Syeikh Hasan Elyan Dalam Kenangan

 

Di akhir zaman, Allah tidak mengangkat Al-Quran dengan menghilangkan tulisan dan kitab, tetapi Dia mengangkatnya dengan mematikan para Huffaz (orang-orang Hafiz AL-Quran) dan para Ulamak. Perginya Syeikh Hasan Elyan bagaikan baru semalam tetapi hakikatnya dia telah pergi mendapatkan Kekasihnya lebih 10 tahun yang lalu. Di pentas antarabangsa, beliau kurang dikenali, tetapi di alam tajmik, tarbiyah dan riyadah (bukan riadhah), beliau menjadi buah mulut kawan dan lawan, di dalam Mesir dan teman-teman luar Mesir yang mengenali kehebatan dan sumbangannya.

Allah sahaja yang tahu betapa sukarnya aku hendak memulakan penulisanku di pagi Rabu ini tentang detik-detik manis aku menziarahi beliau, kerana di saat ini aku menulis dengan lebih banyak air mata yang mengalir di pipi dari tulisan yang di taip di komputer. 

Teruskan membaca

Usir Penjajah Agenda Teratas

Usir penjajah agenda teras

Semalam 6.11.2007, letupan bom dahsyat berlaku lagi di Afghanistan. Kali ini hanya 2 letupan tetapi mampu mengorbankan 140 orang Islam! Innalillahi wainna ilaihi rajiuun. Sering disebut serangan berani mati tanpa disebut nama orang yang berani mati dan terkorban itu, walaupun setelah siasatan cuba dibuat. Atau adakah ia bom remote control canggih di alam digital hari ini, yang semakin banyak digunakan kebelakangan ini seperti di Selatan Thailand dan Iraq?

Negara-negara umat Islam berada dalam keadaan aman sejahtera sehinggalah datang Penjajah Asing menceroboh masuk dan memaksakan agenda-agendanya. Hakikat ini boleh kita lihat disepanjang sejarah Umat Islam yang hebat ini. Teruskan membaca