Amerika Menyubur Samseng Dalam Palestin

polis-mahmud-abbas.jpg 

 < FOTO: Setelah Gaza (barat Palestin) dibersihkan dari anasir Pasukan Keselamatan Presiden Palestin dari FATAH, kini mereka sedang dilatih Amerika di Jordan untuk menguasai Tebing Barat (timur Palestin) ke arah membenteras gerakan-gerakan Penentangan Penjajahan Yahudi >

“Wahai orang-orang beriman, jangan kamu ambil Yahudi dan Kristian sebagai wali (teman, perujuk, dll). Mereka (Yahudi dan Kristian) adalah wali (bantu membantu) sesama mereka. Sesiapa mengambil mereka sebagai wali, sesungguhnya dia (tergolong) dari kalangan mereka. Allah tidak memberi hidayah kepada orang-orang fasik” (Al-Quran). Apabila Allah swt menyeru umat Islam agar menjauhkan diri dari telunjuk Israel dan Amerika, sebahagian umat Islam mengikut dengan patuh petunjuk Allah ini, manakala sebahagian lagi memekakkan telinga, menutup hati nurani. Tatkala pemerhatian dunia menghala ke arah umat Palestin di Gaza yang sedang bertarung dengan kepungan Israel sejak beberapa lama, seramai 700 orang kakitangan keselamatan di bawah Presiden Mahmud Abbas (Parti FATAH) masuk ke Jordan untuk menghadiri “latihan keselamatan” dibawah seliaan General Keith Dayton yang atur oleh Amerika. Adalah dijangkakan seramai 2000 orang akan dilatih setiap tahun sehingga mencapai sejumlah 50,000 orang !! Projek ini adalah lanjutan dari program yang bermula dalam bulan Mac 2007 lalu di Gaza dan terbantut apabila Kerajaan Palestin HAMAS berjaya membuat operasi pembersihan sarang-sarang “keselamatan” di sana dari anasir-anasir gabungan FATAH-CIA (perisikan Amerika)-MOSSAD (perisikan Israel). Kita percaya matlamat hakiki dan terakhir latihan ini ialah untuk membenteras usaha dan gerakan penentangan terhadap penjajahan Yahudi di Palestin walaupun dalam latihan tersebut, ia digambarkan hanya sebagai latihan “memelihara keselamatan negara dan undang-undang”.

Dengan ini :

  1. Kita mengutuk sekeras-kerasnya rancangan baru Amerika yang jahat dan kotor ini yang berusaha melibatkan anak-anak tempatan Palestin bersama-sama menjayakan cita-cita Israel bertapak dibumi Palestin dan dunia Islam.
  2. Segenap usaha hendaklah diambil oleh HAMAS dan Gerakan-gerakan Penentangan Penjajahan yang lain dengan didokong oleh penduduk Palestin dan umat Arab dan Islam sekeliannya kearah menggagalkan usaha Amerika dan Israel ini.
  3. Kita menyeru seluruh umat Islam agar bangkit segera menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dari terus dijajah oleh Yahudi Israel dan Amerika. Ia bukan semata-mata rumah suci orang Palestin, tetapi ia adalah pada umat Islam merupakan Kiblat Pertama (sebelum Masjidil Haram) dan Masjid Suci Ketiga (selepas Masjidil Haram, Mekah dan Masjid Nabawi, Madinah).

4 Respons

  1. pelik kadang-kadang bila kita baca atau tengok atau dengar tentang orang islam sendiri yang ingin menumpaskan atau menggagalkan cita-cita ke arah islam yang tulen..tapi inilah sunnatullah kan..*no comment*..cuma mampu berdoa agar Allah tidak memasukkan kita dlm golongan tersebut, Amin

  2. Ya Allah…bantulah kami. Kami sedang cuba sedaya upaya kami.

  3. Layari ke http://odeo.com/audio/17671013/view untuk mendengar lagu terbaru dhuat Pelestina:Dendangan Luka

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: