Isu Iklim: Bush tetap menentang

Dalam banyak perkara, keputusan diambil berdasar suara terbanyak. Ini termasuk di PBB sendiri. Kita sering saksikan undian dibuat di Majlis Keselamatan dan lain-lain agensi dunia yang kemudiannya jatuh wajib dipatuhi oleh sesebuah negara. Namun khusus bagi Amerika, perkara adalah berbeza dalam PBB. Terserahlah kepada Amerika untuk buat keputusan sendiri.

WASHINGTON 30 Nov. – Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush tetap menolak Protokol Kyoto di Bali, Isnin ini. Beliau dilaporkan tetap menentang sebarang sekatan antarabangsa bagi mengurangkan pengeluaran gas karbon menjelang satu sidang kemuncak mengenai iklim dunia di pulau Bali, Indonesia Isnin ini. AS kekal sebagai sumber pencemaran utama dunia.

Menurut Bush, pengurangan jumlah gas rumah hijau yang dibebaskan perlu dikurangkan tetapi bukan dengan mengancam perkembangan ekonomi AS.

“Jaminan bekalan tenaga dan perubahan iklim adalah antara cabaran utama kini.

“AS tidak mengambil mudah cabaran ini dan akan berdepan dengan perubahan cuaca melalui peraturan, kerjasama swasta-awam, imbuhan dan pelaburan besar dalam teknologi baru,” katanya sambil menekankan tidak akan menerima kekangan terhadap jumlah gas hijau yang dibebaskan AS.

Bush juga dijangka akan menyarankan Bali road map yang lebih umum dan tanpa halangan bagi menggantikan Protokol Kyoto yang akan tamat pada 2012.

Sidang kemuncak mengenai pemanasan global anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu dijangka dihadiri wakil kerajaan dari 172 negara yang telah menandatangani protokol tersebut.

Pentadbiran Bush sebelum ini turut menegaskan Protokol Kyoto sebagai ‘dipenuhi kecacatan’ yang akan merencatkan pertumbuhan ekonomi AS.

– AFP

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: