UMAT PALESTIN vs ANNAPOLIS2007

annapolis2007.jpg

Baki 14 bulan terakhir Presiden Bush

 

“Sidang Damai” isu Palestin di Annapolis sedang berjalan sekarang. Israel melalui Gerakan Zionis Antarabangsa menguasai ekonomi, politik dan ketenteraan dunia termasuk Amerika, Eropah, Rusia dan banyak negara-negara lain. Israel dan Amerika yang telah sampai ke tahap tersebut boleh memeteri apa sahaja perjanjian-perjanjian tetapi tidak perlu atau tidak boleh dipaksa melaksanakannya. Perlaksanaan memerlukan penguatkuasaan, sedang penguatkuasaan resmi PBB di dunia hari ini milik mereka melalui Kuasa Veto. Oleh kerana itu Perjanjian Oslo, Perjanjian London, Perjanjian Madrid dan lain-lain yang dimeteri oleh Yasser Arafat dengan Shamir, Rabin, Netanyahu, Peres dan perdana-perdana menteri Israel yang lain kesemua menjadi bahan ketawa mereka di balik tabir. Yaser Arafat melaksanakannya. Yahudi tak payah laksanakan dan memang tak berhasrat pun. Amerika, Rusia dan lain-lain Kuasa-kuasa Besar yang kononnya “barisan Penaung” “sidang-sidang damai” akan tersenyum berpeluk tubuh melihat Palestin menagih-nagih perlaksanaan keputusan “Sidang-sidang Damai”. Gula-gula atau resolusi-resolusi yang sering  dijanjikan adalah seperti “Negara Palestin”, “Jerusalem ibu negara Palestin”, belanjawan, hak sana, hak sini dan sebagainya.

Sekali-kali tidak akan mereka laksanakan. Bahkan Israel, Amerika, CNN dan lain-lain terus komited memanggil (sepatutnya) Kerajaan Palestin hanya dengan istilah “The Palestinian Authority” atau pihak berkuasa rakyat Palestin. Hakikat badan dan peranannya ialah satu pasukan polis yang mesti mematahkan sebarang cubaan mengganggu penduduk Yahudi dan membentaras gerakan-gerakan memerdekakan Palestin Yang Dijajah seperti HAMAS, Jihad Islami dan lain-lain. Penegakkan negara “Israel Raya” dari Sungai Nil ke Sungai Furat mesti ditegakkan segera diatas runtuhan negara-negara Palestin, Mesir, Saudi, Jordan, Syria dan Iraq. Ini kaedah umum dan dasar yang dipakai oleh New World Order (Susunan Baru Dunia) pada hari ini.

Masa sangat penting pada umat Islam maupun pada musuh-musuhnya. Israel perlu masa untuk meyahudikan Palestin melalui projek membina taman-taman perumahan baru (Jewish Settlements), menyerikkan umat Palestin supaya mereka berhijrah ke negara lain, memiskinkan mereka supaya tidak mampu bangun melawan dan sebagainya.

Adapun taktik-taktik kecilan untuk membeli masa.yang sering digunapakai oleh Israel dan Amerika ialah “Sidang Damai Penutup”. Maknanya sidang damai yang dilakukan diakhir tempoh seorang presiden atau perdana menteri yang mana selepas dia bersara, dia tak ada kaitan apa dengan persidangan tersebut, jauh sekali hendak memastikan perlaksanaan atau penguatkuasaan keputusan-keputusan persidangan. Contohnya banyak sekali, diantaranya ialah sidang Clinton (US) – Peres (Israel) – Yaser Arafat (Palestin) yang dimunkiri oleh Israel tetapi Clinton dah bersara dan tidak berbuat apa-apa. Begitu juga sidang Clinton (US) – Rabin (Israel) – Yaser Arafat (Palestin) yang dimunkiri Israel tetapi Rabin telah tewas di tangan Natanyahu yang tidak mahu melaksanakan apa jua bentuk resolusi. Kali ini sidang Bush (US) – Olmert (Israel) – Ketua atau wakil Arab yang akan menyaksikan kemunkiran semua bentuk resolusi dan Bush hanya mampu memerhatikan sahaja sebab dia telah bersara selepas 14 bulan nanti.

Kalau begitu kenapa dibuat persidangan? “Sidang Damai” pada Israel, Amerika, Eropah dan Rusia ialah janji atau tawaran gula-gula “Negara Palestin”, “pulangkan balik Tebing Barat dan Gaza yang dijajah pada tahun 1967”, belanjawan bilion dan ratusan juta Dollar Amerika dan lain-lain dengan syarat semua pihak berjanji untuk membenteras HAMAS, Jihad Islami, Batalion Syuhadak Al-Aqsa dan semua bentuk gerakan memerdekakan Palestin dan mengacaubilau keamanan penduduk Yahudi.  Apa yang berlaku, perlaksanaan membenteras ini mesti dilakukan sebaik apa-apa Sidang Damai tamat untuk beberapa bulan atau tahun. Ramai mujahideen di tangkap atau dibunuh, sejata di rampas, maklumat dan rahsia disalurkan kepada Israel dan diakhirnya Israel memunkiri janjinya kerana tidak berpuas hati perlaksanaan dipihak Arab kerana setelah beberapa tahun, masih ada penentangan di sana dan di sini. Dengan kata lain, sebaik Sidang Damai Annapolis hari ini selesai, umat Palestin akan lebih merana dizalimi oleh semua pihak selama 14 bulan Bush memerintah dan tahun-tahun selepasnya. Selepas itu, kita akan dihidangkan sekali lagi dengan jamuan “Sidang Damai” dan susulannya dalam usaha Yahudi membeli masa menuju cita-cita Israel Raya.

2 Respons

  1. Aslmkm
    Ya Allah…. Bantulah kami, tiada tpt yg lain kcualiMu utk kami mengadu…..

    Ana mntk izin utk sebarkan artikel ust ni.
    Syukran.
    wslm

  2. Silakan sebar kepada sekelian umat demi masadepan Islam mereka. Tiada copyright pada blog Ini Jalanku asalkan diletakkan rujukan nya sekali bersama artikel tersebut.

    Namun begitu Islam mengiktiraf copyright atau diistilahkan sebagai Harta Intelek seseorang atau syarikat. Perbahasannya panjang, sila rujuk thesis masters kawan saya semasa di Mesir, Ustaz Suhaimi Yahya, sekarang pensyarah UIA atau artikel2 yang berkaitan.

    Moga Allah ganjari niat dan usaha saudara yang bertepatan dengan hadis, “Sampaikanlah dari aku (kepada sekelian manusia) walau sepotong ayat”. Jzkk.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: