Mampukah KLIA/MAS Bersaing Changi/SIA

mas vs sia

Malaysia dijangka menandatangani perjanjian dua hala dengan Singapura akhir bulan ini berhubung cadangan membenarkan syarkat-syarikat penerbangan tanbang murah dari kedua-dua negara mengadakan operasi bagi destinasi Kuala Lumpur – Singapura. Walaubagaimanapun saya berharap agar keputusan ini hendaklah dibuat setelah analisa dan perancangan dunia perniagaan dan perkhidmatan yang mendalam dibuat dan bukan andaian dan harapan tanpa asas yang kukuh seperti banyak berlaku dalam perniagaan-perniagaan orang Melayu hari ini. Setelah beberapa tahun terlibat dalam dunia agensi pelancungan, beberapa faktor harus diambil kira, diantaranya (saya tuliskan hanya sebahagian darinya sahaja) :

1- Jika dibanding antara lapangan terbang Bangkok (Suvarnabhumi – baru dibuka Ramadan 2006 – terpanjang di dunia, 2km) dan Changi, Singapura dengan KLIA, diaspek keluasan infrastruktur dan bilangan traffik /pesawat bolehlah saya anggap KLIA hanyalah ibarat sebuah “lapanganterbang domestik” bagi Asia Tenggara seperti Lapangan terbang Domestik Alor Setar bagi Malaysia. 

2- Thailand dan Singapura meletakkan perniagaan sistem penerbangan sebagai diantara core business mereka. Ini dapat dilihat dengan pembangunan infrastruktur di atas, marketing yang mereka lakukan, harga tiket yang jauh murah, tempahan berbelas Airbus B380 (pesawat penumpang dua tingkat penuh pertama) oleh Singapore Airlines (SIA) yang akan diterima dalam masa terdekat dan lain-lain pakej menarik. Sejak beberapa tahun lalu Royal Jordanian Airlines memberhentikan pendaratan di KLIA, dan berpada mendarat di Bangkok dan Singapura. Di sini, KLIA kehilangan pendapatan. Sebaliknya pula, penumpang bukan memilih pesawat lain tetapi menaiki Air Asia dari KLIA atau Bayan Lepas ke Bangkok (hingga kini belum ada Air Asia ke Singapura) untuk masih menaiki Royal Jordanian Airline ke destinasi masing-masing. Kenapa tidak sedangkan harga tiket hanyalah RM2450 di beli di Bangkok berbanding RM3300 jka dibeli di Kuala Lumpur! Bayangkan jika Air Asia mula beroperasi ke Singapura. Saya menjangkakan penumpang Malaysia akan memilih menaiki Air Asia ke Singapura dari Singapura mereka ke destinasi antarabangsa masing-masing samada kerana pilihan pesawat yang banyak lantaran kurang pilihan di KLIA (seperti Royal Jordanian Airlines dan sebagainya) dan lebih-lebih lagi harga SIA dan pesawat-pesawat lain lebih murah dibeli di Singapura.

3- Umum mengetahui bahawa SIA sering menawarkan harga tiket yang sangat kompetetif (murah) berbanding tiket MAS atau pesawat-pesawat lain yang sekelas dengannya. Bayangkan tawaran yang lebih kompetetif selepas SIA memiliki pesawat gergasi A380 atau yang lebih canggih di masa akan datang. SIA adalah diantara brand terulung di Asia seperti yang di tulis dalam sebuah buku bertajuk “Balance Scorecard” yang terkenal. Pesaing dalam dunia perniagaan yang professional boleh berfikir menjana keuntungan melalui pelbagai sumber seperti tiket, cargo, retails, joint ventures antara syarikat penerbangan, airport services, storage, hangers dan sebagainya. Sebaliknya peniaga yang kurang dedikasi hanya melihat perolehan terbesar adalah dari penumpang dengan jualan tiket semata-mata. Tidak pelik sekiranya pelanggan mula menjauhkan diri.

4- Umum juga mengetahui bahawa banyak tiket-tiket pesawat antarabangsa boleh dibeli di Singapura dengan harga yang lebih murah berbanding jika dibeli di Kuala Lumpur. Ketika sekarang ini Air Asia belum beroperasi ke Singapura, banyak pakej-pakej pelancungan murah memilih untuk menaiki bas ke Singapura untuk menaiki pesawat antarabangsa dari sana. Bayangkan selepas Air Asia memulakan operasinya nanti.

5- Sikap, dedikasi, kesungguhan dan lain-lain faktor kejayaan dalam perniagaan haruslah dibuat perbandingan yang detail, realistik dan serius diantara SIA dengan MAS, dan diantara Changi International Airport, Singapura dengan KLIA. Membenarkan Air Asia dari KLIA ke Singapura bererti membenarkan SIA/Changi International Airport bersaing dengan MAS/KLIA dalam dunia penerbangan antarabangsa, lebih khusus persaingan merebut penumpang rakyat Malaysia yang semakin meningkat bilangan dan kemampuan ekonomi. Pada saya ini seperti seorang abang mahasiswa di IPT bergusti dengan adiknya murid di sekolah kebangsaan.

Dengan sedikit faktor-faktor di atas, berdasar pemerhatian dan pengalaman di medan, juga faktor politik dan dokongan antarabangsa, kita boleh menjangka kesan membenarkan Air Asia dan lain-lain pesawat murah mengangkut penumpang dari KLIA ke Singapura. Ini adalah juga andaian saya jika cadangan menghubungkan Kuala Lumpur – Singapura dengan keretapi pantas (bullet train) seperti yang pernah dicadangkan tahun lalu. Kita mahu KLIA menjadi hub penerbangan antarabangsa di rantau ini, bukan akhirnya sekadar menjadi lapanganterbang dan tempat parking bagi Malaysia Airlines semata-mata.

< dari Utusan Malaysia>

KUALA LUMPUR 6 Nov. – Malaysia dijangka menandatangani perjanjian dua hala dengan Singapura akhir bulan ini berhubung cadangan membenarkan syarikat-syarikat penerbangan tambang murah dari kedua-dua negara mengadakan operasi bagi destinasi Kuala Lumpur-Singapura.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy berkata, Malaysia telah pun menghantar kertas cadangan kepada negara jiran itu berhubung permintaan syarikat tambang murah dari Malaysia mahu mengadakan penerbangan ke Singapura.

Pegawai kedua-dua negara akan mengadakan pertemuan pada pertengahan bulan ini bagi membincangkan mengenai cadangan bagi syarikat-syarikat penerbangan tambang murah dari kedua-dua negara mengadakan operasi dari Kuala Lumpur-Singapura, katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Tahunan Zon Bebas Dunia Ketujuh, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai permintaan syarikat penerbangan murah AirAsia Bhd. mahu mengadakan operasi dari Terminal Syarikat Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Kuala Lumpur ke Singapura.

Ketika ditanya sama ada syarikat penerbangan komuniti pertama Malaysia, Firefly Sdn. Bhd. milik Malaysian Airline System (MAS) turut memohon mengadakan penerbangan dari Lapangan Terbang Abdul Aziz Shah di Subang ke Singapura, Kong Choy berkata, beliau menyerahkan kepada pegawai kedua-dua negara untuk membincangkan perkara tersebut pada pertemuan itu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: