Bila Parti Ideologinya Bengkrap

pesakit-hosp-gaza.jpg

Hanya parti yang bengkrap ideologi perjuangan, tak tahu kemana nak dipimpin dan dibawa umatnya, melainkan kepentingan partinya sendiri, apabila ia kalah akan menghukum rakyat yang mengundi. Ini yang dilakukan oleh Parti Fatah apabila tewas ditangan Parti Hamas. Tidak seperti parti-parti di Negara-negara Maju berDemokrasi seperti yang kita saksikan 20 Nov lalu di Australia apabila Parti Liberal mengucapkan tahniah kepada Parti Buruh yang menang dan selepas ini merancang untuk memperbaiki kesilapan dan kelemahan parti walau terpaksa menukar pengerusinya, Howard demi meyakinkan hakim (rakyat) di mahkamah (pilihanraya) yang akan datang. Berlainan halnya dibanyak Negara-negara Ketiga pada hari ini dan akan datang, dimana hakim (rakyat) akan dihukum perit kerana membuat keputusan yang tidak berpihak kepada yang sedang berkuasa.

Kementerian Kesihatan dibawah Kerajaan Perdana Menteri Ismail Haniyeh (Hamas) memberi amaran langkah-langkah Israel dan kerajaan di bawah Salem Fayyadh (Fatah) yang dilantik oleh Presiden Mahmud Abbas (Fatah) menyekat bahanapi masuk ke Gaza akan menyebabkan kemelut kemanusiaan yang dahsyat terutama di hospital-hospital di Gaza. Jika ini berlaku maka ia seolah-olah menjatuhkan hukuman mati besar-besaran kepada pesakit-pesakit di hospital di Gaza. Kesalahan mereka hanya kerana masyarakat Palestin memenangkan Hamas di dalam Pilihanraya Umum 25.1.2005 yang lalu.

Kita nyatakan bahawa umat Palestin adalah umat yang berpegang kepada kebenaran sehingga kepada Hari Kiamat. Mereka hanya ingin membebaskan Palestin yang dijajah Israel dan Kuasa-kuasa Besar Dunia. Mereka telah menyumbangkan suami dan anak-anak mereka sebagai syahid demi melalui Jalan pembebasan Palestin menuju keredhaan ALlah. Umat sebegini tidak termakan godaan dunia maupun gertakan kekurangan makanan dan kemudahan. Idola mereka adalah Rasulullah saw yang bersabda, “Wahai Pak Lang (Abu Talib), jika mereka meletakkan matahari di kananku dan bulan di kiriku untuk aku meninggalkan tugas ini, tidak akan aku tinggalkan sehingga Allah memenangkan aku atau aku binasa dengan belum melihat kemenangan itu” (Hadis).

“Wahai orang-orang yang beriman. Jangan kamu ambil Yahudi dan Nasrani sebagai wali (tempat rujuk, sepakat dan menaruh kepercayaan). Mereka berwali (berpakat) sesama mereka. Sesiapa dari kalangan kamu berwalikan mereka, sesungguhnya dia (digolong) bersama mereka. Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik. Kamu akan melihat orang-orang yang hati berpenyakit beriya-iya berpakat bersama dengan berkata ‘Kami takut ditimpa bencana (jika tidak berpakat bersama mereka’. Mudah-mudahan ALlah mendatangkan jalan keluar atau sesuatu perkara dariNya. Lalu mereka (yang beriya-iya tadi) akan menyesal (dikemudian hari) kerana tindakan diri mereka sendiri” (Al-Maidah:51).

Advertisements

3 Respons

  1. dakwah for life..life for dakwah..

  2. ana tertarik dengan kalimah IDOLA..rasa macam ada sesuatu yang tak kena.ana rasa adalah lebih baik jika al fadhil ustaz terangkan atau betulkan.ust,adakah dakwah ini kehidupan atau dakwah itu perlu diberi nafas untuk hidup..a’la kulli haal asykuru iyyaka syukran!!

  3. salam,
    apa pandangan ustaz tentang ideologi pemikiran parti politik di malaysia?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: