Kisah Kopi Cengkudu

 kopi

Suatu hari saya mendapat panggilan telefon dari seorang yang pernah saya kenali suatu masa dahulu, sejak lebih setahun. Dia hendak berjumpa saya waktu itu juga samada di rumah atau di mana-mana sahaja yang saya putuskan. “Oh.. Azlan (bukan nama sebenar)! Apa khabar? Lama tak dengar berita. Jemput datang. Cuma sekarang dah dekat Maghrib, saya kena bersiap ke masjid“. Dia berkata, “Sekejap sahaja Ustaz, sekitar setengah jam“. Saya bersetuju sambil bersegera buat persiapan ke masjid dengan perasaan gembira akan menyambut tetamu ke rumah, sambil tertanya dah lama kami tak bertemu, tiba-tiba dia begitu bersungguh-sungguh ingin berjumpa, waktu itu juga, di mana sahaja. Saya tahu rumahnya memang jauh dari rumah saya, hampir di daerah yang berlainan. Tentu ada suatu perkara besar atau penting yang dia hajatkan.

Azlan tiba di rumah bersama isterinya dan seorang wanita lain. Dah lama kami tak berjumpa, sejak setahun lalu. Dia mula menerangkan hasrat kedatangannya untuk menjual produk Sureco dan mengajak saya menjadi ahli atau agen jualannya. Kopi yang dicampur isipati mengkudu dan cendawan (cen+kudu) terbukti khasiatnya pada ramai pengguna, ujar beliau. Pada Azlan, jika saya terlibat, akan ramai pengguna bahkan agen-agen baru yang akan tertarik disebabkan keyakinan masyarakat yang meluas terhadap saya. Selepas beliau, tiba giliran wanita yang tidak saya kenali itu pula memberi penjelasan, kali ini jauh lebih mantap dan panjang lebar tentang produk-produk Sureco. Baru saya tahu beliau ialah upline (agen lapisan atas) kepada Azlan. Setahu saya sebarang jualan oleh agen downline, akan juga dirasai incentivenya oleh orang uplinenya. Sebenarnya, telah ramai agen-agen MLM (multilevel marketing) yang approch saya, namun sehingga ke hari ini belum ada satu yang saya bergabung dengannya.

Apa yang menarik ialah disepanjang penjelasan oleh Azlan dan wanita tersebut selama hampir 2 jam, telinga saya seolah mendengarnya tetapi fikiran dan perasaan saya melayang sambil membandingkan usaha-usaha gigih mereka dengan usaha para Pendakwah Islam pada hari ini, termasuk diri saya sendiri. Azlan mencari orang-orang yang pernah dikenalinya walau lebih setahun lalu, apatah lagi orang disekelilingnya … demi membekal dan melariskan satu produk yang dia percaya berguna kepada masyarakat di satu aspek, dan diaspek lain memberikan pulangan yang baik baginya.

Masyarakat kita di Malaysia sedang berada di dalam keadaan tenat pegangan, akhlak dan sistem. Dalam keadaan kesihatan umat seumpama itu, mereka dihidang dengan unat berbentuk penyelesaian-penyelesaian ciptaan Barat  seperti hiburan, pergaulan luar batasan, kelucahan aksi dan pakaian, riba dll yang lebih menyesatkan disamping ditempel dengan beberapa upacara-upacara keagamaan berbentuk macam Islam yang kosong ruh, tidak menyampaikan kepada apa yang dikendakki Allah. Saban hari jenayah meningkat, akhlak rosak makin tersebar, penyelewengan berleluasa dan lain-lain lagi. Didalam kemelut seperti ini, kita para Duat mempunyai satu produk yang sangat mujarrab untuk jasad umat yang sedang sakit ini. Namun kita kekurangan mereka yang mempunyai semangat dan kesungguhan seperti Azlan dan wanita tersebut yang bersungguh-sungguh memberi penerangan, menawarkan produk bahkan mencari lebih ramai lagi agen-agen demi mengubat dan membaiki keadaan umat disamping Allah memberi ganjaran besar kepada mereka yang berjuang gigih di Akhirat. Jika dalam MLM, upline mendapat hanya beberapa peratus RM dari hasil jualan orang yang di downlinenya, tetapi dalam Dakwah, pendakwah mendapat 100% pahala amalan orang yang didakwahkannya (mad’u). “Orang yang menunjukkan seseorang berbuat kebaikan, mendapat pahala sama seperti pembuatnya” (Hadis). “Sesiapa berbuat baik, dia mendapat pahala kebaikan itu dan pahala orang yang meniru perbuatan tersebut. Sesiapa yang berbuat jahat, dia mendapat dosa kejahatan itu dan dosa orang yang menirunya” (Hadis).

Saya meminta maaf kepada Azlan dan wanita tersebut kerana sering minta diulangi penjelasan tentang produk “Sureco”nya kerana disepanjang kempen mereka fikiranku melayang memikirkan hakikat Dakwah ini dan pendakwahnya. Di kala itu aku mengingati nasihat Imam Hasan Al-Banna kepada Syeikh Hasan Elyan yang masih di sekolah menengah, mengenai produk “Islam” yang akhirnya Imam sendiri mati syahid kerana memperjuangkannya. Kata Syeikh Hasan Elyan, “Imam Hasan Al-Banna mengajar kami 3 perkara iaitu (1) Yakin bahawa Islam itu benar, (2) Berbangga dengan Islam, (3) Berjuang untuknya (dengan menyebarkannya dalam masyarakat)”.

Pertemuan kami pun berakhir. Saya membeli sekotak Kopi Cengkudu dan meminta maaf kepada Azlan kerana belum dapat menjadi agen beliau lantaran beberapa kesibukan yang sedang dihadapi dengan doa moga Allah swt memberkati pertemuan tersebut dan semua usaha-usaha kita dalam mencari rezeki yang halal. Rencana bukan menilai Azlan dan rombongan, tetapi merujuk kepada para Pendakwah, jika ada, yang malu, segan atau sering mencari-cari alasan, sedang produk “Fikrah Islam” ada digenggaman, untuk umat ini yang sejak dulu menanti-nantikan.

Advertisements

9 Respons

  1. betul, nak ditolak segan, nak dinasihat kesian..:)

  2. bukankah dakwah kepada islam itu satu perniagaan yang tidak akan rugi? 🙂

  3. mArilaH KitA rAnCak mEnJuaL pRodUk `FIKRAH ISLAM`, sEmuA UntuNg TAk SapE rUgI 😀

  4. assalamualaikum. sangat setuju dengan pandangan ustaz. jurujual tadi bangga menjual walaupun kadang-kadang dia sendiri minum nescafe dan bukan kopi cengkudu. pelik ummat islam hari ini, rasa yakin dengan islam tapi tak bangga menyiarkannnya. alasan yang selalu didengar ialah ‘diri sendiri pon tak seberapa, nak nasihat orang plak!’.

    mungkin suatu hari nanti ustaz boleh beri pandangan tentang kenyataan ini plak.

    jzkh kh

  5. cantik la layout website ustaz kali ni. 🙂

  6. mmm…terlalu banyak mase dh berlalu..
    Ya.. allah ampunlah dosa2 kami…. disaat kami lalai..
    dan berpeluk tubuh.

  7. Terasa dgn artikel ustaz…kita sll tidak berlaku adil dgn diri kita sendiri…terlalu sibuk dgn kerja2 lain sehinggakan kerja2 dakwah di`nombor dua, tiga atau sebagainya…

  8. Betul tu..sesunguhnya urusan akhirat merupakan urusan paling utama…

  9. Slm semer….

    Dakwah ni skopnya luas…ada dakwah kpd kepahaman islam…dahwah arah menjaga kesihatan.

    Kalau produk kita menyebabkan dgn izinNYA org tu sehat dan boleh buat amal…100% utk yg mengajar dan 100% jugak untuk yang mengubat…

    Islam itu indah…skopnya terlalu luas, affiliatenya sangat cantik…konsep MLMnya menjangkau pikiran kita…

    Utk yg berfikir hanya dakwah di masjid saje yg dapat 100% sila fikir balik….adakah konsep dakwah ini terlalu sempit..?

    Tidakkan…jadi fikir2kan lah balik. TQ

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: