Usir Penjajah Agenda Teratas

Usir penjajah agenda teras

Semalam 6.11.2007, letupan bom dahsyat berlaku lagi di Afghanistan. Kali ini hanya 2 letupan tetapi mampu mengorbankan 140 orang Islam! Innalillahi wainna ilaihi rajiuun. Sering disebut serangan berani mati tanpa disebut nama orang yang berani mati dan terkorban itu, walaupun setelah siasatan cuba dibuat. Atau adakah ia bom remote control canggih di alam digital hari ini, yang semakin banyak digunakan kebelakangan ini seperti di Selatan Thailand dan Iraq?

Negara-negara umat Islam berada dalam keadaan aman sejahtera sehinggalah datang Penjajah Asing menceroboh masuk dan memaksakan agenda-agendanya. Hakikat ini boleh kita lihat disepanjang sejarah Umat Islam yang hebat ini.

Ia bertitik tolak dari hakikat musuh-musuh ALlah swt yang tidak akan datang dari jauh seberang benua, menceroboh mesuk ke dalam bumi, mengorbankan nyawa tentera-tentera mereka semata-mata untuk menyebarkan kesejahteraan dan kemanisan untuk umat yang lain.

Firman ALlah swt bermaksud, “Dan orang-orang Yahudi dan Kristian tidak akan redha kepada kamu hinggalah kamu mengikut agama mereka” (Al-Baqarah:120). “Katakanlah: Wahai  Ahlul Kitab, mengapa kamu menghalang-halang manusia dari jalan ALlah, (iaitu) mereka yang telah beriman kepada Allah, kamu hendak supaya hendak supaya (jalan) itu jadi bengkok. Allah tidak leka dari apa yang kamu buat” (Ali Imran:99).

Dengan keyakinan ini, kita percaya Amerika menceroboh Iraq bukan kerana untuk menghapuskan senjata nuklear (WMD – World Mass Destruction) atau membebaskan umat Iraq dari hukum diktator Saddam Hussein. Amerika masuk ke Iraq kerana menjalankan plan-paln Israel seterusnya untuk menguasai Dunia Arab. Amerika menggerakkan tentara untuk menjajah Afghanistan hanya beberapa minggu selepas World Trade Centre, New York di runtuhkan (lebih 4000 terkorban) dengan tuduhan Al-Qaeda melakukannya sedangkan penyiasatan belum bermula dan hingga kini, 4 tahun kemudiannya, masih belum selesai.

Dengan penjajahan Amerika ke atas Afghanistan dan Iraq, Israel ke atas Palestin, umat di sana hidup dalam keadaan huru hara, perbalahan puak dan kaum, kelaparan, kejahilan dan kecelaruan pemikiran yang teruk. Letupan bom yang dahsyat banyak berlaku dan boleh berlaku pada bila-bila masa di mana-mana tempat perkumpulan orang ramai. Kita percaya letupan yang besar yang boleh mengorbankan hingga berpuluh-puluh orang mesti datangnya dari bom canggih seperti C-4 yang hanya boleh dihasil atau dibekalkan oleh pihak Penjajah Barat atau seumpama mereka sahaja.

Oleh itu mengusir mana-mana Penjajah dari bumi Islam adalah merupakan agenda paling utama bagi sesebuah negara yang dijajah maupun umat Islam yang ingin menyumbang bakti kepada Agama. Dengan kata lain, Penjajah Amerika harus dihalau keluar dari Iraq dan Afghanistan seberapa segera yang boleh samada secara diplomasi atau kekuata, sebelum keadaan masyarakat Islam di sana bertambah parah dan musuh-musuhnya menguatkan lagi cengkaman dan penguasaannya ke atas aqidah, akhlak dan kekayaan hasil bumi umat Islam.

Dalam pada itu umat Islam pula harus berusaha memehami dan menghayati ajaran Islam yang sebenar hingga mereka tahu bagaimana hendak mentadbir sesebuah negara dan ke arah mana yang hendak dituju. Kita hendak mentadbir dengan sistem Islam ke arah menjadi umat contoh kepada masyarakat antarabangsa di segi aqidah, akhlak dan pencapaian tamaddun material. Dengan kata lain, membina umat yang aqidah dan akhlaknya setanding dengan Para Sahabat Rasulullah saw dan pembangunan ekonomi dan infrastruktur negaranya lebih maju dan hebat dari Negara-negara Barat hari ini.

 < dari Utusan Malaysia>

Serangan maut: 140 terbunuh, tercedera — Dua letupan turut korbankan 13 Ahli Parlimen

KABUL 6 Nov. – Sekurang-kurangnya 140 orang terbunuh atau tercedera dalam serangan pengebom berani mati paling buruk dalam sejarah Afghanistan hari ini, di sebuah kilang gula di bandar Baghlan 150 kilometer ke utara Kabul.

Serangan yang dikatakan melibatkan dua letupan bom itu, telah mengorbankan ramai Ahli Parlimen termasuk jurucakap pembangkang dan juga pelajar sekolah serta kakitangan kerajaan.

Seorang Ahli Parlimen di Kabul, Shukria Barakzai dipetik berkata, beliau difahamkan sekurang-kurangnya 13 Ahli Parlimen terbunuh.

Gabenor wilayah berkenaan, Mohammad Alam Ishaaqzai pula mengesahkan jurucakap pembangkang, Mostafa Kazemi yang mengetuai rombongan 18 Ahli Parlimen itu merupakan antara yang terkorban.

Sementara itu, Pengarah hospital bandar tersebut, Dr. Khalilullah pula memaklumkan lebih 90 orang terbunuh dengan 50 lain tercedera akibat serangan tersebut.

“Kira-kira 90 mayat dan 50 orang yang tercedera telah dihantar ke hospital ini berikutan serangan itu.

“Kemungkinan besar masih terdapat mangsa yang terbunuh atau tercedera di tepi jalan yang belum dihantar ke hospital lagi setakat ini,” katanya.

Ketua Risikan Baglan, Abdurrahman Sayedkhail menyatakan bilangan mangsa terlalu ramai sehingga pihaknya tidak dapat memberikan angka bilangan mangsa yang tepat buat masa ini.

Dua letupan itu berlaku berhampiran dengan kumpulan rombongan Ahli Parlimen itu ketika mereka melawat kilang berkenaan bersama para pegawai jabatan pertanian yang turut dihadiri oleh pelajar sekolah dan penduduk setempat yang menyambut ketibaan mereka.

– Agensi

Satu Respons

  1. WMD (weapon mass destruction)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: