Selamat Pengantin Baru

sepasang-full.jpg  walimah-pasangan.jpg

Foto kiri : Hari Aqad Nikah 1/2/2008.     Foto Kanan : Hari Walimah 15/2/2008

Apabila Allah swt mengutuskan rasul, Dia menyediakan baginya isteri yang mendokongnya dalam menjalankan tugas Dakwah, seperti kata Khadijah ra, “Demi Allah! Allah sekali-kali tidak mensia-siakan kamu!!” [lihat posting Khadijah Lambang Cinta Sejati]. Dari sini, Allah swt menggambarkan kehidupan berumahtangga dengan suatu pengertian yang tinggi, firmanNya bermaksud, “Dan diantara tanda-tanda (keterangan dan kekuasaanNya), Dia menciptakan untuk kamu dan (jenis) kamu isteri-isteri agar kamu tenang kepadanya. Dan dia menjadikan diantara kamu cinta dan kasih. Sungguh dalam yang demikian itu tanda-tanda bagi kaum yang berfikir” (Ar-Ruum:21). Ayat di atas menyatakan bahawa tujuan perkahwinan adalah menubuhkan satu struktur keluarga yang stabil dan berterusan. Islam menolak matlamat perkahwinan hanya untuk memuaskan nafsu atau fizikal semata-mata. Bahkan diantara tujuannya ialah mewariskan Jalan yang panjang ini kepada generasi seterusnya. Anak mewarisi bapa dan ibu. Anak berkongsi risalah Dakwah ini bersama ibu bapanya. “(Ya Allah) kurniakanlah untukku wali dari sisiMu, mewarisi aku dan mewarisi dari keluarga Yakub ..” (surah Maryam:5). “Dan apabila Ibrahim bersama Ismail mengangkat asas dari Kaabah (dan berdoa) ya Allah terimalah (usaha) dari kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (Al-Baqarah:133). Oleh itu wasiat ayah kepada anaknya adalah agar si anak terus menyambung Jalan (Perjuangan)nya selepas ketiadaannya. Firman Allah swt, “Tidakkah kamu menyaksikan apabila Yakub hampir meninggal dunia, ketika (itu) dia berkata kepada anak-anaknya apakah yang akan kamu sembah selepas (kematian)ku. mereka berkata,’Kami menyembah Tuhanmu, Tuhan ayahmu Ibrahim, Ismail, Ishak, Tuhan Yang Satu, kepadaNya kami menyerahkan diri” (Al-Baqarah).

kad-iklan-berhias.jpg

Islam menjelaskan bahawa keluarga itu asas pada sebuah masyarakat. Ia tegak atas kerjasama ruh dan anggota. Islam mendorong sesiapa untuk mendirikan rumahtangga melalui ayat-ayat di atas, bahkan menjadikannya wajib sekiranya dikhuatiri tanpanya seseorang itu boleh terpesong.

Agar terbentuknya keluarga Islam yang sejati, tidak dikotori oleh karat-karat Jahiliyah, Allah swt mengharamkan melihat perkara yang haram, khalwat dan zina. Oleh itu seorang pemuda tidak mendapati jalan lain selain berkahwin “Berkahwin dan beroleh zuriatlah kamu. Sesungguhnya aku berbangga dengan kamu di depan umat-umat lain di Hari Kiamat” (Hadis). Alangkah berbezanya Islam berbanding dengan umat lain yang melewat-lewatkan Perkahwinan, bertentangan dengan kehendak jiwa, lalu pergaulan bebas tanpa batasan menular dalam masyarakat dan kesannya ialah berhias, melihat yang haram, perkahwinan terbantut, rumahtangga berantakan dan bercerai berai sedangkan sistem Islam mampu menyelesaikan semua permasalahan di atas. Adalah salah seseorang tidak berkahwi semata-mata untuk lari dari tanggungjawab kerana takutkan rezeki mencacatkan aqidah seseorang. Allah swt berfirman bermaksud, “Kami tidak meminta rezeki dari kamu. Kamilah yang memberi kamu rezeki. Kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertaqwa” (Taha:132).

** POSTING LALU **

Selamat Pengantin Baru kepada menantu saya, Shuhaib Ar-Rumy bin Selamat dan kepada anak sulung saya, Uswah Hasanah binti Abdul Halim. Mereka selamat diijabkabulkan minggu lalu pada 1.2.2008 di Masjid As-Salam, Hayyu Al-Asyir, Cairo dalam majlis yang meriah dihadiri sekitar 100 teman lelaki dan perempuan  termasuk adik kembar Shuhaib, Salman Al-Farisi dan adik Uswah, Khairah Abdul Halim. Pada 15.2.2008 baru-baru ini, majlis Walimah telah diadakan dan dihadiri oleh sekitar 300 pelajar lelaki dan 400 pelajar wanita, seperti yang disiarkan di dalam Blog ISMA Mesir. Barakallahu lakuma, wa baarik alaikuma, wa jamaa bainakuma fil khair. Menambah meriah suasana ialah majlis Aqad dan Walimah tersebut dihadiri kawan-kawan sekelas Uswah, diantaranya Sarah, Rufaida dll. semasa di sekolah rendah Ikhwan Muslimin bernama Madrasah Ar-Ridwan, Hayyu As-Sabik, Cairo, tahun-tahun 1992-1997.

Setelah kami tamat pengajian di Australia pada tahun 1987 dan mendapat sijil STAM 1989, pada Nov 1990 saya dan isteri serta Uswah, 2 tahun dan Khairah, 1 tahun mula berangkat ke Mesir memburu cita-cita sejak bersekolah menengah di MRSM lagi, untuk mempelajari Islam dan Bahasa Arab serta memahami Dakwah yang berkat ini. Berbekalkan semangat dan wang sendiri yang dikumpul semasa belajar dan bekerja di Australia, saya memberanikan diri meneroka liku-liku dan pengalaman hidup yang baru di Mesir. Benarlah sabda Nabi saw, “Aku menasihat kamu berbuat baik terhadap penduduk Mesir”, “Mereka (penduduk Mesir) dalam bersiap siaga (dibenteng Islam) sehingga ke Hari Kiamat” dan “Sesungguh mereka adalah sebaik-baik tentera di atas muka bumi”. Rupanya selama 8 tahun di Mesir, ia bukan sahaja banyak mengajar saya erti Islam dan penghayatannya, bahkan ia mengajar saya erti kehidupan, perjuangan manusia dan para Anbiyak sepanjang zaman.

Hari ini, setelah hampir 20 tahun berlalu, apabila melihat Kak Long mendirikan rumahtangga, di sana pula dan kami menyambut menantu pertama, terasa betapa cepatnya masa berlalu mengejar usia, pentingnya memahamkan anak-anak apa yang kita bawa dan perjuangkan, sehingga mereka menghayatinya dan sanggup memikul panji-panji Dakwah ini selepas kita. Jika menantu juga sedemikian, maka peluang agar cucu kita pula nanti akan menyambut panji-panji dan Perjuangan Ideologi ini semakin cerah. Kata Al-Imam Hasan Al-Banna, “Hendaklah kamu memastikan pasangan kamu menghormati Fikrah (Perjuangan Ideologi) yang kamu bawa” (lihat laman Amal 7, di perenggan membina Keluarga Islam). Tanpa perjuangan ideologi yang berkesinambungan, sudah pasti kita tidak akan mampu berdepan dengan Perjuangan Kebatilan yang memang sambung menyambung, panjang nafas dan bersistem kemas. Lihat sahaja Protokol Zionis yang diluluskan dalam Persidangan Zionis di Bazel, Switzerland pada tahun 1897 (dipengerusikan Theoder Hertzl) memutuskan untuk merosak akhlak manusia, menguasai politik dunia dan menegakkan “Israel” selepas 50 tahun (1947) dan “Israel Raya (antara Sungai Nil, Mesir dan Sungai Euphrates, Iraq)” selepas 100 tahun (1997). Hertzl meninggal dunia tahun 1903, tidak sempat mengecapi kelahiran negara Israel yang memang berjaya ditegakkan tahun 1947 (diiktiraf PBB tahun 1948). Namun “Israel” dikecapi dan terus diperjuangkan kestabilannya oleh anak-anaknya dan generasi selepas beliau. (Insyaallah, “Israel” tidak akan stabil. Alhamdulillah, dari 1997 hingga ke hari ini Israel Raya tidak berjaya ditegakkan, khususnya kerana pengaruh gerakan Ikhwan Muslimin di Palestin (HAMAS), Mesir, Iraq dan lain-lain negara Arab dan Islam bersama dengan gerakan-gerakan penentang yang lain). Sudah tentu perjuangan mereka yang berfasa dekad dan kurun tidak mampu ditangani oleh kita sekiranya hanya berfasa bulan dan tahun. Malangnya inilah yang sering berlaku di depan mata kita pada hari ini. Moga umat Islam segera berubah dan membaiki nasib mereka.

Mungkin ada yang bertanya, takpa ke anak kahwin semasa belajar? di luar negara pulak tu? Jawapan yang mudah kepada soalan itu ialah apa nak buat, ayah dan ibunya pun dulu kahwin masa belajar dan diluar negara juga🙂. Saya dan isteri selamat diijabkabulkan pada 27.7.1985 (sebelum harijadi ke 20) di Mount Gravatt Mosque, Nursery Road, Brisbane, Australia. Namun jika diteliti, sebenarnya berkahwin semasa belajar di luar negara mempunyai banyak keistimewaan terutama bagi mereka yang bukan sekadar belajar di universiti, akan tetapi terlibat di dalam aktiviti-aktiviti Dakwah dikalangan pelajar-pelajar Malaysia dan penduduk tempatan. Sebahagian dari keistimewaan tersebut saya telah tulis dalam artikel-artikel lalu dibawah tajuk Tips Berkahwin Awal.

Diantara kelebihan berkahwin di luar negara ialah :

(1) Dengan berada jauh dari sanak saudara dan berbagai ragam masyarakat sekeliling yang banyak menyibukkan pemikiran, di luar negara kita dan isteri boleh lebih banyak masa dan lebih fokus Untuk mengenali mengenali lebih tepat pasangan kita, membaca setiap tindakbalas pasangan terhadap kejadian-kejadian dalam rumahtangga dan di luar dengan lebih tepat. Ramai pasangan yang walau telah berlalu masa yang panjang tetapi mempunyai masalah dalam memahami jiwa dan perasaan pasangan, berkomunikasi dan sebagainya. Jika ramai pasangan di Tanahair yang berumahtangga memilih berbulan madu beberapa minggu di luar negara, jauh dari hiruk pikuk kerja dan ragam masyarakat tempatan untuk lebih fokus mengenali pasangan, maka pasangan berkahwin yang sedang belajar di luar negara pula sememangnya sedang berbulan madu bertahun lamanya sepanjang tempoh belajar tersebut.

(2) Sekiranya dikurniakan Allah zuriat di luar negara, seperti di atas, kita boleh memberikan fokus yang lebih terhadap anak-anak kerana masa dan tumpuan kita terhdap mereka adalah lebih disebabkan medan dan tanggungjawab hidup di luar negara adalah lebih kecil berbanding di tanahair sendiri. Sekiranya anak mula bersekolah dan bergaul dengan selain Melayu, sifat-sifat positif yang ada pada kawan-kawan bangsa lain akan mudah ditanam dalam jiwa anak kita seperti berani, proaktif, terus terang berbanding sifat ramai orang Melayu yang suka memendam rasa, suka tunggu dan lihat, suka simpan dihati dan sebagainya.

(3) Aktiviti-aktiviti Islam di luar negara banyak memerlukan keterlibatan orang yang telah berumahtangga lebih-lebih lagi untuk mengawal pergaulan diantara lelaki dan wanita pelajar yang belum diikat Syarak. Saya banyak memerhatikan di berbagai negara yang dilawati, apabila tiada di sana pasangan yang berkahwin di sesuatu tempat, hubungan atau interaksi pelajar Malaysia lelaki dan wanita akan menjadi lebih intim dan boleh menimbulkan perkara-perkara yang tidak diingini Syarak. Ia ada berlaku dalam aktiviti-aktiviti Dakwah, apatah lagi dalam aktiviti-aktiviti biasa yang lain.

(4) Tanpa kehadiran ibu ayah bersama pelajar Malaysia di luar negara, sering mereka menganggap pasangan yang telah berumahtangga, apatah lagi yang telah berusia pula, sebagai tempat mengadu, bernaung dan apa sahaja yang membawa erti menumpang kasih dan ukhuwwah. Ini yang saya sendiri rasakan di Australia semasa di alam bujang. Kekadang kekusutan saya boleh selesai hanya dengan pergi menziarahi kawan yang telah berumahtangga di rumahnya dan berbual seketika.

(5) Rata-rata pelajar di luar negara adalah didalam usia remaja atau belia. Dalam usia sebegini, isu berkahwin harus difikirkan secara serius bukan sahaja untuk mengelak perkara yang tidak diingini Syarak dari berlaku, malah agar peningkatan mereka di dalam penghayatan Islam dan Dakwah akan terus maju tanpa diganggu masalah saikologi remaja, terencat dan merugikan masa keemasan mereka.

** PROFAIL **

Shuhaib Ar-Rumy bin Selamat, 23 tahun, dilahirkan pada 15.2.1985. Alamat di Shah Alam, Selangor. Lepasan Sekolah Menengah Islam & Tahfiz Hira’, Jeram Selangor aliran Sains dan Syariah. Mendapat 10A dalam SPM 2004. Menghafaz 30 juzuk Al-Quran ketika di Tingkatan 4. Mendapat Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2005 (Matrikulasi Al-Azhar) di Sekolah Menengah Islam Hidayah, Ipoh. Sekarang menuntut di Universiti Al-Azhar, Tanta, Mesir dalam bidang Syariah. Cita-cita menjadi salah seorang ulamak yang berdakwah. Kedua ibu bapa bekerja sebagai pegawai kerajaan di Kuala Lumpur. Nombor telefon +20102461893. Blog www.arrumy.wordpress.com

Uswah Hasanah binti Abdul Halim, 20 tahun, dilahirkan pada 9.2.1988 di Brisbane, Australia. Alamat di Seremban, NS. Lepasan Sekolah Menengah Islam Hira’, Jeram, Selangor aliran Sains dan Syariah (SPM2005). Mendapat sijil STAM 2006 di Sekolah Menengah Islam Hidayah, Ipoh dan Diploma Syariah 2007 di Kolej Universiti Darul Qur’an Islamiyah (KUDQI), Terengganu. Sekarang menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah dalam bidang Syariah. Nombor telefon +20113078601.

*** MAJLIS WALIMAH SHUHAIB+USWAH *** HARI INI ***

walimah-bersama-pimpinan.jpg

Dari kiri Mus’ab bin Umair, Salman Al-Farisi bin Selamat, Shuhaib Ar-Rumy bin Selamat dan Sobri bin Muda (Pengerusi ISMA Mesir). 

Pada hari ini Jumaat 15.2.2008, bersamaan dengan ulangtahun pengantin lelaki, Shuhaib Ar-Rumy bin Selamat dilangsungkan Majlis Walimah di Abdur (Rabb) Rasul, Madinah Nasr, Cairo. Tetamu jemputan dianggarkan seramai lebih kurang 700 orang pelajar Malaysia. Baba, Mama dan adik-adik serta saudara mara di kampung mengucapkan tahniah kepada kedua pengantin baru sempena Walimatul Arus pada hari ini, dan tahniah sekali lagi kepada Along Shuhaib sempena ulangtahun beliau ke 23. Moga panjang umur murah rezeki hingga ke anak cucu., menjadi pendokong-pendokong Agama Allah sehingga dihari bertemu denganNya dengan hati yang sejahtera, meredhaiNya lagi diredhaiNya. Amin.

** TATACARA NIKAH WALI WAKIL BAGI PENGANTIN DI LUAR NEGARA **

1- Perkahwinan harus didaftarkan di jabatan-jabatan agama di negeri masing-masing. Ini bukan sahaja untuk mengelakkan permasalahan terutama dengan pihak berkuasa dalam pengurusan harian semasa hidup bahkan ia penting jika berlaku kematian salah seorang pasangan terutama yang berkaitan dengan harta pusaka.

2- Apabila pelajar berkahwin di luar negara, pihak Kedutaan akan terlibat dalam urusan pendaftaran. Pelajar dikehendakki mengisi Borang Mohon Kahwin. Di dalam borang tersebut, perlu kepada tandatangan dan cop Jabatan Agama negeri pelajar itu di Malaysia. Jabatan Agama tidak menandatangani borang tersebut sehingga pasti pelajar tersebut memang dari anak negerinya. Oleh itu, imam, ketua kampung atau seumpama mereka di mana pelajar tersebut tinggal hendaklah menandatangani borang itu terlebih dahulu.

3- Apabila semua pihak telah menandatangani, maka di depan seorang pegawai di Jabatan Agama, bersaksikan 2 orang lelaki, ayah pelajar perempuan akan melafazkan kata berbunyi, “Saya dengan ini mewakilkan …………. (nama pegawai di Kedutaan Malaysia di tempat anak perempuannya akan berkahwin di luar negara) untuk menjdi wakil saya menikahkan anak perempuan saya bernama ………. dengan maskahwin sebanyak …….. atau yang akan dipersetujui bersama oleh pihak-pihak di sana (luar negara)”.

4- Setiap pasangan yang hendak berkahwin diwajibkan memiliki sijil Kursus Perkahwinan dan sijil Bebas HIV. Jika tidak dapat berbuat demikian kerana sedang berada di luar negara, maka si ayah (mengambil tempat anak perempuannya) kena menulis satu surat memohon tangguh Kursus Perkahwinan dan ujian HIV berkenaan untuk simpanan Jabatan Agama.

5- Apabila semua dokumen telah siap, ditandatangani, dicop dan sebagainya maka pihak Jabatan Agama akhirnya akan mengeluarkan surat Kebenaran Berkehwin di Luar Negara untuk dikirim kepada pihak Kedutaan Malaysia di tempat berkenaan. Dengan Surat Kebenaran ini, pihak Kedutaan boleh terus memproses urusan perkahwinan disegi pendaftaran perkahwinan, memutuskan wakil wali sehinggalah kepada pendaftaran anak-anak yang dilahirkan di sana nanti, insyaAllah.

24 Respons

  1. Tahniah! Semoga ramai yang mengikut jejak langkah yang baik ini ! (uswah hasanah)🙂

  2. Barakaallah! Moga memberi inspirasi dan daya tujah kepada saudara2 yg lain..=)

  3. tahniah~! ana sebaya dgn shuhaib. setelah ana baca profail beliau, ana lagi bersemangat dlm dakwah dan tarbiyyah. semoga ana menjadi seperti beliau malah mungkin lebih baik…jazakallahu khairan jaza’

  4. tahniah ustaz !🙂

  5. tahniah buat ustaz dan ustzh fariza… tahniah untuk uswah dan suhaib… semoga Allah memudahkan di dalam segala urusan hidup di dunia dan akhirat.

  6. Jazakallah..

  7. Barakallahu lakuma, wa baarik alaikuma, wa jamaa bainakuma fil khair🙂

  8. Selamat Pengantin Baru kepada mempelai dan Tahniah . Selamat Menerima Menantu kepada Ustaz.

    Semoga diberkati …

  9. ~alfu mabruk alaikuma wa ala ustaz halim n ustzh fariza..smoga sentiasa dlm keredhaanNya..salam sayang ntuk uswah=)ada rezki,insyaallah kita jumpa..~

  10. barakallahu fikuma.. =)..

  11. alhamdullilah………tahniah! syukur………….semoga diberkati hingga ke anak cucu………….jelesnya …mesti best walimah kat sana……….semoga anak-anak kami menjadi seperti usuwah n suhaib.tahniah! syabas! ustaz Halim n Ustazah Fariza………..

  12. mabruk ust halim dan 2 mempelai .. dah terima menantu

  13. alfun mabruk kpd keluarga pengantin n pengantin jg.semoga sentiasa gembira selalu.kami tumpang seronok..tak mampu nak ucapkan ngan kata2..cepatnya masa berlalu ya akhi.doakan kami tetap thabat di atas jln ini.

  14. Selamat Pengantin Baru dan alfu mabruk kpd keluarga ust Halim.mudah2an keberkatan sentiasa mengiringi perjalanan hidup.

  15. Selamat menempuh hidup baru, semoga dilancarkan di jalan pernikahannya.

  16. tahniah…to uswah dan suami

  17. wah..nak ikut cara camni lah =) hee

  18. mabruk buat ustaz halim dan ustzh fariza & kedua mempelai..semoga Allah mempermudahkan lagi urusan demi agamaNya..

  19. tahniah semoga di panjangkan jodoh hingga ke syurga……..

  20. Terlewat nak ucapkan selamat pengantin baru dan semuga semuanya mabruk

    Wassalam

  21. salam…. sy kagum dengan keluarga ustaz… sungguh indah andainya perkahwinan muda direstui oleh kedua2 ibubapa yg begi2 kuat sokongannya spt ust n isteri…. moga hari ini akan lebih terbuka dalam soal ini bg cari redha Allah agar sebuah ikatan perkahwinan itu diberkati Allah…. mohon di linkan blog ustaz… mabruk ya ustaz….

  22. […] kedua-dua ibu dan bayi sihat walafiat. Yahya adalah cucu kami dan cucu besan yang pertama. Perkahwinan Shuhaib dan Uswah berlangsung pada 15/2/2008 yang lalu di Cairo. Sekarang saya dan isteri berpangkat […]

  23. slamat pengantin baru kpd sesiapa yang menyambutnya pada hari ini.moga2…kekallah kehendaknya hingga ke anak cucu.amen….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: