Pilihanraya : Kisah Payung & Kotak

Australian Election
(sila click pada gambar utk lihat size penuh)

Sehingga ke hari ini, sering aku teringat kepada sekaki payung besar yang terpacak di tepi jalan. Di bawahnya ada sebuah kotak di atas meja. Ia terletak di luar pagar Ironside State (Primary) School, St Lucia, Brisbane, Australia, di tepi jalan laluan seharian aku dari rumah ke kuliah di University of Queensland, sekitar tahun 1985. Walaupun lebih 20 tahun telah berlalu dan telah banyak negara serta kejadian yang aku tempuhi selepas itu, namun bila duduk-duduk sendiri merenung nasib umat kita di Dunia Ketiga ini, payung dan kotak di tepi jalan itu juga yang kembali menjelma dan mengisi ruang fikiran. “Ambillah iktibar walau orang-orang yang mempunyai penglihatan” (Al-Hasyr:2).

Kotak itu adalah salah satu peti undi semasa Pilihanraya Umum di Queensland, Australia ketika itu. Hanya seorang duduk menjaganya. Terletak di tepi jalan supaya mudah pengundi yang memandu atau lalu lalang di situ untuk membuang undi. Di antara mereka yang singgah mengundi di kotak itu, ada yang pulang dari membeli belah di kedai-kedai berhampiran. Hari itu tenang, setenang hari-hari lain sepanjang musim Pilihanraya tanpa perhimpunan, ceramah apatah lagi buuu membuuu, penyelewengan atau penipuan. Begitulah suasana musim Pilihanraya Umum yang pernah aku saksikan sendiri di sana. Peralihan atau pertukaran parti yang akan memerintah sudah menjadi lumrah mereka, menuju kepada pentadbiran oleh kerajaan baru yang lebih layak dan akan lebih memberikan menfaat kepada Pengundi.

Setiap 4 tahun rakyat ditabal menjadi Hakim Negara dalam Mahkamah Pilihanraya. Hasilnya, rasuah dan penyelewengan wang rakyat sangat jarang kedengaran. Diaspek material Barat seperti Australia jauh lebih baik secara umum berbanding banyak negara umat Islam. Bandar dan kampung membangun dengan bersih, teratur dan bersistem. Saya pernah tertinggal dompet di satu tempat terbuka orang ramai. Keesokan harinya saya mengambil semula dompet tersebut tanpa kehilangan apa-apa di dalamnya. Suratkhabar saya beli di simpang jalan di tengah-tengah bandar Brisbane hanya dengan meletakkan duit di dalam bekas yang ditinggalkan tanpa ada sesiapa yang menjaganya.

Kenapa tenang di sana, tidak tegang, bergaduh, seperti yang banyak berlaku dalam pilihanraya-pilihanraya dalam Dunia Ketiga? Kerana samada dipihak pemerintah atau pembangkang, kesemua kempen, penerangan manifesto, kritikan, perbahasan dan seumpamanya telahpun berjalan dan selesai disaksi, dianalisa dan difahami oleh rakyat jelata melalui televisyen, akhbar, radio, majallah, perbualan sesama mereka di sepanjang tahun dan penggal. Kebebasan bukan sahaja Kebebasan Pilihanraya (membuat keputusan) tetapi juga Kebebasan Media (mendengar hujah) untuk kedua-dua Pemerintah (peguam bela) dan Pembangkang (peguamcara). Rukun-rukun ini amat penting bagi Rakyat (hakim) untuk membuat satu penghakiman atau pilihan yang tepat. Ia juga bukan sahaja penting semasa musim dan hari Pilihanraya, tetapi juga penting dalam membina keperibadian dan jatidiri masyarakat sepanjang tahun dan zaman. Umat yang hidup dan dibesarkan dalam kebebasan adalah jauh berbeza keperibadian, minda, keyakinan diri, motivasi dari umat yang dikongkong maklumat, fikiran dan perasaan.

Penuntut-penuntut Malaysia terutama di Negara-negara Barat seharusnya mengamati hakikat yang penting ini. Dalam Ilmu Tauhid, Allah tidak redha manusia kufur, tetapi Dia mahu mereka kufur. Redha tidak sama dengan mahu. Allah tidak redha Barat memimpin dunia, tetapi Dia mahu mereka memimpin dunia hari ini, tidak lain melainkan kerana umat Islam jauh dari memahami apatah lagi menghayati dan mengamalkan erti kebebasan, harga diri, keadilan, permesyuaratan, tidak cinta dunia (zuhud), pimpinan adalah khadam dan belas kasih terhadap umat. Kualiti-kualiti ini adalah Tamaddun Insan yang diperjuang oleh Rasul-rasul. Kisah Umar dengan seorang wanita yang mencabar agar di audit hartanya, adalah contoh yang tidak asing lagi.

Hakikat-hakikat ini sering berlegar didalam kalbu saya apabila mengenang nasib umat Islam di Dunia Ketiga di satu sudut dan mengenang Payung dan Kotak tadi di sudut yang lain.

Kepada mereka yang masih berada di Barat, samada menuntut atau bekerja, kalaupun tidak menjadi Pengundi Pilihanraya di sana, jadilah Pengamati Pilihanraya. Tidak cukup hanya sekadar Pemerhati Pilihanraya. Selain dari mereka pula, jadilah pengamati Kisah Payung dan Kotak. Kenalpasti dimana ciri dan mutiara Islam yang masih terdapat di sana untuk berjuang merealisasikannya di tanah tumpah darah sendiri. Hamba yang benar rindunya kepada Pencipta, bukan semata-mata hidup memburu segulung Ijazah untuk kerjaya, tetapi juga untuk memenangkan Risalah demi mendapat keredhaanNya.

8 Respons

  1. “Hamba yang benar rindunya kepada Pencipta, bukan semata-mata hidup memburu segulung Ijazah untuk kerjaya, tetapi juga untuk memenangkan Risalah demi mendapat keredhaanNya.”

    mari kita bersama merealisasikannya… insyaAllah

  2. subhanallah..

  3. hanya payung&kotak serta seorg penunggu merealisasikn kepimpinan,tidak pd sekrg, makin canggih diletakn dasarny, makin kebendaan dr sudut pemikirannya, tidak cukup kpd payung,kotak mahupun seorg, malah security guard bak ribuan menjg, tp masih …..
    pkrknla…
    jazakaallah ustaz

  4. betullah kata Muhammad Asad (Leopard), kalau aku datang ke Mekah sebelum memeluk Islam, pasti aku tak akan peluk Islam.

    Nasib baik dia peluk Islam dulu, baru pergi ke Mekah.

  5. […] Pilihanraya : Kisah Payung & Kotak Hasil nukilan Ustaz Abdul Halim Abdullah […]

  6. Pembetulan. bukan Leopard, sebetulnya Weiss Leopold.

  7. […] Australia 2007 berjalan dengan tenang Sabtu semalam, tenang seperti yang saya kenang dalam artikel Piliranraya : Antara Payung dan Kotakyang lalu. Hari ini Ahad, keluar keputusan Pilihanraya dengan tenang juga. Parti Liberal pimpinan […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: