Kebenaran Ada Kekuatan

Kekuatan Kebenaran

Adakah kamu mengira kamu akan masuk Syurga, padahal belum datang kepada kamu dugaan seperti yang datang kepada orang-orang sebelum kamu. Mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan serta digoncangkan (dengan berbagai cubaan) sehingga berkata Rasul dan orang-orang beriman bersamanya, “Bilakah datangnya pertolongan ALlah,?”. Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat” (Al-Baqarah:214).

Ayat Al-Quran di atas sering berlegar dalam fikiran ketika mana suasana penghayatan Islam di kalangan pelajar lelaki dan wanita MRSM Kuantan semakin ketara dan memuncak ketika itu (lihat artikel Kelab Wayang Gambar ). Dari beberapa orang pelajar wanita memakai tudung ketika saya di tingkatan 1 (1978), kepada sekitar 200 orang ketika saya di tingkatan 4 (1981). Usaha untuk menghidupkan kembali Kelab Wayang Gambar tidak berhasil. Surau di bilik kecil dulunya hanya beberapa orang yang mengunjunginya menjadi penuh sesak walaupun telah berpindah ke bilik besar (dulunya Dewan Muzik!).

Namun perubahan ini ketaranya berlaku dalam tingkatan sebaya saya (Tingkatan 4) dan ke bawah (adik-adik). Manakala seniors kami di Tingkatan 5 masih ramai di kalangan mereka yang tidak bersama di dalam arus kebangkitan Islam ini. Suatu hari saya dimaklumkan ada seorang pelajar Tingkatan 5, Nordin (bukan nama sebenar) sedang bermain judi dengan beberapa orang pelajar juniors dalm bilik di asrama. Siapa tak kenal Nordin, kaki pukul dan bedal pelajar-pelajar juniors. Selang beberapa malam ada sahaja pelajar yang dipanggil ke biliknya, ditutup lampu dan dilanyak sehingga lembik tak bermaya.

Saya sering ketika itu, bukan bercita-cita tetapi kekadang timbul pertanyaan dalam hati tentang bilakah diri ini akan melalui cabaran dan siksaan seperti yang pernah dilalui oleh Rasulullah saw, Yasir, Sumayyah, Ammar, Bilal dan lain-lain. Di sekolah berasrama seperti MRSM Kuantan, tidak mungkin saya yang berada di Tingkatan 4 dibelasah kecuali oleh seniors Tingkatan 5. “Kalau begitu tahun ini sahajalah peluang untuk saya dibelasah kerana Dakwah di maktab ini. Tahun depan sebagai pelajar Tingkatan 5, dah takda seniors yang nak belasah!”, bisik hati saya. Dengan semangat mencegah kemungkaran dan sanggup menerima dugaan, saya menendang bilik judi yang dikunci lalu menegur Nordin yang sedang bermain judi di depan mereka yang berada di dalam bilik tersebut. Nordin bangun dan hendak menumbuk saya tetapi ditahan oleh kekawannya. Saya masih terus menasihati beliau agar menjadi contoh yang baik kepada adik-adik dan mengingatkan beliau adalah seorang pengawas sekolah. Dengan marah Nordin berkata keras, “Malam esok jam 12 kau mesti datang ke bilik aku. Faham?”. Saya mengangguk.

Tengah malam esoknya, saya mengetuk pintu biliknya dengan perasaan bersedia menerima apa sahaja akibat dari Nordin. Hati saya ketika itu berkata, “Inilah peluang jadi macam Hasan Al-Banna… tahun depan takda peluang dah…!“. Nordin buka pintu, saya masuk dan dia menguncinya kembali. lampu ditutup dan kepala muka saya bersedia menerima buku lima darinya dari arah mana sekalipun dalam kegelapan bilik tersebut, seperti yang menimpa pelajar-pelajar lain seiap minggu. Saya tunggu tetapi penumbuk tidak tiba tiba kemuka saya. Tiba-tiba saya tak menyangka, Nordin menikus dan berkata “Kenapa kau tegur aku depan adik-adik. Malulah aku“. Saya tergamam tak menduga dia begitu dan cuba berani berkata, “Sebab engkau pengawas, sepatutnya menjadi contoh kepada adik-adik“. Selepas itu Nordin membuka pintu dan aku pun keluar dari biliknya.

Rupanya kebenaran itu ada kekuatannya. #

7 Respons

  1. salam ustaz. banyak juga kisah2 yg memberi motivasi semasa di bangku sekolah dulu ya. sungguh tiada daya upaya melainkan dari Allah yang Maha Esa.

  2. Masya Allah… sesungguhnya Allah sentiasa bersama dgn kebenaran. Teringin utk punya kekuatan dan keberanian yg disulami kelembutan spt itu..
    Jazakallah ustaz for the inspiring story..

  3. wah2..ustaz bernasib baik…saya dulu kena penampar 7 kali semasa form 2 dgn naib presiden badan islam sdar tanpa salah yg konkrit…sampai sekarang saya ingat lagi.

  4. Semoga kita boleh memaafkan. Amalkan kata-kata Hasan Al-Banna, “Jadilah kamu seperti pohon buah. Orang membaling ke arahnya dengan batu. Pohon membalas dengan menggugurkan buah”.

  5. benar ustaz…yg peliknya budak sekolah yg selalu belasah dan buli sebenarnya tak pernah pun dibuli semasa kecilnya. Saya merasai kepahitan dan alhamdulillah tak menyambung tradisi jahiliah tu. Teringat pahit manis perjuangan time sekolah menghadapi batch sendiri..hehehe.

  6. subhanallah…curious awal td nk tahu apa yg ustaz kne ngn nordin tu…moga kita smua terus berani berdepan dgn kebenaran..Allahu akbar!

  7. masya Allah.. semoga Allah memberi kekuatan kpd kita semua utk berdepan dengan taghut. Amin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: