereka menghayati Islam di dalam diri mereka, seterusnya melaksanakan Islam di dalam sistem dan negaranya. Benarlah kata-kata Mursyid Am II Ikhwan Muslimin, Hasan Al-Hudhaiby, “Tegakkan Negara Islam di dalam diri kamu, nescaya ia akan tegak di atas bumi kamu”. Oleh itu apabila kita menyebut bahawa kita mementingkan Tarbiyah, ia bukan sahaja merujuk kepada membaiki kefahaman, akhlak, pelajaran diri sendiri dan jemaah, tetapi juga kita melihat ke depan ke arah pembentukan sebuah negara yang mencontohi Negara Islam Pertama di Madinah, 1400 tahun dahulu, yang dibina oleh Rasulullah saw. Sekian.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: