Parlimen Bubar utk Pilihanraya XII

peti-undi.jpg 

Tahukah umatku, apakah Jalan mereka, kemana hendak di tuju … ?

Perdana Menteri telah mengumumkan pembubaran Parlimen bagi membolehkan Pilihanraya Umum ke 12. Penamaan calon pada 24/2/2008 dan Hari Mengundi pada 8/3/2008. Serentak dengan ini, Dewan Undangan Negeri (DUN) semua negeri kecuali Sarawak dibubarkan. Oleh itu mulai hari ini sehingga Pilihanraya nanti, tiada Parlimen, tiada ahli Parlimen, tiada Kabinet dan kepimpinan kecuali “caretaker” (penjaga) negara yang sementara iaitu Kabinet lalu. Mulai hari ini hingga 8/3/2008, Rakyat yang berkuasa menentu pimpinan baru. Rakyat Malaysia adalah Hakim, Barisan Nasional adalah Peguambela, Barisan Alternatif adalah Peguamcara dan yang Tertuduh adalah Pendaulatan oleh Ahli-ahli Parlimen dan perlaksanaan oleh Anggota-anggota Kabinet akan Syariat Allah  kearah Kesejahteraan Rakyat Dalam Malaysia dan Peranan Malaysia Menyebar Dakwah Islam ke Rantau Luar Malaysia. Sehingga ke hari Pilihanraya nanti, mulai hari ini negara Malaysia adalah satu sidang Mahkamah yang besar !! Semua yang hadir di sidang, bahkan lebih ramai di luar sidang, perhatian mereka tertumpu kepada hakim dan keputusannya !! Tumpuan masyarakat dunia yang prihatin, kawan maupun lawan, tertumpu kepada pilihan dan hukuman yang diputuskan oleh rakyat Malaysia !!

najib-abdullah.jpgjeanne-rosmah.jpg

Menyedarkan orang ramai, umat kita bahawa mulai hari ini mereka adalah Hakim, mereka adalah pemilih dan pemutus adalah satu hakikat dan tugas yang besar. Kesedaran Dalaman harus dipupuk. Ia tidak datang bergolek. Sekiranya sesuatu umat itu telah sering ditindas, ditekan dan ditakutkan, sangat sukar diubah jiwa dan mindsetnya bahwa dia adalah ketua.

barisan-rakyat.jpg 

Hanya selepas menyuntik Kesedaran Dalaman, Mahatma Ghandi dapat memimpin ratusan juta rakyat India yang tertindas dan takut kepada keberanian mengusir puluhan ribu Penjajah Eropah yang sedikit bilangannya selepas beratus-ratus tahun menindas dengan angkuh. Hanya umat yang hidup dan dibesarkan dalam kebebasan diri dan berfikir sahaja yang boleh memahami dan menghayati hakikat mereka adalah Hakim, penentu dan pemutus dalam perjalanan negaranya yang tercinta. Islam datang ke Mekah dan Semenanjung Arab, merubah realiti sebuah masyarakat yang ditekan oleh Quraisy yang membunuh Sumayyah, Yasir dan seumpamanya, kepada menjadi Masyarakat Islam yang berani menegur Khalifah. Kisah seorang wanita berani mempersoal Khalifah Umar di depan khalayak ramai adalah contoh yang tidak asing lagi. Dalam aspek kebebasan berfikir, bersuara dan keterlibatan membuat keputusan, pada hari ini, umat di Barat adalah jauh keterkedepan berbanding umat di Dunia Ketiga seperti Malaysia dan dunia Islam lainnya. Ketika ini 2 calon Parti Demokrat, Barrack Obama dan Hillary Clinton sejak tahun 2007 lalu hingga ke hari ini menjelajah seluruh Amerika untuk mengemukakan diri masing-masing agar dinilai dan dipilih untuk bertanding melawan calon Parti Republikan. Demokrat menjadi perhatian umum kerana Amerika dan dunia sudah letih dengan Bush dan Parti Republikannya. Yang jadi teladannya kepada kita, masyarakat di Amerika, sebagai Hakim, dimaklumkan pilihanraya akan diadakan pada 4 November 2008, dimaklumkan bertahun lebih awal, sebagai persediaan semua pihak, Hakim (rakyat), Peguambela (Republikan) dan Peguamcara (Demokrat), berbanding Dunia Ketiga, semalam tidak tahu apa yang akan berlaku hari ini …

Saudara dan saudari,

Jika Hakim (rakyat) jelas bidang dan kedudukannya yang berkuasa dalam negara, lalu bersedia untuk mendengar, menilai dan membuat keputusan, ini tidak menjamin rakyat membuat keputusan yang betul dan tepat melainkan setelah dia mendengar hujah-hujah dari kedua-dua pihak Peguambela (pemerintah lalu) dan Peguamcara (pembangkang). Di sini pentingnya media terutama televisyen, radio dan akhbar perdana dalam memberi maklumat dan mencorak perhitungan rakyat. Kebebasan sebenar bukan sahaja kebebasan memilih dalam Pilihanraya semata-mata, tetapi juga kebebasan dalam Media Massa. Penindasan media terhadap pembangkang di Dunia Ketiga masih ditahap yang membimbang dan menyedihkan. Media Perdana seharusnya adalah milik negara, neutral, bebas membuka ruang dan peluang kepada semua pihak untuk bersuara kepada umum. Semasa saya di Australia, semua kempen selesai di TV, radio, akhbar utama tanpa perlu mana-mana pihak terpaksa berceramah di padang, balai raya dan sebagainya, dengan permit pula.

Warga yang dikasihi,

Jika Hakim jelas hak-hak, peranan dan kuasanya, serta media massa memainkan peranannya yang positif, bebas, membina, telus, informatif, adil, mesra dan tidak berpihak, namun impian-impian di atas tidak juga mempunyai maknanya sekiranya semua pihak, Hakim (rakyat), Peguambela (pemerintah lalu), Peguamcara (pembangkang) tidak tahu apakah kes sebenar atau apakah pertuduhan yang hendak dihukum !!! Hari ini 13.2.2008, gong Pilihanraya telah dipalu, rakyat telah ditabal sebagai Hakim dan Juri, namun kes pertuduhan yang hendak dinilai dan dihukum adalah tidak disepakati isunya !! Adakah yang hendak dinilai itu perlaksanaan sistem Allah swt atau SyariatNya, sejauhmana kesejahteraan telah dikecapi oleh umat, sejauh mana Pemerintah telah menjalankan tugas Menyebar Dakwah Islam kepada umat lain di rantau dan dunia seperti yang telah berjaya dilaksanakan oleh umat Islam, generasi demi generasi, khilafah demi khilafah, setelah wafatnya Rasulullah saw sehingga Islam tersebar, menguasai dan membimbing alam dengan cahaya hidayah Ilahi ?

Ini persoalan pokok bukan sahaja dalam politik Islam, tetapi juga dalam memperjuangkan Risalah Islam yang menyeluruh. Oleh itu mendidik umat yang bakal menjadi Hakim dan Pilihanraya agar mereka faham, menghayati dan berjuang menjayakan cita-cita Islam adalah kerja asas dalam amal politik Islam, bukan sekadar berkempen dan mengundi. Jika orang ramai tidak faham dan tidak memperjuangkan Islam, mereka akan menilai dan menghukum berdasarkan kepentingan-kepentingan hidup yang lain seperti pemberian subsidi, pemotongan cukai, kenaikan gaji, projek-projek material dan lain-lain pulangan dan habuan kebendaan yang bakal mereka perolehi sekiranya mana-mana pihak naik berkuasa. Kita tidak menolak kesemua di atas sebagai sebahagian yang boleh membawa kesejahteraan kepada bani insan. Islam datang untuk kesejahteraan dunia dan Akhirat. Tetapi umat yang tidak ditarbiyah dan hidup dengan Islam yang sejati, dalam membuat penilaian dan penghakiman ketika Pilihanraya, akan memandang ringan atau langsung tidak membuat perhitungan aspek-aspek aqidah, ibadah dan akhlak seperti gejala sosial, murtad, rasuah, penyelewengan wang rakyat, maksiat apatah lagi yang dilakukan secara terbuka, riba, penindasan, kezaliman, menutup kebebasan, keruntuhan akhlak, kerosakan muda mudi, penyerapan budaya Barat yang meracun pemikiran dan penghayatan Islam dan sebagainya. Sejauh mana para Pengundi di Malaysia ambil kisah tentang prestasi Penggal lalu dalam aspek ini dalam Pilihanraya nanti ? Ini bergantung kepada penghayatan mereka dalam aspek tersebut. Oleh sebab itu Fir’aun berjaya menguasai minda dan kepatuhan umatnya apabila mereka diperbodoh, dirosak minda serta dijauhkan dari membuat penilaian dalam aspek ruh dan akhlak. “Firaun memperbodohkan kaumnya lalu mereka mentaatinya. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasik” (Az-Zukhruf:54). Tenggelam dalam godaan kebendaan dunia dan maksiat menyebabkan masyarakat Mesir dizaman Firaun, sebagai orang tempatan majoriti, tidak lagi dapat menjadi Hakim yang bijaksana. Mereka tidak berubah. Sanggup kufur, ditindas dan bekerja dibawah pentadbiran Firaun untuk meneruskan sekelumit hayat mereka. Nabi Musa as tiada jalan lain selain membawa keluar kaumnya, kaum pendatang iaitu Bani Israel yang juga ditindas untuk keluar dari Mesir.

Kita menyeru kepada masyarakat Islam di Malaysia, para Pengundi dan Hakim dalam Pilihanraya Umum ke 12 agar :

1- Kembali memahami dan menghayati Islam sebagai sistem hidup lengkap sempurna yang diturunkan Allah swt. Hanya dengan menghayati Islam, mereka akan menjadi Hakim yang bijaksana dalam pemilihan calon atau parti yang bertanding di Parlimen dan DUN mereka.

2- Meneliti keikhlasan dan kelayakan peribadi calon yang bertanding, mengkaji Manifesto Pilihanraya semua pihak dan menilai mana satu yang paling hampir kepada matlamat Islam yang dikehendakki Allah swt dan RasulNya.

3- Menghitung prestasi calon dan parti yang lalu (Penggal 2004-2008) dari aspek perlaksanaannya, bukan percakapannya dan menilai sejauhmana hasilnya membantu ke arah penghayatan Islam dalam masyarakat. Ini termasuk program-program Islam yang dianjurkan, pembinaan infrastruktur dalam masyarakat, mengajak orang ramai kepada ibadah, akhlak dan perkara-perkara makruf, mencegah kemunkaran, maksiat, kelucahan, mengusahakan Dakwah Islam kepada bukan Islam dan sebagainya.

4- Berusaha ke arah perlaksanaan Syariah Islam yang lengkap dan menyeluruh bukan sahaja di dalam undang-undang tetapi juga di dalam pendidikan sekolah dan institusi, media massa, penganjuran program dan majlis, pengurusan bandar dan kampung dan sebagainya. Gambaran diperolehi dari perancangan dan penerangan, namun penilaian adalah pada perlaksanaan dan hasil.

5- Semua orang Islam yang peka dan sedar membuat perbincangan, penilaian dan cadangan sesama mereka ketika bertemu di rumah, taman, kampung, pejabat, sekolah, kilang dan lain-lain tempat perkumpulan. Ini penting dalam mewujudkan umat yang peka, bebas, bijaksana, proaktif, prihatin, ambil peduli dan sifat-sifat warganegara yang positif yang dirindui oleh Islam selama ini. Negara yang berjaya adalah dari rakyatnya yang peka, bebas dan bijaksana.

6- Menyemak segera nama masing-masing di Daftar Pemilih dan keluar membuang undi pada hari undian. Ini adalah penilaian kita terhadap prestasi perjalanan negara dan persaksian kita di depan Allah swt. “Dan jangan kamu menyembunyikan persaksian. Sesiapa yang menyembunyikannya, sesungguhnya hatinya berdosa. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan” (Al-Baqarah:283).

Kepada Allah swt kita berdoa semoga Dia menjadikan Malaysia “Negara yang baik dan Tuhannya Maha Pengampun” (Saba:15) dan rakyat Malaysia seperti dalam firmanNya, “Dan orang-orang yang diteguhkan Allah dimuka bumi (dengan pemerintahan, kelayakan, kemampuan dsb), mereka mendirikan solat, membayar zakat, menyeru kepad makruf, mencegah munkar, dan untuk Allah kesudahan tiap sesuatu (syariat, undang-undang, kehakiman, pendidikan dsb)” (Al-Hajj:41).

Utusan Online 17/2/2008

 Bread and butter matters By ZULKIFLI ABD RAHMAN and FLORENCE A. SAMY PETALING JAYA: The cost of living, social issues, the crime rate and illegal immigrants – these are the issues that matter most to Malaysian voters, according to a survey conducted ahead of the general election.     These bread and butter issues are the prime concern of voters now.    Even hot issues like politics ranked lower than economic factors and crime.    The survey revealed that 96% of respondents were concerned with the current economic situation such as the rising cost of consumer goods, while 88% said they were worried about the incidents of crime in the country.    

Dr Syed Arabi:

The opinion poll was commissioned by The Star and carried out by the International Islamic University Malaysia (IIUM). It involved 2,930 respondents and was conducted in 58 clusters in 12 states in the peninsula from Dec 8 to Dec 29 last year. The survey has a margin of error of less than 4%.    ¡§Economic issues were considered important to Malaysians,¡¨ said the IIUM Dean of the Communications Department Prof Datuk Dr Syed Arabi Idid, who headed the survey.    ¡§People are concerned over the rising prices of basic necessities and the high cost of living, especially with the looming global oil prices.    ¡§Crime is also a worry to them,¡¨ he said yesterday.  However, Dr Syed Arabi said the Government did respond to these concerns.    He cited the National Price Council as one of the measures taken to tackle the rising prices of consumer items and cost of living. Under the price council, the Government announced recently that a national stockpile of essential goods like rice and cooking oil would be created to ensure that prices and supply remained stable at all times.    The price council, headed by Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, will monitor, advise and oversee the government’s price policy, competitive market structures and the efficiency of subsidy schemes.    The price council is also aimed at preventing unfair and collusive trade practices affecting supply and prices of essential goods and services, and eventually softening the impact of rising prices on the cost ofliving.    ¡§The prime minister himself has gone to the ground to initiate measures to beef up security, such as rehiring capable retired police officers,¡¨ said Dr Syed Arabi.    Abdullah, who is also the Internal Security Minister, announced recently that there would be a police station at every corner, and more than 3,000 more patrol cars and 4,000 motorcycles would be deployed to combat crime.     He also said that 60,000 police personnel would be recruited, while the police department would rent shoplots to set up the police stations.    A total of 1,756 respondents were aged between 21 and 35, 1,181 respondents polled were in the 36-50 age group, and 719 respondents were those above 51 years old.    The third main concern of the respondents was the influx of foreigners into the country, with 40% regarding it as a problem.    Thiswas followed by other concerns on politics, unity, the environment, internal and external threats, road traffic problems and leadership.    Prof Dr Syed Arabi said 2% of respondents expressed concern over internal and external threats and considered the rising number of vehicles as a bane, while only 1% said leaders must be proven to be capable. –  the star Kenyataan PM semalam (Utusan Online pagi tadi 13/2/2008) :

BANGI 12 Feb. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menafikan desas-desus yang semakin hangat bahawa beliau akan mengumumkan pembubaran Parlimen, esok.

‘‘Tidak… tidak lagi, pandailah you,’’ kata Perdana Menteri sambil tersenyum lebar ketika pemberita mengajukan soalan mengenai khabar angin kemungkinan beliau mengumumkan pembubaran Parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 diadakan.

Abdullah juga menolak saranan pemberita bahawa mesyuarat Kabinet esok adalah yang terakhir yang akan dipengerusikan oleh beliau sebelum pilihan raya umum.

Secara bersahaja beliau berkata: ‘‘Khabar angin, itu yang seronok dengar, siapa cakap? Mesyuarat Kabinet ada lagi, ada lagi, dalam penggal ini ada lagi mesyuarat Kabinet.’’

Abdullah sebelum itu merasmikan Majlis Pelancaran Institut Islam Hadhari, Kursi Syeikh Abdullah Fahim, Buku Biografi Tun Abdullah Salleh dan Kompleks Tun Abdullah Mohd. Salleh di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini.

Kenyataan akhbar PM jam 12.35 hari ini (Utusan Online 13/02/2008 1:11 pm) :

“Saya ingin mengumumkan mengenai pembubaran parlimen pada hari ini setelah mengadap Yang di-Pertuan Agong pada pagi ini.

“Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk membubarkan parlimen berkuat kuasa hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 dijalankan.

“Yang di-Pertuan Agong menandatangani perisytiharan pembubaran parlimen.

“Dengan itu, kerajaan-kerajaan negeri turut dinasihatkan membubar Dewan Undangan Negeri berkuat kuasa pada hari yang sama.

“Suruhanjaya Pilihan Raya juga sudah dimaklumkan mengenai perkara ini.”

8 Respons

  1. Sekadar memberi pertambahan moga bermanfaat..ana ambil daripada buku Al-Muntalaq (Langkah Bermula) karangan Ustaz Muhammad Ahmad ar-Rasyid

    “Kehinaan yang menimpa manusia yang disebabkan oleh orang lain atau oleh faktor luaran, ianya akan cepat sembuh dan mudah dihilangkan. Sebaliknya, jika kehinaan itu timbul dari dalam diri dan terbit dari hati, itu adalah penyakit yang sangat berbahaya dan merupakan kematian yang tidak disedari.
    Kerana itulah, puak taghut yang zalim sengaja menerapkan kehinaan kepada orangramai melalui pendidikan yang hina dan asuhan agar tidak segan silu tanpa tatasusila. Mereka besarkan para belia atas didikan ini dengan pelbagai sarana. Semuanya bertujuan untuk mematikan himmah dan memadamkan semangat juang agar kekuasaan terus menerus berada di tangan mereka.”
    (Abdul Wahab Azam,Al-Shawarid m.s. 318)

    Jzklh atas penerangan ustaz tentang isu pilihanraya di Malaysia ini..Bersama membina diri kita untuk membina bangsa kita…Insyaallah..

  2. Gendang telah pun dipalu. Peperangan melawan mungkar telah lama bermula. Perlukan pengorbanan harta,masa,tenaga serta fikiran. Suatu kupasan yang baik tentang hakim.peguambela & peguamCara. Rujukan al-Quran & sunnah penyelesai masalah.
    Cuma persoalannya sekarang ini adakah kita berani berhadapan cara terbuka atau berselindung disebalik tabir menanti ruang. Persoalannya sekarang sampai bila ?….Sekarang,besok,lusa atau ………….hari tua.
    Fikir-fikirkan bersama. Kamarol PD

  3. moga kerajaan yg x corrupt rakyat akan pilh

  4. Saya cuma nak komen, menyatakan Barisan Alternatif sebagai Peguamcara adalah atu fakta salah, kerana untuk pilihanrya 2008 ini parti-parti pembangkang tidak bersatu di bawah satu Barisan Alternatif sebagaimana pilihanraya tahun 1999 dulu.

  5. Pengundi di N.Sembilan khususnya orang Cina, orang India, orang Melayu harus disedarkan bahawa senario politik Islam di N.Sembilan ini amat berbeda sekali dengan negeri-negeri lain. PAS hanya bertanding 13 kerusi Dewan Undangan Negeri daripada sejumlah 36 buah kerusi yang dipertandingkan.

    Orang Cina dan orang India sering ditakut-takutkan dengan pelbagai tanggapan negatif , seperti kalau PAS menang nanti kedai judi akan ditutup , kedai arak akan ditutup , kalau mencuri kena potong tangan dan macam-macam tuduhan yang menjauhkan orang bukan Islam dengan orang Islam.

    Katakan kepada mereka kalau PAS menang semua 13 kerusi yang dipertandingkan ini sekalipun , PAS akan tetap tidak dapat memerintah N.Sembilan , PAS tidak akan dapat menutup kedai judi di N.Sembilan ini , PAS tidak akan dapat menutup kedai arak di N.Sembilan ini. Jadi apa yang orang bukan Islam perlu takut di Negeri Sembilan ini kalau mereka undi PAS.

    Sebaliknya mereka akan untung apabila mengundi PAS , kerana PAS akan menjadi suara pembangkang yang kuat yang akan mendapat perhatian kerajaan yang memerintah. Ini terbukti seperti di Terengganu , di mana dengan ada pengaruh PAS yang kuat di sana , pelbagai projek telah dilaksanakan untuk menambat hati rakyat di Terengganu. Tetapi kita di Negeri Sembilan , akibat kurang daya persaingan , maka Negeri Sembilan kurang projek-projek mega yang menguntungkan rakyat juga kontraktor di Negeri Sembilan ini.

    Kontraktor-kontraktor kecil Kelas F di Negeri Sembilan ini berebut-rebut untuk mendapatkan projek , tetapi sebaliknya berlaku dengan kontraktor-kontraktor kelas F di Terengganu.

    Apabila kontraktor-kontraktor Bumiputera kelas F banyak mendapat projek , mereka akan mendapatkan bekalan pula dari pembekal-pembekal bangsa Cina. Begitu juga peluang pekerjaan untuk sub kontraktor India untuk menurap jalan juga akan bertambah.

    Jadi siapa yang akan untung kalau PAS menjadi pembangkang yang kuat di Negeri Sembilan ini ? Tidak timbul isu kedai judi ditutup , kedai arak ditutup dan sebagainya. Judi dan arak hanya haram untuk orang Islam tetapi tidak dilarang untuk orang bukan Islam.

    Buka minda .

  6. mohon copy paste ustaz…jazakumullah khairan kathira

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: