Dakwah Umum & Dakwah Khusus (02)

dakwah khusus-pembentukan 

 “Mestilah melalui jalan Pembentukan selepas Peringatan …” (Majmu’ah Rasail). Melihat ungkapan di atas, mereka yang bekerja di Jalan Dakwah akan segera memahami bahawa “Pembentukan” yang dimaksudkan itu adalah Dakwah Khusus manakala “Peringatan” adalah Dakwah Umum.

Apabila melihat masyarakat di sekeliling, maka perancangan Dakwah kita mestilah ke arah Dakwah Umum iaitu bagaimana menyampaikan Fikrah Islam kepada mereka, menjana Public Opinion mereka supaya cenderung ke arah Islam hakiki, bukan tempelan, membenteras maksiat dan kemunkaran, mendorong kearah kebaikan dan kebajikan sehingga Islam mendominasi persekitaran dan perbincangan di jalan-jalan.

Apabila melihat diri kita sendiri dan kawan-kawan yang terdekat lagi berpotensi maka perancangan Dakwah mestilah ke arah Dakwah Khusus iaitu bagaimana hendak memastikan diri kita dan mereka menjadi Contoh Tauladan Islam yang hidup, bergerak dan mengesani orang lain. “Memilih individu-individu yang berpotensi untuk menanggung beban Dakwah bersama-sama” (Hasan Al-Banna). Kesan budaya dan adat negatif dalam masyarakat yang telah mengesani kita sekian lama mesti dikikis seperti hasad, apathy (tak ambil peduli), ananiah (pentingkan hanya diri sendiri), riak, cinta dunia, takut mati kerana berjuang dan seumpamanya, Begitu juga kelemahan kita dalam menyelami dan menghayati Al-Quran, Al-Hadis, seerah Ar-Rasul, Ukhuwwah Islamiyah, Amal Jamaiyy dan lain-lain yang ditunjukkan melalui perjuangan Rasulullah saw mesti diperbaiki. Dengan peningkatan ini, melalui Tarbiyah yang berterusan, kita lebih nampak Jalan Dakwah dari awal hingga ke akhir destinasi, lalu kita lebih terdorong untuk berkorban demi mencapai cita-cita dan idealisma Islam.

Didalam amal Dakwah, mestilah meraikan unsur-unsur tetap (tsawabit) yang tidak berubah seperti ilmu dan kefahaman asasi Islam, ukhuwwah, amal jamaiyy dan sebagainya. Dalam masa yang sama hendaklah kita sentiasa meneroka perkara yang berubah-berubah (mutagayyiraat) seperti teknik dan teknologi Dakwah, penampilan dan keterampilan, pengurusan kerja dan sebagainya.

Contohnya, bagi seorang pelajar perubatan, disamping dia sibuk mempelajari teknologi terkini alat-alat perubatan dan pengurusan dalam sebuah hospital moden yang canggih, namun mereka juga mesti menggarap syllabus atau elemen-elemen yang tidak berubah (tsawabit) yang terdapat dalam anatomy (tubuh badan), fisiologi, tindakbalas biochemistry dalam hampir kesemua bidang seperti O&G, pediatrik, pembedahan dan sebagainya. Janganlah keghairahan dan tumpuan kita terhadap prasarana dan kemudahan perubatan yang canggih menyebabkan kita cuai elemen-elemen dan tindakbalas tetap (tsawabit) dalam tubuh badan ketika kita merawat seorang pesakit. Nanti dia menjadi lebih parah dan mungkin kehilangan nyawa.

Begitu juga janganlah keghairahan kita mengatur strategi Dakwah Umum untuk masuk ke dalam masyarakat dengan segala teknik dan penampilan berbagai dan terkini, menyebabkan kita cuai mendidik hati, jiwa dan ruh yang sentiasa tetap tidak berubah keperluannya kepada suntikan-suntikan Al-Quran, Al-Hadis, hikmat para Salaf dan Mujaddid. Contohnya, walaupun tahun berganti tahun, abad bertukar abad, namun pengertian Hakimiyyah Lillah, Jahiliyyah, Walak dan Bara’ dan seumpamanya terus tetap tidak berubah. Penghayatan Ukhuwah Islamiyah (Al-Hasyr:9) dan Amal Jamaiyy (Yusuf:108) terus menerus menjadi di antara rukun-rukun tetap perjuangan. Tidak mungkin pengertian dan penghayatan ini boleh diperolehi hanya dengan sekadar mengisi Borang Pendaftaran dan menghadiri bengkel teknik pengurusan kerja tanpa melalui Dakwah Khusus yang berterusan membina ruh, akal dan jiwa. Lihat sahaja di medan masing-masing hari ini, walaupun masih ramai bercita-cita besar berdakwah kepada masyarakat dengan berbagai pendekatan dan strategi, ajak kepada makruf dan cegah kemunkaran tetapi berapa banyak pula markaz dan cawangan yang akhirnya menjadi lengang atau pun bising berantakan sesama sendiri, tidak lain kerana kecuaian terhadap hakikat-hakikat yang kami perkatakan. Moga Allah memaham dan meneguhkan kita di dalam Jalan yang panjang ini. Amin.

11 Respons

  1. Salam ustaz, walaupun ana masih belum memasuki alam kerja dan belum benar2 terlibat dengan medan dakwah di tanahair, tapi ana seolah2 dapat merasakan perasaan tempias “keghairahan kita mengatur strategi Dakwah Umum”. Obsesi dengan “alat2 hospital baru” memang kadangkala sukar dielakkan. dan ia memang lebih mudah menarik fokus amal berbanding elemen2 tetap.

    ana kurang pasti adakah apa yang ana faham selari dengan apa yang ustaz cuba sampaikan. ini contoh yang ana boleh terfikir:

    Arif (bukan nama sebenar) seorang engineer, begitu bersemangat dengan kerja2 engineering, dengan harapan dapat membantu ummat, tetapi sehinggakan tidak dapat memberikan komitmen sepenuhnya dalam program2 pembentukan diri. dan akhirnya “harapan membantu ummat” hanya tinggal kenangan, kerana diri sendiri tak terbantu akibat kecuaian pembinaan ruh+akal+jiwa.

    wsalam.

  2. Kefahaman begitu boleh juga selari denganyang dimaksudkan oleh saya dalam artikel DU&DK(02).

    Dalam masa yang sama, perumpamaan doktor dan engineer adalah perumpamaan yang saya bawa untuk memudahkan kita memahami maksud.

    Asal maksud saya ialah begini :

    Arif seorang engineer, begitu bersemangat dengan kerja-kerja Dakwah Umum Islam (projek kebajikan anak yatim, ibu tunggal, magsa banjir dll.), dengan harapan dapat menyelamatkan umat, tetapi sehinggakan tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya dalam program2 pembentukan diri. Akhirnya Arif habis stamina, keliru objektif sebenar perjuangan, kelabu jalan yang harus dilalui, tidak mampu menghadapi cabaran yang mendatang lalu “harapan membantu umat” hanya tinggal kenangan, kerana diri sendiri tak terbantu akibat kecuaian pembinaan ruh+akal+jiwa diri dan kekawan seperjuangannya.

    Sama seperti seorang yang bercita2 tinggi, nak membaiki masyarakat lalu membina pusat dakwah dan markaz tarbiyah yang indah, mengatur program2 high-impact sana sini (Dakwah Umum), tetapi tidak turut sama fokus membina individu2 yang akan turut mendokong cita2 nya (Dakwah Khusus). Akhirnya berapa banyak markaz atau cawangan yang lengang atau bising berantakan. Tidak kemana.

    Seperti seorang yang tinggi cita-cita untuk melihat masyarakat sihat walafiat, lalu buat klinik, mengatur program2 kesihatan sana dan sini di tempatnya, mengajak penduduk menjadi pembantu klinik, receptionists dll (Dakwah Umum) tetapi tidak turut fokus menghasilkan doktor (Dakwah Khusus). Berapa banyak klinik terpaksa ditutup kerana doktor berpindah tanpa pengganti.

    Hakikatnya, ramai duat habis stamina setelah beberapa tahun diuji di medan sebenar… “Adakah kamu mengira kamu akan masuk Syurga sedangkan Allah belum tahu (uji) siapa diantara kamu yang berjuang dan siapa yang sabar” (Ali Imran:142).

  3. saya pernah terdengar ada seorang yang begitu bersemangat untuk menentang Yahudi di Palestin. Citanya adalah untuk membina dan mencipta robot berteknologi tinggi untuk melawan musuh2 Islam.

    Namun semangat tinggal semangat, robot ke mana diri sendiri ke mana.

    Fahami Dakwah Umum dan Dakwah Khusus. Kenali manusia.

  4. misalan robot yg, bg ana, agak kelakar🙂

  5. teruskan menulis ustaz. blog kita sudah bergabung!

  6. Benarlah hakikat yang ustaz katakan itu. Saya yang masih lagi situasi lepasan SPM juga tengah membina cita-cita kearah itu(dunia dakwah), akan tetapi saya masih lagi muda, belum menempuhi lagi situasi-situasi para duat yang dah bekerja atau selesai pengajian. Akan tetapi selagi saya masih diserap fikrah islami, selagi itu saya akan cuba berjuang, dengan penulisan seperti ustaz. Manalah tau, lambat laun, saya juga turut cekap menulis, malah akan mengganti ustaz pula🙂

    Akhukum fillah..

  7. […] DAKWAH UMUM & DAKWAH KHUSUS (02) “Mestilah melalui jalan Pembentukan selepas Peringatan …” (Majmu’ah Rasail). Melihat ungkapan di atas, mereka yang bekerja di Jalan Dakwah akan segera memahami bahawa “Pembentukan” yang dimaksudkan itu adalah Dakwah Khusus manakala “Peringatan” adalah Dakwah Umum. silalah bertambah rajin sekali lg click di sini […]

  8. […] Dakwah Umum n Dakwah Khusus 2 Posted on July 5, 2008 by azhari-ar-rantisi Oleh : Ustaz Abdul Halim […]

  9. Salam ustaz, asif,bagaimana hendak menyeimbangkan ntara dakwah khusus dan umum dalam satu kawasan@medan? Bagaimana hendak memperkasakan dakwah khusus di suatu medan?
    JzkAllah..harap penjelasan ust.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: