30 wanita Malaysia jadi mangsa sindiket dadah

Rupanya bukan Raja Munirah sahaja yang menjadi mangsa sindiket ekspot dadah antarabangsa. Ada 30 orang lagi yang sama nasib dimana diperalatkan tolong membawa beg tapi sebenarnya berisi dadah, kemudian terpaksa merengkok didalam penjara kerana tertangkap di airport. Buat saudara, khususnya saudari, berhati-hati memilih teman, apatah lagi yang baru dikenali tanpa jelas latarbelakangnya. Teruskan membaca

Isu Iklim: Bush tetap menentang

Dalam banyak perkara, keputusan diambil berdasar suara terbanyak. Ini termasuk di PBB sendiri. Kita sering saksikan undian dibuat di Majlis Keselamatan dan lain-lain agensi dunia yang kemudiannya jatuh wajib dipatuhi oleh sesebuah negara. Namun khusus bagi Amerika, perkara adalah berbeza dalam PBB. Terserahlah kepada Amerika untuk buat keputusan sendiri. Teruskan membaca

Tentera Australia di Iraq berundur Jun ini

Sebaik memenangi Pilihanraya lalu dan menjadi Perdama Menteri baru, Kevin Rudd akan menunaikan janjinya dalam kempen iaitu menarik pulang tenteranya dari Iraq. Ini sudah tentu bertentangan dengan hasrat, bahkan menjatuhkan maruah Amerika, sebuah Kuasa Besar pada hari ini. Namun rakyat memilihnya berdasarkan janji dan manifesto beliau. Hakikatnya di sini ialah, kelantangan rakyat yang peka adalah lebih digeruni oleh pemerintah berbanding Kuasa Besar. Sebaliknya jika rakyat leka, tak kisah Teruskan membaca

Syeikh Izzuddin Qassam Dlm Kenangan

Pada 20.11.2007 yang lepas, genap 72 tahun Syeikh Izzuddin Al-Qassam syahid dalam Pertempuran Yakbad, Palestin ditangan Penjajah Inggeris dan Yahudi. Beliau adalah seorang pemimpin mujahideen terulung yang menentang penghijrahan terancang Yahudi ke Palestin yang dilakukan oleh Penjajah British di awal Abad 20 dalam strategi menubuhan negara haram “Israel” pada tahun 1947. Syeikh Izzuddin dilahirkan pada tahun 1882 di Jibillah, Syria. Beliau pernah berguru dari tokoh pejuang terkenal di Mesir, Syeikh Muhammad Abduh semasa beliau menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir. Teruskan membaca