Umat Iraq : Diantara Amerika dan Syiah

Umat Iraq pada hari ini menanggung keperitan dari Penjajahan Amerika di satu pihak, dan dari kekejaman Kerajaan dibawah pimpinan Nuri Al-Maliki, seorang Syiah di satu pihak yang lain. Belum padam api penderitaan yang dialami semasa di bawah pemerintahan diktator Presiden Saddam Hussein yang berakhir tahun 2003 lalu, kini mereka terpaksa berhadapan dengan perlaksanaan perancangan jahat Zionis Antarabangsa tehadap bumi Iraq yang sedang cuba dijayakan melalui Penjajah Amerika dan bonekanya, Kerajaan Iraq Syiah. Wakil umat Islam Sunni, Parti Tawafuq (Persepakatan) telah mengambil keputusan untuk keluar dari Kerajaan Campuran pimpinan Nuri Maliki, kerana melihat beliau dan kuncu-kuncunya sedang melaksanakan satu agenda besar untuk meluaskan pengaruh Syiah di dalam negara Iraq. Setelah menguasai badan tentera dan keselamatan bersenjata Iraq, kini Syiah meluaskan cengkamannya di dalam kabinet dan institusi-institusi pengajian tinggi.
Di antara agenda dan tindakan Perdana Menteri Iraq, Nuri Al-Maliki, yang dilihat tidak selari dengan kepentingan umat Islam Iraq ialah :

    Memberikan sepenuh kebebasan kepada puak militia tidak resmi Syiah fanatik melakukan huru hara dan pembunuhan di dalam masyarakat Iraq, tidak bersungguh mengarahkan pihak keselamatan Iraq untuk menangkap atau membenteras aktivti puak-puak militia tersebut.Memandang ringan pembunuhan tokoh-tokoh Iraq yang dibunuh seperti para ulamak, tokoh masyarakat, professor di pelbagai universiti dan lain-lain. Sejak 2003, lebih dari 200 pakar akademik universiti di bunuh.Menolak cadangan Parti Tawafuq, yang mewakili majoriti kaum Sunnah di Iraq, untuk meletakkan jadual masa pengunduran askar-askar Amerika dari bumi Iraq.

    Setelah Parti Tawafuq keluar dari Kerajaan Nuri Maliki, di antara mereka adalah menteri di Kementerian Pengajian Tinggi, berlaku rombakan dan penindasan besar-besaran oleh Kerajaan terhadap kakitangan, pentadbiran pengajian, peluang-peluang dan sebagainya ke arah mendominasikan aliran dan puak Syiah di dalam sektor penting ini.

    Sering menghalang atau membantutkan usaha-usaha membersihkan sektor-sektor kerjaan dari bentuk-bentuk rasuah dan penyelewengan yang banyak berlaku.

    Menyambut pelbagai bentuk campurtangan Iran di dalam meluaskan pengaruhnya di dalam Iraq, walaupun pada zahirnya beliau menafikan.

Kesemua ini memberikan pengajaran kepada kita bahawa sebarang perubahan di dalam sesebuah negara sebaiknya ditentukan oleh penduduk di dalam negara itu sendiri tanpa campurtangan asing, apatah lagi penjajahan asing. Pada tahun 2003 dahulu, ramai umat Iraq, terutama golongan Syiah, yang menyokong pencerobohan Amerika ke atas Iraq kerana berharap untuk menamatkan penindasan yang sering dilakukan oleh Presiden Saddam Hussein (seorang Sunni). Sedangkan sepatutnya mereka memberi tumpuan berkerja keras berdakwah di dalam masyarakat demi menuju ke arah cita-cita tersebut, tanpa meletakkan harapan kepada tentera-tentera asing untuk menentukan nasib mereka. Sebarang tentera asing tidak akan datang melainkan dengan agenda mereka yang tersendiri. Tidakkah Allah swt berfirman bermaksud, “Yahudi dan Kristian tidak akan redha kepada kamu, sehinggalah kamu mengikut agama mereka”.

Satu Respons

  1. Salam Ustaz

    Negara2 Islam kini memang dah bercelaru. Gara2 rakyat dan pemimpinnya sendiri. Dalam otak ana sering timbul soalan masih ada lagi tak pemimpin Islam yang memimpin mengikut ajaran al-Quran dan sunnah, dan kalau mereka mengaku ya.. adakah mereka betul2 mengamalkannya.

    Sejak kebelakangan ini ana tertarik dengan cerita Presiden Iran Ahmadinejad.. baru-baru ni beliau diundang oleh Columbia University di New York utk ada sesi soal jawab dengan para akademik dan pelajar2 di situ ttg isu2 spt Holocaust, Sept 11 dan Nuclear energy dalam Iran. Seperti biasa, dah la di NY, akan ada ramai pembangkang terutamanya di kalangan pelajar Yahudi sendiri.

    Tapi daripada apa yang ana nampak dan dengar dari Presiden Ahmadinejad ni, walaupun dia tak menjawab soalan mereka secara direct (mungkin itu cara dia jawab soalan wallahu’alam), ana rasa apa yang beliau cuba sampaikan adalah benar dan kebanyakan orang di sana yang ada rasa ragu2 dan anggap beliau seorang penipu adalah kerana telah timbul rasa benci kepada Islam dari dulu lagi especially sejak Sept 11. Itu memang dah tak boleh nak buat apa dah melainkan dengan kuasa Allah untuk melembutkan hati mereka.

    Dan satu lagi ana observe, ini mungkin satu lagi daripada taktik Zionist untuk menjatuhkan Ahmadinejad dan Iran lebih kurang sama seperti mana yang telah dilakukan kepada Iraq. Daripada apa yang ana nampak: Lee Bollinger (president Columbia Uni)–>Columbia Uni—>US—>Musuh Islam (siapa lagi).

    Wallahu’alam Ustaz. Ana cuma observe sahaja. Tapi ana nak minta comment Ustaz tentang pemikiran ana ni, ie samada Presiden Iran sekarang boleh dikira sebagai pemimpin Islam yang masih cuba untuk menegakkan Islam yang sebenarnya ataupun sama sahaja seperti pemimpin2 lain yang hanya melemahkan lagi agama kita.

    Jzkk Ustaz, wassalam.

Tinggalkan komen