Tentera Australia di Iraq berundur Jun ini

Sebaik memenangi Pilihanraya lalu dan menjadi Perdama Menteri baru, Kevin Rudd akan menunaikan janjinya dalam kempen iaitu menarik pulang tenteranya dari Iraq. Ini sudah tentu bertentangan dengan hasrat, bahkan menjatuhkan maruah Amerika, sebuah Kuasa Besar pada hari ini. Namun rakyat memilihnya berdasarkan janji dan manifesto beliau. Hakikatnya di sini ialah, kelantangan rakyat yang peka adalah lebih digeruni oleh pemerintah berbanding Kuasa Besar. Sebaliknya jika rakyat leka, tak kisah, fikir hanya nasib diri dan keluarga sendiri semata-mata, pengecut dan lain-lain sikap negatif, maka negara sendiri akan terdedah kepada penindasan Kuasa Besar dan pemimpin pula rela dicucuk hidung oleh Kuasa Besar dan bermunafik di depan rakyat. Malangnya, ini banyak berlaku di banyak negara hari ini.

SYDNEY 30 November – Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd hari ini berkata akan mengundurkan 550 orang tenteranya yang kini berada di Iraq selewat-lewatnya pertengahan tahun depan. Tindakan itu selaras dengan beliau ketika pilihan raya umum baru lalu akan membawa pulang pasukan tentera negara itu sekiranya memenanginya.

Bagaimanapun katanya, sebilangan tentera Australia termasuk pasukan keselamatan akan ditinggalkan di Baghdad bagi mengawal kedutaan di sana.

‘‘Tentera negara ini yang berperang di Iraq dijangka dapat pulang pada pertengahan tahun depan.

‘‘Perbincangan dengan Amerika Syarikat (AS) belum diadakan lagi berkaitan perkara ini tetapi akan dilakukan dalam masa terdekat,’’ katanya ketika ditemuramah stesen radio Melbourne hari ini.

Terdapat kira-kira 1,500 tentera Australia yang dihantar ke luar negara untuk menyertai misi ketenteraan. Daripada jumlah itu hanya 550 orang tentera sahaja yang berada di selatan Iraq.

Sementara itu, duta AS, Robert McCallum berkata, Washington akan menjalin kerjasama dengan pemimpin Australia yang baru bagi membincangkan rancangan untuk membawa pulang askar dari Iraq.

‘‘Keadaan sekarang memperlihatkan keinginan Australia yang mahu mengatur semula kedudukan askarnya dan cara ia menggunakan sumbernya dalam tampuk pemerintahan serta cara kerja yang berbeza.

‘‘Kita akan melihat perkara ini bagi terus menjalinkan hubungan yang berterusan dengan Rudd,’’ katanya.

– AFP

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: