30 wanita Malaysia jadi mangsa sindiket dadah

Rupanya bukan Raja Munirah sahaja yang menjadi mangsa sindiket ekspot dadah antarabangsa. Ada 30 orang lagi yang sama nasib dimana diperalatkan tolong membawa beg tapi sebenarnya berisi dadah, kemudian terpaksa merengkok didalam penjara kerana tertangkap di airport. Buat saudara, khususnya saudari, berhati-hati memilih teman, apatah lagi yang baru dikenali tanpa jelas latarbelakangnya.

K. LUMPUR 1 Dis.– Kes wanita Malaysia jadi mangsa diperalatkan sindiket pengedaran dadah antarabangsa semakin meningkat dan tahun ini sahaja sebanyak 30 orang ditahan dan kini merempat di penjara beberapa negara asing.

Pengarah Jabatan Narkotik Bukit Aman, Datuk Bakri Zinin berkata, kes seumpama itu bukan sahaja meninggalkan kesan mendalam kepada mangsa malahan tekanan kepada ibu bapa dan keluarga mereka kerana hukuman bagi kesalahan itu kebiasaannya amat berat termasuk hukuman mati.

Bercakap kepada Bernama di sini, beliau berkata, walaupun telah banyak ingatan dibuat menerusi media, kes melibatkan wanita Malaysia berumur antara 20-an dan 30-an diperalatkan sindiket dadah terus berulang.

“Tahun ini sahaja 30 kes seumpama itu yang melibatkan wanita tempatan dikesan. Terbaru pada Oktober sahaja, tiga lagi wanita tempatan yang bertindak sebagai drug courier (pembawa dadah) bagi menyeludup dadah sama ada secara sedar atau tanpa sedar ditahan di dua buah negara,” katanya.

Dua daripada wanita itu ditahan di Caracas, Venezuela manakala seorang di Australia dan risikan mendapati wanita terbabit diperdaya oleh lelaki Nigeria dan Iran untuk menyeludup dadah ke negara berkenaan.

Katanya, daripada jumlah itu, wanita Melayu adalah yang tertinggi ditahan iaitu 15 orang manakala India (tujuh), Cina (enam) dan kaum lain (2).

Bakri berkata, daripada 30 tangkapan itu, sembilan daripada mereka ditahan di Peru, enam (Argentina), lima (China), empat (Australia), lima (Venezuela) manakala seorang di Jepun.

Mereka ditahan setelah didapati membawa dadah jenis kokain, ephedrine, methamphetamine, syabu dan heroin.

“Sejumlah 86.5 kilogram dadah dirampas dan yang paling berat pernah dibawa ialah dadah jenis kokain seberat 10 kilogram di Argentina,” kata Bakri.

Beliau berkata, polis Malaysia menghadapi kesukaran membantu siasatan kes seumpama itu walaupun ada desakan daripada keluarga.

– Bernama

2 Respons

  1. salam. ana suka entry ustaz pasal raja munirah itu. minta copy boleh?

  2. Dunia hanya memperalat wanita, dengan Islam sahaja wanita akan terbela, dengan Islam sahaja ketelusan dan kelembutan wanita akan dihormati. Wanita janganlah kau diperdaya lagi, carilah Islam dakapinya agar kau menjadi muslimah, perhiasan dunia terindah..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: