UMAT PALESTIN vs ANNAPOLIS2007

annapolis2007.jpg

Baki 14 bulan terakhir Presiden Bush

 

“Sidang Damai” isu Palestin di Annapolis sedang berjalan sekarang. Israel melalui Gerakan Zionis Antarabangsa menguasai ekonomi, politik dan ketenteraan dunia┬átermasuk Amerika, Eropah, Rusia dan banyak negara-negara lain. Israel dan Amerika yang telah sampai ke tahap tersebut boleh memeteri apa sahaja perjanjian-perjanjian tetapi tidak perlu atau tidak boleh dipaksa melaksanakannya. Perlaksanaan memerlukan penguatkuasaan, sedang penguatkuasaan resmi PBB di dunia hari ini milik mereka melalui Kuasa Veto. Oleh kerana itu Perjanjian Oslo, Perjanjian London, Perjanjian Madrid dan lain-lain yang dimeteri oleh Yasser Arafat dengan Shamir, Rabin, Netanyahu, Peres dan perdana-perdana menteri Israel yang lain kesemua menjadi bahan ketawa mereka di balik tabir. Teruskan membaca