Tazkirah Pilihanraya Australia 24 Nov

 

Pilihanraya Australia 2007 berjalan dengan tenang Sabtu semalam, tenang seperti yang saya kenang dalam artikel Piliranraya : Antara Payung dan Kotak yang lalu. Hari ini Ahad, keluar keputusan Pilihanraya dengan tenang juga. Parti Liberal pimpinan Perdana Menteri 4 Penggal, John Howard tewas di tangan Parti Buruh pimpinan Kevin Rudd. Semasa saya hidup di Australia tahun-tahun 1980an dulu, Howard adalah Menteri Kewangan. Pastinya dia berpengalaman banyak dalam mengemudi ekonomi Australia. Ini terbukti selama 11 tahun menjadi Perdana Menteri, Australia mencapai rekod antara trbaik di dunia, dengan peningkatan ekonomi berterusan tanpa jatuh sekali pun. Ekonomi Australia yang sangat baik adalah modal Howard dalam berkempen pada kali ini. Kata Howard, “Kita nyatakan di depan Rudd bahawa kita mempunyai umat (nation) yang lebih kuat, lebih bangga dan lebih kaya dari keadaan umat kita 11 tahun lalu”. Howard mengikut telunjuk Presiden Bush dalam memerangi keganasan antarabangsa, termasuk menghantar askar Australia ke Afghanistan dan Iraq.

Dalam tazkirah pendek ini, saya tidak berhajat menyelami peranan sistem, perundangan dan umat Islam sejati dalam memberi kesejahteraan kepada dunia termasuk Australia. Tazkirah ini hanya bertujuan memahamkan kita erti peranan dan kepekaan umat manusia yang berbeza-beza. Di banyak aspek-aspek lain, sistem sekular seperti di Australia dan negara-negara lain, yang memisahkan agama dari perundangan negara telah banyak dan masih terus menerus menyebabkan manusia tidak hidup sejahtera dalam erti kata sebenar.

Sikap dan kematangan umat Australia dalam Pilihanraya harus menjadi contoh kepada umat di Dunia Ketiga, khusus umat Islam yang pernah menjadi pelopor erti kebebasan dan keadilan 1400 tahun yang lalu, ketika mana umat di Barat ditindas oleh gereja dan selepasnya sistem feudal. Hari ini mereka pula mengajar kita terutama pimpinan umat Islam erti kebebasan, demokrasi, keadilan, penyertaan bersama membuat keputusan, bertanggungjawaban (accountability) dan syura. “Demikian hari-hari (berlalu) Kami pergilirkan di antara manusia” (Ali Imran:140).

Alangkah jauh bezanya sikap. Dikala umat Australia hidup dalam kemewahan (ingat dompet saya tidak diambil sesiapa seperti Artikel lalu) dan diperingatkan oleh Howard tentangnya dalam kempen kali ini, kebanyakan pengundi Australia Sabtu kelmarin tidak terpengaruh kerana lebih peka kepada isu masadepan umat manusia seperti keterlibatan Australia memerangi Afghanistan dan Iraq, pemanasan bumi dan buruh mereka terdedah kepada ketidakadilan majikan kerana rang undang-undang yang dipelopori Howard, sedangkan dalam masa yang sama kita melihat ramai pengundi di negara umat Islam hari ini yang boleh dibeli undian mereka hanya dengan sekeping kain pelikat, sekampit beras, sekeping envelope berisi RM, sekeping jalan kampung bertar, sekali ubahsuai surau yang usang, pembinaan balairaya baru, melancung dalam negeri beberapa hari dan sebagainya.

Alangkah jauhnya beza dikala ramai umat Islam menentukan  pilihan mereka dalam Pilihanraya hanya dengan memikirkan soal masadepan ekonomi diri dan keluarga, umat Australia memikirkan nasib umat di dunia dan menghukum Howard kerana mengikut telunjuk Amerika dalam memerangi Afghanistan dan Iraq dan tidak menandatangani Pakatan Kyoto. Amerika adalah pengeluar asap dan pencemaran udara terbesar di dunia dari kilang-kilang perindustrian mengakibatkan lapizan Ozon di udarakasa semakin nipis dan menaikkan suhu dunia. Sepatutnya umat Islam, samada di negara-negara Arab, Melayu, Indo-Pakistan, yang rata-rata hidup lebih dekat dengan Khatulistiwa yang lebih panas lebih bangkit dan lebih peka. Perdana Menteri baru, Kevin Rudd berjanji akan segera menandatangani Pakatan Kyoto dan dia sendiri akan mengetuai delegasi Australia ke Persidangan PBB di Bali mengenai isu pemanasan global. Isunya di sini adalah kepekaan an keterlibatan umat dan warganegara dalam mendengar, menilai dan membuat pilihan dalam sesuatu Pilihanraya Umum samada segala isu di dalam atau di luar negara. Bukankah Rasulullah saw mengajar umat Islam erti peka dan peduli?  Sesiapa yang tidak ambil peduli tentang urusan umat Islam, dia bukan dari kalangan mereka”.[Hadis]

Alangkah jauh bezanya dikala setelah tamat Pilihanraya dan keputusan diumumkan, mereka mengucapkan syabas kepada parti yang menang yang diberi kepercayaan oleh rakyat, dengan prinsip bahawa parti mana sahaja yang menang dan bakal memerintah adalah demi kepentingan rakyat jua, sedangkan di banyak negara umat Islam, parti yang memerintah jarang berprinsip sedemikian. Berkata Firaun, “Aku tidak memberi kamu menonton (maklumat) melainkan apa yang aku pilih. Aku tidak memimpin kamu melainkan ke jalan yang baik (tidak perlu kepada alternatif lain)” (Ghafir:29). Alangkah … alangkah jauhnya beza mentaliti, sikap, perangai, jatidiri, niat, makna patriotik dan lain-lain pengertian kemanusiaan.

Lihatlah sekali lagi artikel lalu saya bertajuk Pilihanraya : Antara Payung & Kotak. Ia ditulis pada 18.11.2007, tepat seminggu sebelum berjalannya Pilihanraya Australia dan keluar keputusannya hari ini. Penulis berani membuat analisa dan andaian (bukan telekan atau ketetapan) yang akan berlaku diaspek kepekaan umat Australia dan pergiliran parti yang berkuasa, kerana semua perjalanan umat manusia adalah mengikut Sunnah Allah yang tidak akan berubah. Pergiliran kepimpinan, kebebasan, keadilan dan semua kualiti sesebuah umat hanya akan dicapai oleh umat yang hidup, sedar, peka dan mengutamakan maslahah awam mengatasi maslahat diri. Di sini peranan kita dan pendakwah dalam mendidik umat ke arah hidup menghayati prinsip-prinsip. “Kamu tidak akan dapati Sunnah Allah berubah” (Al-Ahzab:62).

Sesungguhnya membina Umat, mentarbiyah (mendidik) masyarakat, mencapai cita-cita, memenangkan prinsip-prinsip memerlukan kepada umat yang berusaha ke arah mencapainya atau kumpulan yang berdakwah kepadanya, sekurang-kurangnya mempunyai kekuatan jiwa yang besar, dalam perkara-perkara berikut :

(1) Kemahuan yang kuat tanpa diresapi rasa lemah,
(2) kesetiaan yang berkekalan tanpa diresapi kemahuan untuk berpaling,
(3) pengorbanan yang mulia tanpa sifat tamak atau bakhil,
(4) tahu prinsip, yakin dan menghormati prinsip tersebut yang boleh menjaga dari silap, menyeleweng, bertolak ansur atau tertipu
” (Hasan Al-Banna, pengasas jemaah Ikhwan Muslimin 1928).

Kepada Allah jua kita memohon taufiq dan hidayahNya, semoga Dia menunjukkan JalanNya dan meneguhkan kita diatas jalan tersebut. “Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh berjuang untuk Kami, Kami akan tunjukkan Jalan-jalan Kami. Dan sungguh Allah bersama-sama dengan orang-orang yang membaiki (masyarakatnya)” (Al-Ankabuut:69). Wabillahi Taufiq.

Ustaz Halim Australia

 <Utusan 25.11.2007>

SYDNEY 24 Nov. – Perdana Menteri John Howard akhirnya terpaksa menerima kekalahannya hari ini dengan meninggalkan Australia dalam keadaan ekonomi yang cemerlang tetapi berhadapan dengan isu sosial yang meruncing.

Howard yang menggambarkan dirinya sebagai seorang yang berpegang kepada dasar ekonomi yang liberal tetapi masih teguh dengan fahaman sosial yang konservatif telah memenangi pilihan raya sebanyak empat kali sejak Mac 1996.

Kemenangan beliau sebelum ini banyak disumbangkan kepada rekod pengurusan ekonomi yang cemerlang serta ketegasan dalam hal-hal berkaitan dengan keselamatan negara serta pendatang asing.

Beliau seterusnya menjalinkan hubungan rapat dengan Amerika Syarikat (AS) dengan menghantar tentera ke Afghanistan dan Iraq serta campur tangan dalam hal negara-negara bermasalah di Kepulauan Pasifik.

“Saya meninggalkan pejabat Perdana Menteri dengan sebuah negara yang lebih hebat dan makmur,” kata beliau selepas mengaku kalah dalam satu pengumuman yang disiarkan di seluruh negara.

Benih kekalahan Howard, bagaimanapun telah bermula sejak beliau memenangi pilihan raya pada 2004 yang juga kemenangan keempat sepanjang menjadi Perdana Menteri.

Ini menjadikan beliau Perdana Menteri paling berkuasa dalam tempoh 25 tahun dan membenarkan beliau meluluskan agenda di Parlimen tanpa sebarang tentangan.

Terpengaruh dengan mandat yang diberi, beliau mula melancarkan pembaharuan dalam undang-undang pekerjaan Australia yang membenarkan para majikan membuang pekerja dengan lebih mudah serta memperkenalkan kontrak kerja secara individu berbanding penganugerahan berdasarkan kesatuan pekerja.

Perubahan ini merupakan sesuatu yang tidak popular di kalangan para pekerja sehingga mencetuskan protes dan kempen besar-besaran kerana ia menjejaskan peluang pekerjaan serta mengakibatkan gaji semakin rendah.

Ia juga merupakan `batu loncatan’ kepada para pengundi yang merasa tidak berpuas hati ketika peluang pekerjaan semakin kurang dan kadar faedah gadai janji perumahan pula kian meningkat.

“Howard mungkin berjaya dalam pengurusan ekonomi tetapi membuat kesilapan besar kerana menyemat perasaan tidak selamat di kalangan rakyat pada masa mereka sedang menikmati kekayaan ekonomi,” kata seorang penganalisis politik, Nick Economou.

Pada ketika Howard memenangi pilihan raya pertamanya pada 1996 beliau meminta agar rakyat Australia bersikap tenang dan selesa tentang kedudukan negara itu di peta dunia.

Beliau telah berjaya meningkatkan perdagangan dengan China dan Japan serta mempunyai hubungan rapat dengan Indonesia sebuah negara Islam terbesar di dunia selain menjadi wira dalam mempromosi perjanjian perdagangan bebas.

Namun keakraban politik dan peribadi dengan Presiden AS, George W. Bush yang digambarkan media sebagai “timbalan sherif” di rantau ini telah merosakkan segala yang dibinanya selama ini.

Menurut analisis polisi luar yang dijalankan oleh Institut Lowy, keputusan Howard untuk menyertai AS dalam perang di Iraq pada 2003 merupakan satu kesilapan besar dalam polisi antarabangsa dan diikuti dengan keengganan beliau mengiktiraf Protokol Kyoto dalam isu perubahan iklim.

Sokongan yang diberikan oleh beliau dalam soal kemerdekaan Timor Timur dari Indonesia serta keputusan menghantar 5,000 tentera bagi mengawal keadaan selepas kemerdekaan pada Timor Timur pada 1999 turut menjejaskan kredibiliti beliau.

Ketegasan Howard dalam menangani pendatang asing yang ditempatkan di kem tahanan imigresen telah mendapat bantahan dan kritikan dari kumpulan hak asasi manusia.

Pihak berkuasa imigresen turut terlibat dalam beberapa kejadian memalukan apabila menghantar atau menahan beberapa rakyat Australia yang disyaki sebagai pendatang tanpa izin.

Malah Howard turut menimbulkan kemarahan Orang Asli apabila enggan meminta maaf atas ketidakadilan masa lampau selain gesaan yang sama supaya pergeseran antara Orang Asli dan masyarakat Australia dapat dipulihkan.

Reuters BRISBANE

(Reuters) – Australia‘s incoming Labor Prime Minister Kevin Rudd, a Mandarin-speaking former diplomat, has pledged closer ties with key friends and allies after sweeping away 11 years of conservative rule under John Howard.

Rudd, 50, presented himself as a new generation leader by promising to pull around 500 frontline Australian troops out of Iraq and sign the Kyoto Protocol on climate change, further isolating Washington on both issues.“To our friends and allies around the world, I look forward as the next Prime Minister of Australia to working with them in dealing with the great challenges which our world now faces,” he told cheering supporters at a victory party late on Saturday.“We extend our greetings tonight to our great friend and ally the United States, to our great friends and partners across Asia and the Pacific, and to our great friends and partners in Europe and beyond.”The surge to Labor left Howard battling to win even his own parliamentary seat, which he has held since 1974, putting him in danger of becoming the first prime minister since 1929 to lose his constituency.“King Kevin the new conqueror,” said the Sun-Herald newspaper in Howard’s home town of Sydney on Sunday. “It’s Labor in a Ruddslide,” said the Australian national newspaper.At least four and possibly six government ministers, including Howard, looked likely to be ejected after a swing of more than six percent across the nation, bringing only the sixth change of government since World War Two.

Election analyst Antony Green predicted Labor would win up to 86 seats in the 150-seat parliament, giving it a majority for the first time since it lost power to Howard in 1996.Rudd is expected to forge closer ties with China and other Asian nations and has said he wants a more independent voice in foreign policy, with past Labor governments more supportive of an energetic United Nations and global organizations.Rudd promised to sign the Kyoto climate pact immediately and lead his country to next month’s UN climate summit in Bali, expected to kick-start talks on a post-Kyoto deal to slash greenhouse gas emissions globally.But Labor could be frustrated by a hostile Senate (upperhouse), where the conservatives will have sway until July next year, possibly frustrating Rudd’s Kyoto plan and promise to dump unpopular government labor laws which propelled his victory.Centre-left Labor will have to negotiate with diverse minor Senate parties including the left-leaning Australian Greens and the conservative, Christian values Family First party.In a message of unity, Rudd promised to govern for all Australians, including migrants and the poor.“Today the Australian people have decided that we as a nation will move forward,” Rudd, flanked by his wife Therese and family, told around 1,000 wildly cheering home supporters at a football stadium in the tropical northern city of Brisbane.

The election was fought mainly on domestic issues, with Labor cashing in on anger at labor laws and rising interest rates which put home owners under financial pressure at a time when Australia’s economy is booming.“Like Howard, he will quickly attempt to secure his administration with the fortress of institutional and cultural change. In short, Australia will shift to the left,” said the Bulletin news magazine.“Rudd will have to open negotiations soon with the United States about the withdrawal of Australia‘s combat troops from Iraq. This is a delicate operation because it will be Labor’s first testing of the alliance,” veteran political commentator Michelle Grattan wrote in the Sun-Herald. President George W. Bush congratulated Rudd on his election victory, and praised Howard’s leadership. “The United States and Australia have long been strong partners and allies and the president looks forward to working with this new government to continue our historic relationship,” the White House said in a statement. Howard, who had won four consecutive elections and held power for 11 years, conceded his government had lost power in front of a crowd of supporters in Sydney late on Saturday, saying he took full personal responsibility for the defeat. “This is a great democracy and I want to wish Mr Rudd well,” Howard said. “We bequeath to him a nation that is stronger and prouder and more prosperous than it was 11-1/2 years ago.”

The result puts Labor in power nationally and in all of Australia’s six states and two territories, with the lord mayor of the northern city of Brisbane now the senior ranking elected official in Howard’s Liberal Party. Howard, who on Sunday went for his regular morning walk in the wake of defeat, had won four consecutive elections and was Australia’s second-longest serving prime minister behind Liberal Party founder Sir Robert Menzies. (Editing by Richard Williams)

3 Respons

  1. slm…
    btul ckap ustaz halim 2
    sokong2…

  2. I miss my days in Australia.
    Where you can see people can freely and professionally express their concerns and criticize without being blacklisted for having different opinions.

    The issues that are being discussed around are BIG issues. Kita boleh lihat, rata-rata rakyat di Australia are aware and well educated on the issues in their country.
    Isu Refugee Camp M1, Isu Discrimination, Isu Aborigines, Isu Alam Sekitar, Isu Perang di Iraq, Isu Palestin, Isu Polisi Pendidikan..
    Debates and open discussions are everywhere.

    Kalau di Malaysia, mahasiswa pun majoritinya sibuk bercerita tentang artis, berfoya-foya, lepak bersama kawan, atau terlalu sibuk dengan pelajaran sampai tak sedar persekitaran.

    Kajian baru-baru ini, mahasiswa di Malaysia di sepanjang tahun-tahun pengajian hanya membaca 20 buku (di luar buku akademik rasmi). Tapi kalau Australia dalam 180 buku.
    Jadi, kita boleh menganggar “information gap” yang ada di kalangan mahasiswa Malaysia dan Australia.

    In Australia, they are so mobile and independent. You can even see people with parkinson disease, terketar-ketar menaiki kerusi roda elektronik untuk pergi ke universiti. Atau orang yang lumpuh, menaiki bas untuk membeli-belah sendiri. Di dalam TV, ada rancangan tentang golongan OKU, bertajuk “No Limit”. Kemudahan awam di Australia semuanya “disabled friendly”. Bangunan-bangunan private dan awam, bas, tram, tandas, taman-taman rekreasi, tempat melintas jalan raya ada ramp, and even camp site pun ada kemudahan untuk OKU.
    Kalau di Malaysia, kita lebih disogok dengan rancangan “Bersamamu”.

    Saya ingin mengungkap balik apa yang dikatakan oleh isteri Tans Sri Hassan Merican, President PETRONAS. Beliau merupakan orang yang giat melakukan kerja-kerja amal, dia berkata, “kadangkala apabila saya melawat golongan yang kurang bernasib baik ini, saya berasa marah kepada mereka. Saya tahu bahawa mereka hidup dalam keadaan miskin dan dhaif, tetapi ini tidak bererti mereka boleh biarkan diri mereka hidup dalam kekotoran dan bersepah-sepah.”
    Beliau berkata begitu, kerana terkilan dengan sebahagian orang, despite of getting help from others, mereka tidak bersikap pembersih atau pengemas, walaupun hidup dalam keadaan susah.

    It’s the truth. DISABILITY IS JUST A STATE OF MIND!

    Saya lebih berani berjalan berseorangan pulang dari Uni ke rumah, berbanding berjalan di jalan terang benderang di Kuala Lumpur. There is one experience, I dropped my handphone, and it was being returned back by a guy who works in a pub!!

    Mereka yang non-muslim lebih memaparkan sikap sebagai seorang Muslim. Benarlah hikmah itu adalah barang yang hilang daripada Muslim, maka mari berlumba mengamalkan islam sebenar agar Allah mengembalikan hikmah yang hilang.
    Refer Surah An Nur: 55.

  3. Thank you for providing us with this info….
    very good your blog..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: