Salam Hijrah dari Gua Hijrah/Thaur (dy/dx=0)

foto-gua-thaur.jpg 

Di depan lubang masuk Gua Thaur (di sebelah kanan foto). 

Mendaki bukit Jabal Thaur dan menziarahi di puncaknya Gua Thaur pada Selasa 1.1.2008 lalu, bukan sekadar mengingatkan diri tentang peristiwa Hijrah oleh Rasulullah saw bersama Abu Bakar As-Siddiq, serta pengorbanan para Sahabat ra yang terlibat menjayakannya. Hakikatnya, Hijrah dan Gua Thaur adalah satu titik perubahan penting dalam perjuangan dan tamaddun Islam, bahkan tamaddun kemanusiaan sejagat sepanjang zaman.

Hanya setelah kaum Ansar di Madinah bersetuju di dalam Baiah (Parjanjian) Aqabah II di musim Haji untuk membentuk Kementerian Pertahanan di Madinah, Allah swt dan Rasulullah saw mengarahkan umat Islam Mekah, meninggalkan apa sahaja saudara mara kafir dan harta yang tidak boleh diangkut bersama, untuk berhijrah ke Madinah, tempat bergantung satu harapan yang baru membentuk negara yang mendaulatkan undang-undang Islam.

Tiba giliran Nabi saw bersama Abu Bakar ra berhijrah. Mereka ke Gua Thaur, 5 km di selatan Mekah, 1 setengah jam dakian ke puncak bukit, kerana Quraisy yang dihasut Syaitan dan didorong ganjaran 100 ekor unta mencari Baginda sebelah di utara, arah Madinah. Beberapa orang Quraisy tiba juga di pintu gua (lihat foto di atas), namun tidak tergerak untuk membongkok dan melihat siapa di dalamnya. “Jika mereka membongkok, nescaya mereka melihat kita”, kata Abu Bakar ra. “Jangan bersedih. Allah bersama kita” (surah At-Taubah), jawab Nabi saw dengan yakin, seyakin kata Nabi Musa as kepada kaumnya ketika tiada jalan untuk maju kerana di depan laut dan dibelakang mereka ribuan tentera Firaun yang lengkap bersenjata. “Kita akan ditangkap!!! (Al-Quran)”, kata pengikutnya. “Sekali-kali tidak!! Sungguh Tuhanku bersama aku. Dia akan tunjukkan jalan (Al-Quran)”, jawab Nabi Musa as dengan yakin. Demikian keyakinan mereka yang ingin berdakwah pada hari ini yang serba moden. Keyakinan kepada Jalan yang dipilih Allah untuk dia berjalan diatasnya dan keyakinan Allah sentiasa bersamanya, membantu dan memenangkannya selagi dia berada diatas Jalan Perjuangan Ilahi tersebut. Sifat “Ma’iiyyatullah” (Allah bersama kita) seperti yang disebut di dalam Gua Thaur dan di pantai Laut Merah di atas adalah sifat asasi semua para Duat yang ingin berjaya dan istiqamah walau sengit dugaan dan panjang perjalanan.

Selepas turun dari Gua Hirak 13 tahun sebelumnya, berdakwah sehingga hari masuk ke dalam Gua Thaur, Rasulullah saw ditekan, dianiaya bahkan dicari untuk dibunuh. Tetapi sebaik Quraisy beredar dari Gua Thaur dan Nabi saw keluar dari dalamnya, Islam berada dipihak yang lebih kuat dan berdaulat! Suraqah bin Malik yang selepas itu mengejar Nabi saw tersungkur beberapa kali dan menjadi lemah tak berdaya sehingga Nabi saw menghampirinya dan berjanji menghadiahkannya gelang Maharaja Parsi apabila Islam menewaskan Kuasa Besar tersebut. Nabi saw tiba di Madinah sebagai Pemimpin No.1 yang menguatkuasakan undang-undang Islam, menghalau Yahudi satu kabilah demi satu kabilah yang belot dan pada Tahun 8H menawan dan membuka Mekah. Oleh itu Gua Thaur adalah titik perubahan fasa ditindas kepada fasa berdaulat. “Ketika mereka berdua di dalam gua. Ketika dia berkata kepada temannya, ‘Jangan bersedih. Allah bersama kita’. Lalu Allah menurunkan ketenangan keatas mereka. Membantu dengan tentera yang tidak dapat dilihat. Dia menjadikan kalimat (resolusi) kafir di bawah. Kalimah (resolusi) Allah di atas. Allah Maha Perkasa Maha Bijaksana” (surah At-Taubah). Dalam istilah matematik, Gua Thaur adalah the Stationary Point (dy/dx=0) dari kecerunan -ve (ditindas) beralih ke +ve (berdaulat) wrt time di paksi x.

Dari peristiwa Hijrah dan Gua Thaur terhimpun segala erti keikhlasan dan pengorbanan. Abu Bakar As-Siddiq ra adalah lambang teman yang sejati dalam perjuangan dan ukhuwwah kasih sayang. Keterlibatan Asmak binti Abu Bakar ra membawa makan minum ke Gua Thaur adalah lambang keberanian dan menyangkal peranan wanita hanya diaspek-aspek yang sempit. Bersembunyi, kerahsiaan dan mengambil usaha dan ikhtiar adalah dari petunjuk-petunjuk Seerah yang penting dan jelas. Menegakkan negara yang daulatkan undang-undang dan sistem Islam adalah matlamat Hijrah yang asasi dan objektif perjuangan Islam dan para Rasul dahulu, kini dan selamanya. Hijrah dan Gua Thaur mengingatkan mereka yang tidak membantu berjuang memenangkan Islam bahawa Allah berkuasa memenangkan agamaNya tanpa mereka sedikitpun. “Sekiranya kamu tidak membantu dia (Muhammad), maka (ketahuilah) Allah telah membantu dia. Ketika mereka berdua dihalau oleh orang-orang kafir. Ketika mereka berdua di dalam gua …” (At-Taubah). Islam pasti menang dengan sumbangan mereka atau tanpa mereka, malahan dengan atau tanpa kita sendiri…

Maal Hijrah menjelang lagi sedang pada hari-hari ini di depan mata kita, umat Islam masih dibawah kekuasaan Barat yang tegak di atas asas aqidah Kristian, Yahudi, atheis atau materialis. Resolusi umat Islam hari ini lemah tidak bermaya, jauh sekali dilaksanakan seolah-olah ia kembali ke fasa sebelum Gua Thaur ketika Hijrah, sedang Resolusi Barat yang diputuskan di dalam maupun di luar PBB harus dipatuhi dan dilaksanakan. Umat Islam harus kembali memahami dan menghayati perjuangan Nabi saw, peristiwa Hijrah dan Gua Thaur sekiranya mereka ingin mengulangi dan mengecapi kegemilangan Tamaddun Islam demi kebahagiaan manusia sejagat di dunia dan di Akhirat.

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1429H !! Kullu Aam wa Antum Bi Khair.

Ustaz Halim 29 Zulhijjah 1428H, Makkah Al-Mukarramah.

4 Respons

  1. sungguh bersemangat selepas membaca..salam hijrah 1429..semoga Islam terus maju..

  2. […] Salam Hijrah dari Gura Hijrah (dy/dx=0) […]

  3. Salam Maal Hijrah Baba

    Doakan anak-anakmu terus meningkat melepasi (dx/dy=0) dx=dy=positive.

  4. teringat pendakian ke Ghar Thaur berempat bersama ustaz dan 2 jemaah lain…subhanalla..tak terkata syukurnya bila sampai ke atas sana…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: