Syeikh Izzuddin Qassam Dlm Kenangan

Pada 20.11.2007 yang lepas, genap 72 tahun Syeikh Izzuddin Al-Qassam syahid dalam Pertempuran Yakbad, Palestin ditangan Penjajah Inggeris dan Yahudi. Beliau adalah seorang pemimpin mujahideen terulung yang menentang penghijrahan terancang Yahudi ke Palestin yang dilakukan oleh Penjajah British di awal Abad 20 dalam strategi menubuhan negara haram “Israel” pada tahun 1947. Syeikh Izzuddin dilahirkan pada tahun 1882 di Jibillah, Syria. Beliau pernah berguru dari tokoh pejuang terkenal di Mesir, Syeikh Muhammad Abduh semasa beliau menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir. Kerana perjuangannya menentang Penjajahan Perancis di Syria, beliau dihukum mati lalu beliau mengambil keputusan berhijrah ke Haifa, Palestin. Pada tahun 1927, beliau menubuhkan pejabat cawangan pertubuhan Shubban Muslimin dimana beliau sendiri dipilih untuk menerajuinya. Di Palestin, beliau giat mengajar di sekolah, masjid disamping menyedarkan umat Islam akan ancaman pendatang Yahudi yang semakin ramai bilangannya dari hari ke sehari, mengobarkan semangat Jihad dan membentuk pendokong-pendokong yang menhayati akhlak Islam dan mahir dalam operasi ketenteraan.

Di antara cara Syeikh Izzuddin Al-Qassam mendidik dan mempersiapkan pejuang-pejuang Islam ialah dengan (1) membuat hubungan baik dengan semua orang Islam, (2) Menanam rasa kasih sayang sesama Islam. Ini penting dalam menentang usaha-usaha Yahudi dan Penjajah yang kuat menyebarkan bibit-bibit perpecahan dalam masyarakat, (3) Mengajak orang yang baik dan berpotensi ke rumah untuk memahamkan dan mengajak mereka menyelamatkan bumi Palestin, dan (4) meyakinkan masyarakat rasa tanggungjawab membebaskan Palestin terletak di atas bahu mereka. Operasi-operasi beliau bersama para mujahideen telah berjaya membunuh ramai Yahudi diberbagai lokasi.

Pada tahun 1931, apabila operasi British mengepung pergerakan Syeikh Izzuddin Al-Qassam semakin memuncak, beliau yang pada ketika itu berumur 60 tahun, keluar pada satu malam dengan mengenakan pakaian pejuang setelah menanggalkan pakaian tokoh agama. Dia mengumpulkan anak isterinya, mengingatkan mereka kembali akan niat perjuangannya dan berharap dapat bertemu mereka semual di Syurga. Pada 20 November 1935 setelah pertempuran sengit berlaku, Syeikh Izzuddin Al-Qassam bersama dua pejuang lain gugur syahid. Jenazahnya yang berlumuran darah dibawa pulang ke kampungnya oleh ribuan umat Palestin. Pada hari ini nama beliau terus dikenang oleh sejarah perjuangan Islam moden dan melalui sayap ketenteraan gerakan HAMAS (yang sedang memimpin Kerajaan Palestin hari ini) yang diberi nama Kata’ib (Batalion-batalion) Izzuddin Al-Qassam, sebuah gerakan jihad yang terbesar dan paling digeruni oleh Amerika, Eropah, Israel, Rusia dan Persidangan Annapolis2007 yang sedang berlangsung pada hari ini.

“DI kalangan orang-orang beriman, ada mereka yang membenarkan apa yang mereka janjikan kepada Allah. Sebahagian mereka telah syahid dan sebahagian lagi masih menunggu, sedang mereka sedikit pun tidak mengubah (janji mereka)” (Al-Ahzab:23).

4 Respons

  1. Bagaimana kalau golongan di dalam gerakan-gerakan sendiri yang berpecah..bercakaran sesama gerakan?

  2. mintak izin ust nk repost

  3. assalamualaikum ustaz…mohon izin copy

  4. Assalamulaikum..

    mohon izin copy..satu info yang berguna.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: