1.5 juta Umat Palestin Gaza Dikepung

olmert-salam-mubarak.jpg 

Semua sempadan Gaza dibawah keputusan 2 orang ini, Olmert (Israel) dan Husni Mubarak (Mesir) … dengan restu Orang Atas.

Hanya parti yang bengkrap ideologi perjuangan, tak tahu kemana nak dibawa umatnya, akan bersekongkol dengan musuh menindas para pengundi yang tidak memilih parti tersebut dalam pilihanraya. [lihat artikel terdahulu]. Demikian Parti Fatah (pimpinan Presiden Palestin, Mahmud Abbas) bertindak ke atas bukan sahaja terhadap Parti Hamas (pimpinan Perdana Menteri, Ismail Haniyeh) malah terhadap 1.5 juta rakyat Palestin di Semenanjung Gaza, samada menghukum para pengundi sendiri maupun remaja, kanak-kanak malah bayi-bayi tak cukup bulan dalam incubator di hospital-hospital Gaza juga turut dihukum. Kelmarin, bekalan elektrik terputus lantaran bekalan minyak disekat sekian lama. Kekurangan bahan makanan mencetuskan isu kemanusiaan di dunia moden Abad 21. Kalau dizaman Imperialis Barat kurun-kurun 16-20, kisah-kisah kem tahanan banyak menyayat hati. 1,500,000 orang Islam Algeria mati akibat perilaku Penjajah Perancis, ratusan ribu orang Islam Libya dibunuh Penjajah Itali dan begitu juga di negara-negara Islam yang lain, abad 21 hari ini menyaksikan 1.5 juta orang Palestin mengalami nasib yang sama oleh penjajah yang sama. Kali ini ia berlaku di depan mata umat seluruh dunia melalui media internet dan satelit yang serba canggih, menyaksikan perkembangan yang menyayat hati dari hari kesehari. Namun apa tindakan amali yang diputuskan oleh ketua-ketua negara umat Islam hingga ke saat ini?

Gaza adalah sebuah wilayah kecil, 360 km persegi, besar sedikit dari pulau Pulau Pinang (300 km persegi). Dikepung oleh Israel di sempadan sebelah utara dan timur. Laut di sebelah barat dan udara dikuasai Israel juga. Harapan yang tinggal hanya sempadan di sebelah barat bersama Mesir. Namun penguasaan Amerika terhadap politik Mesir menyebabkan ahli politik pemerintah Mesir memilih bersama Israel, Presiden Palestin Mahmud Abbas dan Jordan dalam agenda “Sidang Damai” menentang kemenangan dan agenda HAMAS (sayap Ikhwan Muslimin Palestin) kearah memerdekakan Palestin tanpa melalui banyak sidang yang sering menipu. Parti Kebangsaan Demokratik, pimpinan Husni Mubarak menghadapi saingan tunggal terhebat hanya dari pengaruh dan kredibiliti Ikhwan Muslimin Mesir.

Sejak HAMAS memenangi Pilihanraya Umum 25.1.2006 dua tahun lalu, Amerika dan Israel mengajak dunia memboikot dan mengepung Gaza yang memilih kepimpinan HAMAS. Tiada bantuan kewangan dari luar dibenarkan masuk, tunai atau melalui bank. Bantuan untuk Belanjawan Tahunan Negara disekat. Perdana Menteri, Ismail Haniyeh setelah setahun setengah memerintah hanya mengambil gaji untuk 2 bulan sahaja sebagai langkah berjimat. Puluhan ribu kakitangan kerajaan tidak mendapat gaji sepatutnya. Negara-negara Arab dan Islam takutkan Amerika untuk menyalurkan bantuan kewangan kepada Kerajaan Palestin yang menang Pilihanraya. Jika ada bantuan berjuta yang disiar kepada orangramai di suratkhabar, saya dapati ia disalurkan kepada PLO, wakil resmi di negara-negara di dunia, bukan kepada Kerajaan Palestin yang menang Pilihanraya. PLO diisi penuh dan kukuh oleh Parti FATAH sejak dahulu hingga ke hari ini. FATAH tewas antara lain kerana rekodnya menyelewengan wang rakyat yang disalur oleh negara-negara kaya yang menderma sejak sekian lama.

Isu kemanusiaan semakin meruncing sejak kebelakangan ini apabila bekalan makanan dan tenaga minyak untuk kenderaan dan menjana elektrik disekat yang boleh melumpuhkan aktiviti masyarakat termasuk kemudahan perubatan di hospital. Hakikatnya dunia Abad 21 hari ini menyaksikan Kem Tahanan Gaza seperti kem-kem tahanan kurun-kurun lampau. Moga dengan robohnya sebahagian tembok sempadan Gaza-Rafah (Mesir) Khamis 24.1.2008 semalam diledak oleh HAMAS, akan membantu kemasukan barangan dan bahanapi dan mengurangkan penderitaan saudara seIslam kita di sana. Namun sudah tentu ia belum boleh membawa kepada penyelesaian menyeluruh isu Palestin dan pembebasannya dari Penjajahan Yahudi dan Amerika.

Dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat (JKP) ISMA Khamis 24.1.2008 semalam di Ibu Pejabat ISMA, Bangi, kami berkeputusan untuk menengahkan isu Palestin dengan lebih lagi kepada masyarakat Islam di Malaysia. Manakala pada peringkat negeri di mana saya sebagai Ketua Perhubungan Negeri (KPN), seperti tahun-tahun lalu, kita akan mengadakan Malam Palestin (expo – ceramah/forum – nasyid tentang Palestin) di Kuala Pilah pada 15 Februari 2008, di Port Dickson pada 2 Mei 2008 dan di Seremban pada 8 Ogos 2008 sempena Israk Mikraj.

Kita meyakini bahawa Penjajahan Yahudi dan Amerika ke atas bumi Palestin dengan nama “negara Israel” adalah didokong oleh umat dan pemimpin Barat dibawah naungan PBB. Ia tidak mungkin selesai kecuali dengan dokongan seluruh umat dan pemimpin Islam dibawah naungan Khilafah Islam yang hakiki [lihat Amal 7]. Kejayaan menyelesaikan isu ini dijamin ALlah swt dalam Al-Quran. Persoalannya bila dan oleh siapa. Bila … kita serahkan kepada Allah Yang Maha Perkasa Maha Bijaksana. Siapa … kita ke cermin muka dan bertanya kepada diri sendiri dengan soalan oleh ALlah taala. “Wahai orang-orang beriman, kenapa kamu apabila dikata kepada kamu “Keluarlah berjuang dijalan ALlah”, kamu berat untuk bergerak. Adakah kamu syok dengan kehidupan di dunia berbanding Akhirat, (sedang) tidaklah kehidupan di dunia (dibanding) dengan Akhirat itu melainkan sedikit (sangat kenikmatannya). Jika kamu tidak keluar (berjuang) Allah menazab kamu dengan zab yang pedih dan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain …” (At-Taubah:38-39).

Adakah aku hendak berjuang menolong Agama ini? Atau aku leka dengan kerjaya, business, banglo, harta wang ringgit, sijil, pangkat, keluarga semata-mata…? Mampukah aku melepasi azab Allah atau menanggungnya jika ia telah diputuskan mengena aku? Mahukah aku dipilih Allah untuk termasuk dalam senarai penolong-penolong agamaNya? Nak Allah gantikan aku dengan calun lain, yang sering berdoa memohon dalam ibadahnya di tengah malam …???

< dari Akhbar 26/1/2008>

Dua prinsip yang berbeza …. tetapi Dunia Islam masih tidak mahu mengerti ….

Sekatan Israel: PBB gagal setujui kompromi

BEBERAPA penduduk Palestin memasuki semula Genting Gaza dengan membawa keranda dari Mesir sewaktu rakan mereka cuba merempuh sekatan tentera Mesir untuk ke negara itu di sempadan Rafah, semalam.



 NEW YORK 25 Jan 2008. – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekali lagi gagal mempersetujui satu kenyataan kompromi bagi mendesak ditamatkan sekatan Israel ke atas Genting Gaza dan dihentikan serangan roket ke selatan negara Yahudi itu.Para duta dan pakar yang terlibat dalam rundingan sepanjang hari semalam bersetuju melakukan satu lagi percubaan hari ini bagi mengatasi bantahan Amerika Syarikat (AS) terhadap teks yang telah diterima oleh 14 anggota lain dalam Majlis Keselamatan.“Kami masih gagal mencapai persetujuan dan berdasarkan perkembangan rundingan setakat ini harapan nampak tipis.“Namun Presiden (Majlis) meminta kami mencuba lagi esok,” kata Duta Afrika Selatan ke PBB, Dumisani Kumalo.AS selaku sekutu kuat Israel mendakwa bahawa sekatan Israel yang melumpuhkan Genting Gaza adalah tindakan mempertahankan diri daripada serangan roket yang dilancarkan dari wilayah pentadbiran Hamas itu.Selepas berunding dengan Washington, delegasi AS di sini mengemukakan beberapa pindaan secara lisan, termasuk tuntutan supaya dibebaskan askar Israel, Gilad Shalit yang ditawan oleh pejuang Palestin di Gaza pada 2006 dan kutukan terhadap segala bentuk keganasan.Namun kebanyakan pindaan itu dianggap tidak relevan dan tidak wajar oleh negara-negara Arab yang merasakan Majlis perlu bertindak terhadap “hukuman menyeluruh” yang dikenakan oleh Israel ke atas seluruh 1.5 juta penduduk Gaza.“Kami berpendapat sukar untuk mendapat hasil daripada rundingan itu,” kata Timbalan Duta AS, Alejandro Wolff.Duta Israel, Dan Gillerman pula menyifatkan perbahasan itu sebagai “membuang masa dan hanya memanfaatkan Hamas.”Kenyataan beliau itu dibidas oleh pemerhati Palestin ke PBB, Ryad Mansour.“Israel perlu mengambil perhatian bahawa 14 anggota Majlis Keselamatan yang sebahagiannya termasuk sahabat Israel menyatakan krisis kemanusiaan di Gaza tidak boleh dibiarkan,” tegas Ryad.Duta Syria ke PBB, Bashar Jaafari menuduh AS cuba mempolitikkan isu kemanusiaan itu dan “cuba menggambarkan mangsa sebagai penyerang dan penyerang sebagai mangsa.”Beliau memberi amaran bahawa jika Wahington berjaya menyekat konsensus mengenai kenyataan tidak mengikat itu, negara-negara Arab dijangka mengubah teks berkenaan menjadi resolusi dan mencabar AS supaya memvetonya.– AFP

PBB kenakan sekatan tambahan – Nuklear Iran: AS cuba pujuk Rusia, China beri tekanan ekonomi

NEW YORK 25 Jan 2008. – Kuasa-kuasa utama Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mempersetujui sekatan tambahan ke atas Iran, termasuk sekatan baru terhadap pengeksport menjalankan urus niaga dengan negara itu.Diplomat Majlis Keselamatan semalam berkata, draf resolusi sekatan yang diluluskan juga menuntut pemantauan lebih rapi terhadap institusi tentera dan kewangan Iran serta sekatan perjalanan lebih luas ke atas saintis nuklear dan pegawai Iran yang lain. Ia juga menghendaki pembekuan aset milik individu dan bank yang dikaitkan dengan program senjata nuklear Iran.Diplomat dari lima negara pemegang kuasa veto iaitu Amerika Syarikat (AS), Britain, China, Perancis dan Rusia menghabiskan hari ketiga semalam untuk merundingkan perjanjian akhir mengenai prinsip-prinsip yang akan menjadi asas sekatan pusingan ketiga ke atas Iran.Mereka disertai oleh Jerman yang telah lama terlibat dalam usaha untuk menyelesaikan pertikaian mengenai program nuklear Iran.Prinsip umum resolusi itu dihasilkan di Berlin awal minggu ini, terutamanya menerusi rundingan antara Setiausaha Negara AS, Condoleezza Rice dengan Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov.Rusia dan China yang menjalinkan hubungan perniagaan erat dengan Iran menolak draf yang disediakan sebelum ini oleh Britain dan Perancis menuntut sekatan lebih ketat jika Teheran terus enggan menghentikan kegiatan pengayaan uranium.Kelmarin Rusia menyatakan resolusi baru itu tidak akan mengenakan sekatan ketat ke atas Iran.Bagaimanapun Penolong Setiausaha Negara AS, Nicholas Burns semalam menyangkal dakwaan itu dengan berkata, resolusi tersebut “dimaksudkan sebagai hukuman.”Washington yang tidak banyak menjalankan urusan perdagangan dengan Iran terpaksa mengharapkan pengaruhnya ke atas negara utama lain bagi mengenakan tekanan ekonomi ke atas Teheran.Diplomat Majlis Keselamatan berkata, resolusi baru itu akan mengenakan sekatan kredit baru ke atas pengeksport.Langkah sedemikian akan merumitkan urusan untuk negara seperti Jerman dan Itali yang merupakan rakan dagangan dan pelaburan utama bagi Iran dan menghadapi risiko kehilangan kredit eksport berbilion-bilion dolar.Menurut diplomat, sekatan pusingan ketiga tidak mungkin diluluskan sebelum bulan depan selepas Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mendapat jawapan lanjut daripada Iran.Teheran bersetuju untuk menjawab segala persoalan yang belum jelas mengenai kegiatan nuklearnya selepas Ketua Pengarah IAEA, Mohammed Elbaradei melawat Iran baru- baru ini.– AP 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: