Bumi Mina Dalam Kenangan

cimg0639.jpg 

Bersama rombongan selepas melontar Jamrah Aqabah 10 Zulhijjah 1428H

Semalam Jemaah Haji meninggalkan bumi Mina dan kembali ke Mekah. Di Mina mereka bermalam 2 (Nafar Awal) atau 3 malam (Nafar Thani) berturut-turut. Cuaca pada tahun ini tidak sesejuk tahun lalu kecuali pada malam terakhir. Perjalanan bas yang mengangkut Jemaah Haji dari Arafah ke Muzdalifah, kemudian dari Muzdalifah berlaku dengan licin dan memuaskan. Begitu juga suasana melontar di Jamrah-jamrah Ula (Sughra), Wusta dan Aqabah (Kubra) sangat lapang dan selamat terutama diwaktu-waktu malam. Setiap lontaran (jumlah 70 lontaran anak batu) dijanjikan Allah pengampunan dari satu dosa besar. Doa selepas tiap lontaran di Jamrah adalah diperkenankan Allah.

Dalam suasana mengerjakan Manasik (Rukun dan Wajib Haji/Umrah), Mina adalah tempat tersimpannya detik dan sejarah Islam yang sukar dilupakan. Pengajarannya didalamnya kekal penting untuk umat Islam, khususnya para Pendakwah, hingga ke Hari Pembalasan. Diantaranya ialah :

(1) Kekasih Allah, Nabi Ibrahim as ingin melaksanakan arahan Allah swt menyembelih anaknya, Nabi Ismail as dengan penuh taat yang bulat tanpa sedikit pun rasa teragak-agak. Kita hanya mampu mendakwa menjadi kekasih Allah apabila dapat melaksanakan ajarannya dengan penuh taat yang bulat tanpa teragak-agak atau berlengah.  Ini termasuk menghiasi dan membaiki diri dengan ibadat dan akhlak Islam dan seterusnya mengajak dan berdakwah orang lain kepadanya denhan segenap tenaga dan masa walau terpaksa menghadapi tentangan ribuan manusia termasuk yang berkuasa.

(2) Keimanan, kesabaran dan ketaatan Nabi Ismail as dan ibunya, Hajar dalam membiarkan Nabi Ibrahim as melaksanakan perintah Allah swt menyembelih anaknya di depan mata kepala mereka sendiri. Hajar yang telah membesarkan Nabi Ismail as bersendirian di padang pasir tanpa kehadiran suaminya yang bertugas Dakwah di Palestin atas perintah Allah swt. dikatakan bersama Nabi Ismail as dan Nabi Ibrahim as turut melontar Syaitan yang cuba memujuk Nabi Ibrahim as agar tidak melaksanakan perintah Allah swt tersebut! Walaupun Nabi Ibrahim as diantara rasul yang tidak mempunyai ramai pengikut, namun berjaya mendidik dan memiliki isteri dan anak yang sebegini tahap iman dan ketaatan kepada Allah adalah diantara kejayaan Baginda yang paling ketara. Bagaimana pula dengan isteri dan anak-anak kita sekelian. Bagaimana ibadah mereka di masjid, bacaan majallah mereka, isi perbualan dan jenis kekawan sepergaulan mereka dll.

(3) Usaha Nabi saw membuka medan Dakwahnya di luar kota Mekah yang pintunya hampir tertutup dek tekanan yang dahsyat diluar peri kemanusiaan. Dalam umur Baginda saw yang lanjut, Baginda saw masuk ke khemah-khemah di Mina tanpa letih dan putus asa menawarkan diri kepada kabilah-kabilah untuk berhijrah ke tempat mereka demi menegakkan Islam bersama. Kabilah yang menolak, rugi hinga ke hari ini. 6 orang Madinah yang menerima tawaran Nabi saw berbahagia hingga ke Hari Kiamat lantaran menjadi benih awal satu Tamaddun Islam Antarabangsa yang tiada tolok bandingnya. Madinah sendiri dilawati jutaan manusia setiap tahun dewasa ini. Ini balasan orang yang yakin dengan Dakwah sejak diawal harinya. Jika kita menolaknya, untuk mendapat kerihatan yang sedikit, kerugiannya akan kita rasai dikemudian kelak, berbulan, bertahun atau berdekad nanti, nauzubillah.

(4)Enam orang Madinah yang memeluk Islam pulang ke Madinah untuk bekerja siang malam mengajak manusia lain sehingga mencapai bilangan beberapa ratus orang Sahabat ra ! Di Mina tahun berikutnya, datang 12 orang wakil menghadap Nabi saw dan berlakunya Bai’ah Aqabah I yang memfokus tarbiyah diri dan masyarakat seperti tidak mensyirikkan Allah, tidak membuat persaksian palsu dsb. Dengan erti kata lain menubuhkan “Kementerian Pendidikan” di Negara Islam Madinah. Nabi saw mengutus Mus’ab bin Umair ra untuk pulang bersama mereka ke Madinah untuk membantu mendidik dan menazirkan pendidikan di sana.

(5) Di Mina pada tahun berikutnya, 73 lelaki dan 2 wanita Islam dari Madinah datang mengerjakan Haji dan bertekad mengajak Nabi saw berhijrah ke bumi mereka. Nabi saw hanya bersetuju jika ditubuhkan “Kementerian Pertahanan” di Negara Islam Madinah. Maka berlakulah Bai’ah Aqabah II dimana Nabi saw dipertahan dan dilindungi oleh para Sahabat dan mujahideen Madinah sepertimana mereka melindungi isteri dan anak-anak mereka. Dengan ini kedaulatan Negara Islam Madinah direalisasikan di bumi Mina, bukan sahaja berdepan dengan Quraisy di Mekah tetapi berdepan dengan Kuasa Besar Rom di Barat dan Kuasa Besar Parsi di Timur.

(6) Mina menyangkal peranan wanita hanya di rumah atau persekitarannya sahaja. Kehadiran Nusaibah binti Kaab dan Asmak binti Amru dalam Baiah Aqabah IIk kehadiran mereka di Perang Uhud demi mengotakan janji di Baiah Aqabah II adalah bukti bahawa wanita terlibat sama dalam Jihad ini menentang kuffar dan munafikiin pada hari ini. Jihad Perang dihadapi dengan senjata, manakala Perang Ideologi dan Politik dihadapi dengan hujjah dan keterangan.

Hari ini Mina kembali lengang tanpa orang, menunggu pengunjung para Tetamu Allah setahun yang mendatang. Jutaan manusia yang mengisi khemah-khemahnya sedikit masa lagi akan kembali pulang ke rumah masing-masing yang lebih selesa dikelilingi sanak saudara. Walau telah jauh beribu batu di tanahair masing-masing, namun hati jutaan manusia yang merindui keampunan dan Syurga Tuhannya tetap terpaut di Mina dan persekitarannya. “Ya Allah, jangan Engkau jadikan ini kunjungan kami yang terakhir di tempat yang mulia ini. Kurniakan kami dapat kembali kepadanya berulang kali, banyak kali …” (Doa Wadak / Selamat Tinggal).

Advertisements

5 Respons

  1. tetiba saya rasa nak pergi haji 2012 nanti 🙂

  2. SYUKRAN ATAS SEDIKIT TAZKIRAH YANG CUBA MENYUBIT HATI HATI INI..SIRAH ADALAH MANHAJ PENDAKWAH TULIN !

  3. ba,letak laa tentang Benazir Buttho
    sape die sbnarnyer….
    kenape die dtentang???
    dan sebagainye…
    isu semase.

  4. Terlihat gambar terkenang bumi Mina dan sahabat . Terkenang tazkirah dan tarbiyah Ustaz dibumi Mina………. Terkenang juga pada sahabat Sebilik Tuan haji Mohd Nor Seremban, Tuan haji Jamal Rasah. Tuan Haji Saifuddin Kuala Pilah dan Tuan haji Rosli Paroi. dan lain-lain…

  5. Saya senang melihat blog seperti ini. Sangat Islami. Saya seorang penulis buku pengalaman haji. Kunjungi juga blog saya, ya. Saya telah menulis buku yang saya rasa akan sangat membantu calon jemaah haji Indonesia dan negara tetangga. Katakan pada semua teman yang lain, ya. salam persahabatan. wassalam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: