Tazkirah Pilihanraya Jordan 20 Nov

 Pembangkang menolak keputusan Pilihanraya Umum Jordan yang diadakan pada hari Selasa 20 November lepas dan menganggap Kerajaan berusaha bersungguh-sungguh melaksanakan penipuan supaya keputusannya nanti dapat memberi gambaran kepada kerajaan dan rakyat Amerika bahawa populariti Gerakan Islam di Jordan telah mula menurun. Seorang pemantau, Amir Abu Hasan berkata dia mengira jumlah pengundi adalah seramai 280 orang tetapi ketika kiraan undi dibuat, dia mendapati sebanyak 622 kertas undi, bermakna terdapat 342 undi hantu. Jurubicara parti pembangkang, Barisan Amal Islamiyy, Jamil Abu Bakar meminta dibatalkan keputusan pilihanraya di kawasan-kawasan yang telah berlaku penipuan dengan katanya, “Kerugian yang dialami oleh Barisan Amal Islami dalam Pilihanraya ini adalah lebih kecil berbanding dengan kerugian yang dialami oleh warga masyarakat dan tanahair”. Sebelum bermula Pilihanraya, pihak Kerajaan Jordan telah tidak membenarkan Pusat Hak Asasi Kemanusiaan Kebangsaan yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri sendiri untuk menyelia perjalanan Pilihanraya tersebut. Dalam masa yang sama Perdana Menteri sendiri hanya membenarkan seramai 150 orang penyelia dari bilangan asal seramai 1200 orang yang beliau telah janjikan pada awalnya. Demikian dinyatakan oleh Syeikh Salem Al-Fallahaat, Muraqib Am Ikhwan Muslimin Jordan kepada Al-Jazeerah Net. Adapun pendirian Gerakan-gerakan Islam dalam menyertai pilihanraya-pilihanraya akan datang, ianya bergantung kepada keputusan-keputusan yang akan dibuat nanti. Gerakan Islam hanya memenangi 6 dari 110 kerusi yang dipertandingkan, berbanding 17 kerusi yang dimenani dalam Pilihanraya lalu. Kali ini mereka mengemukakan 22 orang calun. Nisbah pengundi yang keluar mengundi ialah 57% dari jumlah 2.4 juta orang pengundi. Kebiasaannya pilihanraya di banyak Negara-negara Arab dan Dunia ke 3 ialah untuk mengekalkan kuasa, melenyapkan pembangkang, mendapat keredhaan Kuasa-kuasa Besar melalui monopoli media dan kekayaan dalam negara dan penipuan dalam pilihanraya. Sebaliknya, pilihanraya di banyak Negara-negara Maju dan Barat ialah untuk memperbaiki manifesto dan polisi masing-masing yang bertanding, mendapat kepercayaan baru masyarakat melalui penglibatan semua pihak – pemerintah, pembangkang dan masyarakat – dalam media dan agensi dalam memberi pandangan dan membuat keputusan dan pilihanraya yang tenang, bersih dan telus. 

Satu Respons

  1. http://www.theage.com.au/news/business/truth-and-justice-are-no-longer-malaysian-way/2007/11/20/1195321781628.html

    Jazakallah ustaz for all the eye-opening writings. Teruskan menulis untuk tatapan orang jauh dan dekat. Barakallahu fik.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: