Kenangan Bilik Surau & Dewan Muzik

 

hiasan

Suasana Islam di MRSM Kuantan pada tahun 1970an ketika saya di sana (1978-1982) amat berbeza dengan suasana sekolah-sekolah menengah hari ini. Dalam bilangan pelajar sekitar 550 orang, separuhnya wanita, hanya beberapa orang pelajar wanita sahaja yang bertudung, surau adalah dua bilik kecil , satu untuk lelaki dan satu lagi untuk wanita, terletak di sudut sebuah dewan muzik besar dan bilik latihan kugiran yang tersergam di tingkat atas Dewan Makan. Saban bulan, pelajar akan gembira kerana pihak sekolah membeli gitar-gitar elektrik dan set drum yang lebih canggih dari model lama sebelumnya bernilai belasan ribu ringgit pada masa itu, namun saya lihat surau kekal tanpa mikrofon yang sebenarnya boleh dibeli dengan harga tidak sampai RM200 ketika itu.

Di tahun 1979, di tingkatan 2, bila saya mula berjinak dengan surau, saya dapati hanya kurang dari 10 orang lelaki ke Surau, dan bilangan yang sama di pihak wanita dalam keadaan menghayati Islam yang sangat defensif. Arus perdana ketika itu ialah Konsert 3 jam oleh setiap kelas pada tiap Jumaat malam Sabtu, wayang gambar pada tiap Sabtu malam Ahad. Begitulah setiap hujung minggu pada tahun-tahun 1978, 1979 dan 1980. Dalam masa yang sama, dianjurkan Open Day pada hari-hari cuti Kemerdekaan dan seumpamanya dimana pelajar lelaki dibenar masuk menziarahi pelajar wanita di bilik asrama mereka begitu juga sebaliknya. Saya masih ingat sebahagian usaha-usaha kecil tetapi akhirnya menyebabkan bilangan pelajar ke Surau mulai ramai. Surau penuh sesak, akhirnya mendesak tempat Surau tersebut ditukar dengan Dewan Muzik yang terletak bersebelahan! Tidak tergambar perasaan kami yang gembira dan bersyukur kepada ALlah apabila Surau terletak di sebuah dewan yang besar, cukup menampung hingga 200 orang pelajar lelaki dan wanita yang datang solat.

Pengalaman dan pengajaran penting dalam kisah ini ialah pembentukan syahsiyah keperibadian insan iaitu diri pelajar-pelajar itu sendiri dan kesannya kepada persekitaran. Tanpa bilangan yang ramai mereka yang menghayati Islam seperti solat berjemaah di Surau, dalam hal ini, Surau akan kekal tempatnya di bilik kecil dan Dewan Muzik akan kekal di tempat yang besar lagi luas bertepatan dengan Arus Perdana ketika itu. Begitulah hakikat Dakwah pada hari ini dan masa depan, seramai mana masyarakat menghayati Islam, sebanyak itu institusi-institusi masyarakat seperti balai raya di kampung, hospital di pekan, dewan orang ramai di bandar dan seumpamanya yang boleh beroperasi ke arah penghayatan Islam. #

3 Respons

  1. alhamdulillah.
    kini surau telah ada bangunannya sendiri dan saya sendiri telah ingat2 lupa bila perasmiannya. namun, kenangan di surau lama tatkala mendengar ceramah agama seperti yang diberikan oleh abang zainurrasyid masih kekal dalam ingatan.

    juga masih segar tatkala arahan pihak pentadbir sekolah agar pelajar perempuan yang bertudung labuh didenda dan round oleh cikgu disiplin mendenda pelajar yang bertudung labuh berdiri dalam kelas dan juga di penghujung perhimpunan isnin, waktu itu menyaksikan segelintir pelajar goyah dan merasa tertekan. mrsm ktn masa itu digelar mrsm dakwah dan pelajar yang berusrah dikecam dan diambil tindakan. namun, tekanan menghasilkan manisnya iman, lalu islam tetap gah dan hingga kini berjaya menghasilkan duat muslimah yang cekal. alhamdulillah.

  2. Ahlamdulillah…rupanya masih banyak cabaran di MRSM Kuantan selepas kami (SPM1982) tiada di sana. Syukur, generasi terkemudian melalui pengalaman2 yang mengasah Iman. Semoga ganjaran ALlah berikan untuk Akhirat nanti.

    Pada sekitar 1980, tudung pernah diharamkam. Tekanan tersebut sehingga saya masih ingat Karimah (bukan nama sebenar) terpaksa memakai skarf. Pengharaman tak lama, terpaksa tidak dikuatkuasakan. Baru-baru ini, saya bertemu Karimah dan suami di meja makan, mengingat kisah-kisah lama, sedang hari ini pemakaian tudung sudah menjadi lumrah biasa masyarakat Islam, alhamdulillah.

    Di tahun 1982 (Tingkatan 5), kami sempat lihat pelan Surau tersebut, dan sempat mula berkempen kutipan derma pembinaannya dengan menjual Kalender. Sebaik pulang dari Mesir tahun 1998, saya, isteri dan 7 anak ketika itu, dengan van kami, pergi menziarahi MRSM Kuantan dan sempat saya beri Tazkirah Maghrib kepada pelajar-pelajar.

    Terima kasih, atas perkongsian, moga berterusan menyumbang.

  3. Ustaz Halim,

    Selepas akhir tahun 2008 nanti, MRSM Kuantan akan jadi kenangan untuk kita semua bagi bekas pelajar pelajarnya. Tahun 2009, MRSM Kuantan akan berkubur dan satu Kolej persediaan UniKL pula akan mengisi tempat .

    Kami ( 1979- 1983) yang biasa menjadi penghuni surau lama dulu sentiasa terkenangkan peranan yang telah dimainkan oleh abang Mahyun, ustaz bersama abang Fadil serta rakan rakan lain seperti Zainur Rashid, Marwan dan lain lain. Tidak ketinggalan juger dengan peranan Ustaz Ustaz MRSM Kuantan dulu iaitu Ustaz Mokhtar, Jantan, Ejam dan lain lain.

    Akhir kalam , semuga kita yang mengenal Islam dan Amal sejak di bangku sekolah menengah lagi dapat meneruskan perjalanan kiter sebagai seorang muslim yang beriman dan mutaqin sehingga ke akhir hayat. Amin ya rabab alamin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: